Wednesday, February 17, 2010

UNTUNGNYA JADI BANK DAN PLUS!

Malam kelmarin saya terpaksa beli top up kad touch n go di bank kerana pejabat PLUS sudah tutup. Saya kata terpaksa kerana kalau boleh saya nak elakkan .. sebab kena bayar yuran sebanyak 50 sen kepada bank. Kalau beli top up di pejabat PLUS dapatlah berjimat 50 sen.

Duit 50 sen sekarang ini tak besar mana nilainya. Baling kat ayam pun, belum tentu ayam lari. Tapi kenapa pula saya perlu bayar 50 sen kepada bank sedangkan taukeh sebenar ialah PLUS. Sepatutunya PLUS lah yang kena bayar kepada bank sebab dia yang minta bank tolong jualkan. Takkan bank nak tolong saja-saja. Tetapi kenapa pula saya yang kena bayar 50 sen kepada bank? Sakit hati betul!

Dulu-dulu semasa saya kecil, saya masih ingat Mak saya suruh saya hantar kacang panjang ke kedai runcit Haji Rashid untuk dijual . Dalam hal ini, Haji Rashid telah gunakan nisbah 10:2, iaitu setiap sepuluh ikat yang laku dijual, dia akan ambil harga untuk dua ikat sebagai upah menjual kacang tersebut. Atau senang cerita, dia ambil 20% komisyen. Dia tak kisah berapa harga kita nak jual. Maknanya dalam kes bank dan PLUS ini, Haji Rashid ini dulu macam banklah dan Mak saya dulu itu macam PLUS lah. Jadi sewajarnyalah Mak saya bayar komisyen 20% kepada Haji Rashid kerana dia yang susah-susah menjaga dan tolong jualkan kacang panjang Mak saya di kedainya. 

Itu dulu. Sekarang lain. Dulu orang tak sekolah tinggi.  Sekarang orang tak kisah, bayar kat bank ke, PLUS ke sebab orang sekarang dah banyak duit.  Apalah salahnya kita bantu bank mendapat untung dan tolong PLUS mengelak kerugian !

Untungnyalah jadi bank dan PLUS !

p.s. Entri ini pernah tersiar pada 26 Ogos tahun lalu iaitu semasa saya mula-mula belajar berblog. Cuma seorang je yang komen masa tu iaitu Sdr Pracert E.C. Saya siar semula mengikut jejak langkah Yunus Badawi!

Tambahan Entri !

Setelah membaca komen Mentibang Laut, saya ingin bertanya pembaca budiman. Patutkah yuran/caj sebanyak 50 sen itu di tanggung oleh PLUS (touch n go) atau di tanggung oleh pengguna lebuhraya ?

42 comments:

  1. 50 sen tak besar tapi kalau 10,000 orang fikir macam tu, berapa bank dapat. Rakyat Malaysia selalu tak kisah duit 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Ini sikap yang tak baik sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Sutuju sangat dengan pandangan tuan. Itu sebab saya tulis dengan nada sinikal. Harap-harap pihak berwajib akan berbuat sesuatu.

    ReplyDelete
  3. salam akhi Hamzah...

    betul tu , anak2 zaman sekarang jauh beza dr kita dulu , duit syiling dibuat tak nampak jer .

    tp sekarang ni 50 sen hanya boleh beli ais krim kt mamak jual ats motosikal tu aje.

    ReplyDelete
  4. kalau lalu je tk yah baya tol lg best kan... hehe

    abg weyy, nnt top up guna internet banking je la, jimat tenaga, jimat minyak, jimat masa... zaman kn dh berubah.

    ReplyDelete
  5. Bank & Plus ibarat Durian manakala Rakyat Ibarat Mentimun...

    ReplyDelete
  6. 50 sen tu kira jumlah kecil saja jika dibandingkan kalau nak pegi ofis plus. bukan x mau berkira.. tapi rasanya bayar 50 sen tu berbaloi lah dgn servis yg diorg bagi.

    ReplyDelete
  7. Ummi humaira
    salam kembali ya ukhti. tapi kalau di kumpulkan satu baldi, banyak juga dapatnya.

    ReplyDelete
  8. Teja
    tak payah bayar tol memang best. tapi itu tak mungkin. top up guna internet ? ya, saya baru je order melalui pos alat "Quik2Go" untuk membolehkan saya membuat transaksi melalui internet. selepasa ini sesiapa nak buat top up melalui saya, saya kenakan caj 45 sen je.. murah lagi dari bank !

    ReplyDelete
  9. fadzilah
    macam mana orang kaya tu dulu boleh jadi kaya ? mungkin makayah dia kaya. tapi macam mana pulak makayah dia tu jadi kaya ?

    ReplyDelete
  10. miecyber
    betul kita ni mentimun dia orang durian. tapi bila durian dah jadi tempoyak, giliran timun pula nak "lenyek" dia !

    p.s. t.kasih kerana sudi singgah buat kali pertama.

    ReplyDelete
  11. mentibang laut
    soalnya bukan nilai duit 50 sen. ini soal dasar atau prinsip. kenapa pula bank dan touch n go nak berniaga, kita sebagai pengguna yang di bebankan ?
    begitu juga kalau kita guna MEPS. kita kena caj RM1. bank sesama bank nak berniaga kita yang tanggung. kat luar negara yang persatuan pengguna mereka kuat, perkara macam ini tidak berlaku.

    p.s/ terima kasih kerana sudi singgah buat kali pertama.

    ReplyDelete
  12. imanshah
    terima kasih atas sokongan awak.

