Monday, December 20, 2010

PEMENANG CONTEST PERTAMA ANJURAN SAYA ADALAH ...



Tugasan yang telah diberikan ialah:


"nyatakan nama negara luar yang pernah saya
pergi / tajuk entri yang berkaitan / tarikh ia disiarkan". 

Adapun negara luar yang pernah saya pergi dan dinyatakan dalam entri sebelum ini adalah:

1. United Kingdom. 
2. Amerika Syarikat.
3. Jepun.
4. Korea Selatan.
5. Indonesia.
6. Arab Saudi.
7. Afrika Selatan.
8. Perancis.
9. Switzerland.
10. Jerman.
11. Syria.
12.Jordan.
13. Mesir.
14. Dubai, UAE.
15. Thailand.
16. Kanada.

Jawapan yang kurang daripada itu di kira tidak tepat dan jawapan yang lebih dari jumlah itu di kira tidak betul. Negara lain yang tidak tersenarai  pun tidak dapat di terima, walaupun memang ada negara lain lagi yang saya pernah pergi, tetapi tidak disebutkan dalam mana-mana entri.

Ada tiga peserta yang berjaya menjawab dengan betul, mengikut susunan yang mula diterima:


Walaubagaimana pun memandangkan Yus telah memberikan jawapan betul yang mula-mula di terima, saya perlu patuh kepada syarat yang telah di nyatakan di Para C (1): 

Kalau ada jawapan betul yang sama, jawapan yang mula-mula diterima akan dipilih.


... maka pemenangnya adalah ~Yus~.  Tahniah Yus ! 

Kepada yang lain-lain yang tidak menang, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengambil bahagian. Jangan kecewa. Mungkin kali ini  belum rezeki anda.

Ulasan Penganjur.

1. Ini adalah contest pertama anjuran saya. Tentulah ada kekurangan di sana sini.  Insya-Allah akan saya perbaiki pada contest akan datang. 

2. Saya tahu memang susah nak melaksanan tugasan yang diberikan. Macam memasuki pertandingan 'mencari harta karun' ..  kena faham betul-betul arahannya.  Itu sebab saya tak bercadang hendak membahagi-bahagikan hadiah itu. Lagipun nilainya tidaklah sebanyak mana.

3. Saya sebenarnya tidak pasti adakah orang yang ingin mengambil bahagian. Agak memeranjatkan saya, pembaca yang baru atau yang jarang-jarang mengikuti blog saya ramai yang mengambil bahagian. Contohnya Yus baru sahaja mengikuti blog saya.

4. Chik Shinju juga baru mengikut blog saya. Yang menariknya dia boleh meneka pekerjaan saya.

5. Yang paling saya terharu ialah penyertaan dari Padel seorang 'team members' BlogLarian.  Saya langsung tidak menjangka  dia akan turut serta kerana beliau tentu banyak kerja mentadbirkan BlogLarian.

6. Sebagai  tanda penghargaan saya (walaupun asalnya tidak ada) kepada Padel dan Cik Shinju, saya cadang nak beri "top-up" henfon bernilai RM50 kepada Padel dan RM30 kepada Cik Shinju tanpa menyentuh hadiah utama.  Kopak aku bulan ni.  Kalau sudi menerima, sila tinggalkan nombor henfon anda di dalam kotak komen. Jangan bimbang, nombor itu saya tak akan publish.

7.  Ada juga beberapa orang blogger yang memberi jawapan hampir tepat yang cuma miss satu negara sahaja. Misalnya Nadia, beliau blogger yang pertama  mengemukakan jawapan.   Dia beri jawapan yang hampir tepat kira-kira empat jam selepas  contest ini dipublishkan. Dia cuma miss satu negara sahaja iaitu Jepun. Padahal dia dah jumpa entri itu. Saya pun tertanya-tanya bagaimana dia boleh menjawab dengan begitu pantas sekali.

