Monday, September 7, 2009

RUMAH KU MAKIN SEMPIT !

dulu engkau datang sikit-sikit
kini dah membukit
rumah ku makin sempit
telinga ku makin bingit
hati ku makin sakit
engkau makin menghimpit
nanti aku gigit!

dulu engkau datang sikit-sikit
sekarang dah pandai jengok dapur
lama-lama masuk bilik tidur
sabar ku kian lebur
engkau dah mula takabbur
jangan ingat aku tidur
nanti nasi menjadi bubur!

bukan aku nak ungkit-ungkit
tapi tolonglah fikir sikit ... !

26 comments:

  1. best sungguh hubungan di antara setiap pekataan! best! membuat diri tersengih ketika membaca... =)

    ReplyDelete
  2. t.kasih kerana sudi singgah dan link kat blog saya.

    harap2 ria faham makna yg tersirat!

    ReplyDelete
  3. Sha! semut boleh, menantu boleh, sdr mara boleh, pendatang tanpa izin boleh ... ikut imginasi masing2. Tq krn singgah lagi.

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum

    marah kat sapa ni? anai-anai ke? saya rasa televisyen...

    hihi

    ReplyDelete
  5. nyamuk kot heee..

    salam en_lavendari ^_^

    ReplyDelete
  6. haa tau! lemak..huhuhu..betoi ka salah??

    ReplyDelete
  7. salam al-lavendari
    terimakasih kunjung rumah sy..dan sy sgt pasti sdr mempunyai ciri2 suami idaman :)

    hmm..agak sukar memahamai apa tersurat di sebalik yang tersirat..

    cuba2 renungi lagi..

    p/s msh sempat jenguk blog wlupun tgh bz siapkan tempahan

    ReplyDelete
  8. hah! rasanya saya dah mengerti..
    klaau apa yg sy rasa adalah sama dgn sdr rasa..
    skrg kita rasa seperti menumpang di'rumah 'sendirikan..dan dimana2 ada mereka..

    ReplyDelete
  9. salam.. ermm!.. tensen kat sapa ek.. cik ti atau cik li :D

    ReplyDelete
  10. semua orang pernah marah. marah pada haiwan tertentu, orang tertentu, perkara tertentu, situasi tertentu. saya marah pada "engkau". engkau tu boleh jadi semut, anai2, tikus, lipas, tv, nyamuk, lemak, hantu raya, hantu puasa dsb. tapi barangkali, boleh jadi, mungkin, saya berkongsi rasa dengan Idalara dalam hal ini ... agaknya!

    ReplyDelete
  11. salam al lavendar,

    tq singgah rumah birU.

    dulu engkau datang sikit2
    boleh buat ubat sakit
    boleh bantu serba sedikit
    boleh ringankan mana patut
    boleh diguna tiap sudut

    dulu engkau datang sikit2
    temankan aku
    senangkan aku
    gembirakan aku
    bahagiakan aku

    bukan nak mengungkit!
    kau datang kejab
    kau pergi balik
    kau hilang lama
    kau muncul tiba2
    tentu kau suka?

    =)

    ReplyDelete
  12. salam al,

    apa yg kesian sungguh tuh? huwaaaaa

    ReplyDelete
  13. Tak berani nak teka. Seronok sesekali berimaginasi.

    ReplyDelete
  14. Biru

    nak tuju pd sapa pulak ni?

    komen lagi satu tu utk AL kot?

    ReplyDelete
  15. Pok Li

    tak dapat nak teka tu, bagus ... maknanya Pok Li tak ada marah kat sesiapa kan ?

    ReplyDelete
  16. salam...sungguh puitis pusi "Rumahku Makin Sempit".. saya sangat teruja membacanya..

    syabas..!

    ReplyDelete
  17. uikk...haihh apa yg menyempitkan umah tuh???hermm konpius2...

    ReplyDelete
  18. imheppie
    tq kerana sudi singgah ... saya telah berjaya mengkopiuskan orang!

    ReplyDelete
  19. saya yakin dan percaya sdr Abu Muaz faham apa yang tersirat.

    ReplyDelete
  20. siapalah agaknya golongan yang dulu datangnya sikit2 ni...?

    ReplyDelete
  21. sham

    kita tst .. tahu sama tahu !

    mungkin komen idalara boleh membantu.

    ReplyDelete
  22. sy gantikan 'kerengga' itu dgn 'makhluk asing'.... 'depa' pon ramai sgt d tmpt sy dan perangai pon mmg tak semenggah. sesuailaa digelar M.A kan, pak ngah?

    ReplyDelete
  23. AKUZLE AYU

    KADANG2 KITA PULAK YANG TERASA MACAM MENUMPANG DI TANAH AIR KITA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.