    ReplyDelete
  13. salam.....kalau transfer det pun kena lima ploh sen gak...bank la ni mkn det org la...tak sulanyaaaa...anyway salam kenal

    ReplyDelete
  14. Yup saya mmg pernah baca entry ni. tapi sebelum tu nasib baik awal2 tuan punya blog dah letak disclaimer! hehehe

    By rite, kos itu should be borne by PLUS. Sama lah mcm yg M*yb*nk charge 50 sen utk ATM withdrawal transactions yg ke-5 dan seterusnya utk bulan tersebut...

    ReplyDelete
  15. alimaz
    salam kenal kembali. isteri saya juga orang Perlis .. rumahnya kat Jalan Alor Sena ! rumah sepupu dia depan bukit chuping, rumah rakyat selepas masjid.

    ReplyDelete
  16. naizaf
    ente punya daya ingatan, masyaallah macam gajah lah !

    ReplyDelete
  17. Tuan Haji,

    Terima kasih atas pujian. Alangkah baiknya kalau ingatan gajah saya itu boleh dipraktikkan untuk tujuan P*K.

    (Sekarang tgh bertungkus lumus siapkan kertas2 tugasan! huhuhuh)

    ReplyDelete
  18. bagus abg... trnyata berani menyahut cabaran era IT, hehe...

    teja tabik spring...

    ReplyDelete
  19. Dalam perniagaan runcit, peniaga banyak bergantung kpd jumlah yg besar (volume) utk mendapat keuntungan.

    kalau seorg di cas 50 sen, sebulan dah berapa banyak mereka dapat. Sebagai contoh, dealer minyak Shell kena bayar bank utk cas kredit kad sebanyak RM10K sebulan bagi stesen yg banyak penggunaan kad kredit.

    Mmg untung jadi bank

    ReplyDelete
  20. Jangankan 50 sen.

    5 sen pun saya cukup berkira !

    (sambil mengerutkan dahi 4-5 lapis)

    ReplyDelete
  21. teja
    mulanya nak sahut cabaran era fazira .. tapi tewas kepada laki dia sekarang. hehe

    ReplyDelete
  22. YB
    jadi kesimpulannya siapa patut bayar caj top up kat bank ? touch n go atau kita ?

    ReplyDelete
  23. liNda
    betul .. kalau kurang 5 sen, tak cukup RM 1 juta ..dia jadi RM999,999.95.

    ReplyDelete
  24. sokong ummi ! :D mmg sy pn sdg mngalami perkara itu ;p

    ReplyDelete
  25. fatihah
    lama tak singgah ! macammana pelajaran sekarang ? pakcik harap semua berjalan lancar.

    ReplyDelete
  26. ermmm.. peniaga kecilan jer yg buat deal 'amik dalil' nih. Kekadang tertanya2 gak: pentadbir nih berjuang utk rakyat ker berjuang utk sponsors..

    ReplyDelete
  27. alamak..ada tambahan entri plak.. emm camni la. pada pendapat saya, kita berhak utk menolak dan komplen 50 sen tu tp..kalau kita ada option lain. skrg ni perkhidmatan dia kita nak guna dan perlukan. dan bagi mereka (plus) org takde pilihan selain bayar aje.. kalau rasa tak mau kena caj 50 sen tunggu lah ofis bukak atau jgn guna plus dan jgn guna bank... setuju dgn pendapat AL..kena ada union yg kuat lah utk pantau benda ni semua. kebanyakkan org msia ni jenis tak kisah je...betul tak..habis kuat bising pun kat blog mcm ni...sapa yg nak follow up..

    btw.. kat kota kinabalu takde tol..ahaks..so takde la caj 50sen..solamat den

    ReplyDelete
  28. lima puluh sen tu macam kecik...bukan pakcik s0rang yg byr kan...
    kal0 sehari seribu 0rang...dah bape..

    ReplyDelete
  29. mentibang laut
    t.kasih kerana beri respon. kalau ramai yg bercakap nanti, mungkin akan ada perubahan.
    untung lah awak tak payah bayar tol kat sana. bolehlah simpan duit !

    ReplyDelete
  30. al-manqaraki
    nama kita dekat2 nak sama kan ! duit 50 sen kalau seguni belang tu banyak juga kan ?

    ReplyDelete
  31. sharamli
    itulah pasal yang pakcik timbulkan isu ini. ada ke tidak orang nak dengar, pakcik tak kisah. t.jawab pakcik ketengahkan sahaja.

    ReplyDelete
  32. salam pak ngah

    setuju sgt2. Sekarang ni semua caj kita yang tanggung. Maybank pn tak bagi kita keluar duit lebih dr 4 kali sebulan, kali ke5 kena caj 50 sen gak. Semua nye nak caj dr kita, memang selalu hangin jer ngan bank2 ni

    ReplyDelete
  33. yang kaya semakin kaya, kita yang tak bape nak kaya jugak yang kecundang...

    banyak servis sekarang memerlukan kita membayar caj perkhidmatan. Ada jugak sampai tax charge pun kita yang kena tanggung. Nak tak nak terpaksa akur la kan...

    Apa kuasa yang kita ada untuk elakkan caj ni semua... huhuhu..

    ReplyDelete
  34. rosnanie
    harap2 adalah orang dari bank atau plus yang terbaca entri ini dan komen2 yang telah di berikan.

    ReplyDelete
  35. ain
    kita tak ada pilihan, terpaksalah tanggung itu semua. apa yg boleh dibuat adalah melepaskan perasaan kat blog sahaja.

    ReplyDelete
  36. kutuk lebih2 pun bahaya jugak kan...

    maklum la sekarang ni mana ada lagi kebebasan....

    takuttt la uncle, takmo nanti nasib sama ngan yg kutuk sultan tue...huhuhu...

    ReplyDelete
  37. ain
    kes ini tak sama dgn kutuk sultan. kes itu dibawah akta hasutan. ini soal hak kita sebagai pengguna.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.