8. Selain dari Nadiah, ada juga beberapa orang blogger yang memberi jawapan hampir tepat yang cuma miss satu negara sahaja. Misalnya Acu Sayang tak masukkan Mekah, Arab Saudi;  Shaa tak masukkan Kanada dan peserta terakhir Haszuraidah juga tidak memasukkan Mekah. Tentang Mekah ni memang saya tak ada sebut, tapi saya ada nyatakan pergi menunaikan Haji. Ke mana lagi kalau bukan ke Mekah ! Manakala Misz Sephia pula memang ada menyebut Arab Saudi tetapi tidak menyatakan entri serta tarikhnya. Maka terpaksalah saya tolak. Sayangnya !

9. Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih daun keladi yang khusus kepada BlogLarian kerana mempromosi contest ini. Ia sungguh berkesan. Setakat jam 8.30 pagi, 20hb. Disembar,  entri contest ini telah mendapat 2,856 pageviews !


Panjang pulak ulasan hakim ni !



Khusus buat Yus. 

Saya ingin menyampaikan hadiah itu melalui pemindahan wang samada melalui CIMB atau Maybank. Sila beri nama akaun dan nama penuh anda di kotak komen dalam entri ini. Maklumat itu juga tidak akan  saya publish.  Kalau Yus tak ada  akaun di bank itu, boleh guna akaun suami, adik-beradik atau sesiapa sahaja yang boleh di percayai yang mempunyai akaun di bank-bank tersebut !

Nota Kaki:

Terus terang .. saya sendiri tidak ingat entri yang berkaitan negara-negara yang saya sudah pergi. Nasib baik ada gajet "cari" atau search seperti yang terdapat di penjuru atas sebelah kanan tu. Tak sampai 10 minit dah jumpa semua. Tak percaya cuba taipkan Kanada atau Jepun. Tengok apa jadi !

.

77 comments:

  1. salam

    wah dah ada pemenang...
    tahniah... tumpang seronok!

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada pemenang! hee..tertinggal 1 negara pulak. dah berpinar dah mata masa tu check satu persatu. takde rezeki la namanya tu :)

    ReplyDelete
  3. MANJE

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA MEMERIAHKAN.

    ReplyDelete
  4. NADIAH SIDEK

    TERIMA KASIH KERANA SUDI TURUT SERTA.

    CUMA SAYA TERTANYA-TANYA MACAM MANA NADIAH BOLEH JAWAB DENGAN BEGITU CEPAT DAN HAMPIR TEPAT.

    SAYA SENDIRI KALAU TANPA GAJET SEARCH TU MUNGKIN MENGAMBIL MASA LEBIH LAMA DARI ITU.

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan Haji,
    Hadiah sagu hati , sijil penyertaan tak de ker hehehe.. apapun tahniah drp saya utk TH Haji dan pemenang contest ini.
    New Entry "akuanakpahang VS Hanis Zalikha"

    ReplyDelete
  6. nanti sy emel akaun no sy kat awak eh.

    terima kasih

    hihihi ;)


    tahniah yus!

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada pemenang dan penganjurnya juga

    ReplyDelete
  8. erk..entah. yg pastinya masa tu saya memang takde kerja nak buat :D

    ReplyDelete
  9. Tahniah pada pemenang..!! Tuan ble nak wat second contest.. Hehe..

    ReplyDelete
  10. AKUANAKPAHANG

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. LEPAS NI BARULAH LEGA SIKIT. BOLEHLAH JALAN2 BLOG KENGKAWAN.

    ReplyDelete
  11. KTS

    ALAMAT EMEL SAYA DAH TUKAR. AWAK KENA DATANG SENDIRI BERI NO AKAUN AWAK TU.

    ReplyDelete
  12. IBUINTAN

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. LETIH TAPI SERONOK!

    ReplyDelete
  13. NADIAH

    TERIMA KASIH SEKALI LAGI ... JANGAN LUPA AMBIL BAHAGIAN BILA SAYA BUAT CONTEST LAGI.

    ReplyDelete
  14. BUNGA ROS

    TAK TAHU LAGI .. NANTI HILANG PENAT DULU.

    ReplyDelete
  15. ooo..kena bagi semua negara rupanya..hehe..salah sendiri tak baca betul2..hehe..
    saya lebih tertarik dgn info suami nusyus tue.. haha

    saya akan selalu jenguk blog ne.. diharap tuan tanah dapat letakkan info lebih utk ibubapa muda sepeti saya.. sebab tuantanah lebih veteran dari kami2 ne..pasti lebih banyak pengalaman..

    ReplyDelete
  16. tahniah Yus~~ dah ada pemenang... pakcik hamzah.. buat la jugak hadiah saguhati... heheh..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum THJ...

    Tahniah buat pemenang sdra Yus dan juga buat penganjur contest...

    ReplyDelete
  18. tahniah kepada semua pemenang. hebat penangan contest pertama ni. ramai yang view..

    tahniah juga untuk tuan penganjur, dapat membuat contest yang menarik macamni. hope contest yang akan datang sempat join. heee ;)

    ReplyDelete
  19. Tahniah buat Yus..rezeki anda..trm kasih juga kpd uncle kerana anjurkan contest ini. Walaupun tak menang, Alisya seronok baca pengalaman-pengalaman uncle di luar negara.

    ReplyDelete
  20. tahniah!!! kpd semua pemenang..memang mereka hebat...

    ReplyDelete
  21. tahniah kepada semua pemenang....

    ReplyDelete
  22. wahh..tahniah buat pemenang..

    hikhik, ada juga nama saya tu..


    kalau ada masa, pak hamzah (hihihi..sesuka hati je panggil pak hamzah) buatlah entri berkenaan mangga ads..haritu pak hamzah ada try kan..

    Jom skodeng :Jom tambah pendapatan dgn Churp Churp^_*<

    ReplyDelete
  23. wahh... tahniah kpd pemenang... :)

    ReplyDelete
  24. congrats to the winners..me bg jwpn 18 negara--terlebih, so salah 2 negaralah --sungguh mlg+ tak de rezeki...

    ReplyDelete
  25. Tahniah kepada kakak saya, yeay!!

    Kiteorg dah discuss jawapan (selepas uncle publish semua jawapan) dan saya dah redha dah sebab memang saya tak masukkan Arab Saudi tu.

    Lgpun, saya amik masa yang terlalu cepat untuk baca keseluruhan entri berbanding Kak Yus yang lebih berhati-hati.

    Yeay..Kak Yus menang!

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. BABY

    LAIN KALI JANGAN GOPOH SANGAT. HEHE

    INSYAALLAH PERMINTAAN ITU AKAN DIPERTIMBANGKAN. SAYA PUN BUKAN PANDAI SANGAT. KALAU ADA ARTIKEL BAGUS, BOLEHLAH SAYA PUBLISHKAN.

    ReplyDelete
  28. Salam Pakngah Hamzah,

    Alhamdulillah, tak sangkanya saya menang. Baru sempat nak jengah dan jalan2 blog ni. Terkejut juga bila tengok email ada komen dari pakngah dalan entri saya yang baru kata saya menang contest.

    Terima kasih kepada pakngah kerana anjurkan contest ni...

    Nanti saya beritahu maklumat saya. Nak pergi check no akaun sat...hehe

    p/s: Sorry pakngah, tadi terguna akaun my sil, dia ada di rumah saya ni, tulah tersalah guna akaun pulak...huhu.

    ReplyDelete
  29. CEMOMOI

    MANA PERGI NAMA AWAK ? HABIS SAYA NAK PANGGIL APA ?

    ReplyDelete
  30. AZ

    KALAU ADA HADIAH SAGUHATI PUN, KALAU TAK MENANG, TAK MENANG JUGA. HEHE

    ReplyDelete
  31. UST ABD RAZAK

    ALAIKUMSALAM.

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN DARI JAUH.

    ReplyDelete
  32. ASADA RYUTARO

    BILA SAYA BUAT CONTEST LAGI, JANGAN TAK JOIN PULAK !

    ReplyDelete
  33. seronoknya dapat pulus akhir tahun.

    ReplyDelete
  34. ALISYA

    TAHNIAH KERANA DAH DAPAT 100 FOLLOWERS.

    BELAJAR RAJIN2 .. NANTI BOLEH KELILING DUNIA JUGA.

    ReplyDelete
  35. ROM

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN PENYERTAAN.

    ReplyDelete
  36. EMME

    NAMPAKNYA LEPAS NI KENALAH MINTA EMME DAN JUE BELANJA UNCLE !

    ReplyDelete
  37. HASZURAIDAH

    TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN. TAPI TAK ADA PULAK HADIH UNTUK YANG LAST MASUK. HEHE

    UNTUK MAKLUMAN SAYA DAH BERHENTI MANGGA ADS.

    ReplyDelete
  38. HAJARUS

    LAIN KALI HAJAR PULA AMBIL BHG .. OK !

    ReplyDelete
  39. MAMA ZHARFAN

    MEMANG ADA SAYA NYATAKAN BELUM PERNAH LAGI PERGI KE NEGARA IRAN DAN RUSIA. SAYA CUMA TERTARIK UNTUK BERKONGSI GAMBAR2 YANG CANTIK DARI NEGARA TESEBUT MELALUI KIRIMAN EMEL KAWAN.

    APA-APA PUN TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS PENYERTAAN.

    ReplyDelete
  40. MISZ SEPHIA

    TAK APA .. AWAK MINTA KAK YUS AWAK BELANJA KEFSI !

    LAGIPUN AWAK MEMANG MAHU KAK YUS MENANG KAN .. UNTUNG DAPAT SIL MACAM AWAK NI.

    ReplyDelete
  41. YUS

    SALAM KEMBALI.

    TAHNIAH SEKALI LAGI.

    BARU PAKNGAH NAK TANYA KENAPA PULAK AWAK PAKAI AKAUN MISZ SEPHIA TADI ...

    ReplyDelete
  42. Salam Tuan,

    TAHNIAH kepada penganjur "contest" dan TAHNIAH juga kepada pemenang..

    Saya memang berminat untuk turut serta "contest" tu ... tp atas sedikit kesibukan dan memang tak pandai menggunakan beberapa gajet yg "usefull" terpaksa laa saya lupakan untuk turut serta...

    Insayaalah dilain masa saya akan turut memeriahkan lagi apa-apa saja aktiviti anjuran Tuan..

    TAHNIAH buat semua juga...

    Layannnnnnn.....

    ReplyDelete
  43. as salam ziarah..baru saya perasan rupanya saya tak mengikut arahan..padan muka saya hahahahah

    ReplyDelete
  44. kontes kedua bila pula akan menyusul hehe

    ReplyDelete
  45. Uncle... next time wat contest senang2 sket bole? =)

    ReplyDelete
  46. salam Tuan..
    koi bangga dengan kemenangan
    adik saya si Yun..tahniah Yun..1
    dan tahniah buat pihak Tuan yang berjaya mengadakan satu contest..
    susah juga jawapan tu..ermmm..

    ReplyDelete
  47. Salam...

    hurm, tinggal satu negara lah plak...
    kira pemenang saguhati lah ni kan :)
    rasa mcm dah betul,xder rezeki saya....

    tahniah kak yus dan lain2 pemenang

    ReplyDelete
  48. ABU MUAZ

    YANG BERI PUN SERONOK JUGA !

    ReplyDelete
  49. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH ATAS MINAT YANG DITUNJUKKAN. INSYAALLAH SAYA AKAN BUAT CONTEST YANG LEBIH MUDAH, TAPI HADIAHNYA TAK BOLEHLAH MAHAL2 .. HEHE

    ReplyDelete
  50. ROM

    NASIB BAIK PADAN .. KALAU TAK PADAN APA LAK RUPANYA ! HEHE

    ReplyDelete
  51. KAMSIAH

    NANTILAH BILA ADA PERISTIWA2 TERTENTU.

    ReplyDelete
  52. JUE

    BOLEH .. TAPI HADIAHNYA PUN KECIK JER LAH !

    ReplyDelete
  53. ZULKBO

    MEMANG SUSAH ... SAYA PUN KALAU ORANG BUAT, MUNGKIN TAK SANGGUP MASUK. SAYA SEBENARNYA NAK RASA MACAM MANA MENGANJURKAN CONTEST DISAMPING NAK TEST MARKET.

    ReplyDelete
  54. RELEVAN

    SAMAPAI HATI AWAK TAK UCAP TAHNIAH KAT PENGANJUR !

    ReplyDelete
  55. ZALA WAJIK

    TAHNIAH JUGA KEPADA SEMUA YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN.

    ReplyDelete
  56. SHAA

    SALAM KEMBALI.

    ITULAH YANG DINAMAKAN REZEKI. KADANG2 TU DAH DI TEPI BIBIR, KALAU TAK ADA REZEKI TERJATUH JUGA.

    ReplyDelete
  57. wah, ingat baru nak join tapi dah ada pemenang! hahaha.. tahniah kepada yus! :D

    ReplyDelete
  58. tahniah kepada pemenang..
    merangsang jugak kontes Uncle Hamzah..
    koh koh koh

    ReplyDelete
  59. PISYEK

    TERIMA KASIH SINGGAH. LAIN KALI BOLEH JOIN PULAK.

    ReplyDelete
  60. AUJINZ

    LAIN MACAM GELAK AWAK KALI NI .. BATUK KE ?

    ReplyDelete
  61. MAMAI

    KAT PENGANJUR TAK UCAP TAHNIAH KE ?

    ReplyDelete
  62. Salam Uncle...

    Menyinggah jap...
    Heheehehehe (gelak dulu,amik mood)
    Saya lmbt sket jer kan..hari uncle launch contest tu line tenet saya oberlimit..Isnin baru dpt selongkar n3 lama uncle..xde rezeki.. :)
    Anyway,thanks...saya x pkai prepaid..
    Xpe..lgpun uncle xde janji pun adiah tmpt kedua & ketiga tu..

    P/s - kalau dh selongkar entri2 lama uncle tapi x tau lg uncle keje ape mmg teruk tol la tahap IQ nij..huhuh..

    P/s lagi - thanks bro Zulkbo..tmpt ketiga jer pun..heheh :)

    P/s lagi skali - Cukup 500 follower nt uncle buat contest lg yer..Janji tau! :D

    ReplyDelete
  63. Erk lupa...
    Tahniah kpd Uncle..follower dah bertambah mendadak..Tahniah juga sbb berjaya anjurkan contest pertama dgn jayanye..Sekian laporan dari kejauhan..huhuh :P

    ReplyDelete
  64. CIK SHINJU

    AWAK KAT MANA NI ? MESTI JAUH SANGAT !

    BILA ZULKBO SEBUT SI YUN, UNCLE INGAT DIA SALAH EJA SI YUS. RUPANYA AWAK ADALAH ADIK ZULKBO.

    PASAL PREPAID TU ..UNCLE FIKIR ITU CARA YANG PALING MUDAH. KALAU NAK BELI HADIAH DALAM BENTUK BENDA, SUSAH NAK CARI, NAK BUNGKUS DAN NAK POS DSB

    TERIMA KASIH KERANA TURUT SERTA DAN TAHNIAH KERANA MENJAWAB DENGAN BETUL. CUMA LAMBAT SIKIT.

    NAK BUAT CONTEST BARU, RASANYA TAK TUNGGU FOLLOWER SAMPAI 500 ORANG.

    ReplyDelete
  65. salam tuan aji...

    maaf la lambat reply...baru balik dari kampung terchenta....wahhh...terkejut saya bile menjadi 3 peserta yg menjawab dengan betol...huhu...walaupon di tangga ke-2...tapi syukur tuan aji nk blanje topap...hehehhehe...

    terima kasih banyak2 sebab sudi menyediakan hadiah tambahan...insyallah kalau tuan aji buat contest lagi..saye mesti masuk punye...

    ReplyDelete
  66. PADEL

    OWH .. BALIK KG RUPANYA.

    TAPI APA NOMBORNYA !

    ReplyDelete
  67. hadiah topap sudah diterima...wahh...lebih sikit tuan aji beri...terima kasih banyak2 saya ucapkan...semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan aji...dapat la pegi bercuti lagi nanti..hehehehehhe...

    ReplyDelete
  68. ooo...patut la takdak cola bulan nih...hahahaa

    ReplyDelete
  69. PADEL

    TERIMA KASIH ATAS DOA ITU .. MUDAH2AN MURAH LAGI REZEKI SAYA.

    ReplyDelete
  70. SAYANGSAYANGIBU

    TAHNIAH JUGA KEPADA AWAK YANG TURUT SERTA.

    ReplyDelete
  71. AYONG

    DAH CHECK AKAUN AYONG KE BELUM ?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.