Monday, March 14, 2011

TEDAMPAR .


Ini buah coconut .. sikit pun tak ada rasa koko !


Ini kisah seorang Ahli Politik, Seorang Ahli Perniagaan dan seorang Pegawai Kerajaan yang terdampar di sebuah pulau. Di pulau tersebut terdapat banyak buah-buah kelapa yang boleh dimakan. Tetapi sayangnya tiada sebarang alat untuk membukanya.

Lalu masing-masing pun memberi pendapat. Mari kita dengar apa kata mereka.


Ahli Politik: Tuan-tuan semua. Dalam keadaan kita yang terdampar di pulau ini yang mana tiada orang lain melainkan kita bertiga dan juga tiada sebarang kemudahan lain, maka apa yang penting pada saat dan ketika ini ialah kita mesti bersatu padu. Jikalau kita semua bersatu padu, InsyaAllah kita akan berjaya menempuhi apa juga masalah dan dugaan yang mendatang. Ibarat sebatang lidi akan mudah dipatah-patahkan, begitulah akibatnya kalau kita tidak bersatu. Oleh itu marilah kita bersatu padu agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh musuh kita. Tidak begitu tuan-tuan ?

Ahli Perniagaan: Saya setuju. Namun begitu bersatu padu sahaja tidak mencukupi kerana kita mesti mencari jalan bagaimana kita boleh membuka buah-buah kelapa itu dahulu supaya kita dapat memakan isinya dan meminum airnya agar kita tidak mati kebuluran. Selepas itu, kita juga boleh membuka perusahaan memproses air dan isinya untuk di jual ke pulau-pulau yang lain pula.

Pegawai Kerajaan: Saya setuju dengan pandangan tuan-tuan itu. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengesyorkan supaya ditubuhkan dulu sebuah Jawatankuasa Kecil untuk mencari kaedah yang sesuai bagaimana hendak membuka buah-buah kelapa tersebut. Penemuan Jawatankuasa Kecil itu perlulah dibentangkan terlebih dahulu kepada kita sebagai Jawatankuasa Induk untuk diperhalusi sebelum dilaksanakan.


Kadang-kadang buat kerja sorang-sorang lebih cepat siap daripada buat kerja dalam Jawatankuasa. Betul tak ?



.P

42 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kanda AL...

    walaupun ada pepatah yang mengatakan 'dua kepala adalah lebih baik dari satu kepala' namun ada ketikanya keran bergantung kepada kepala yang lagi satu, kita mungkin akan menyuap makanan melalui hidung....

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Tuan,

    Benar ada waktunya bila satu isu dibawa untuk dibentangkan kepihak umum akibatnya akan memakan masa lebih panjang walhal isu itu kecik je dan boleh diselesaikan dgn lebih segera kalau terus dilaksankan tanpa menggunakan protokol....

    ReplyDelete
  3. Salam Bang,

    Betul tu terutama kalau dapat AJK yg pandai cakap aje tapi kerja tak nak buat. Hampeh

    ReplyDelete
  4. Biasanya setiap org ada agenda masing2 w/p matlamat utamanya adalah sama.

    Pandai2lah nak hidup hahaha

    ReplyDelete
  5. stended lah ..

    AJK mengabiskan boreh aja ....

    meeting rajin, sebab dpt makan free..

    bila tang kena, semua lari!

    :P

    ReplyDelete
  6. You're sooo true, uncle!

    Wpun kdg2 sakit hati buat keje sorg2 tapi adakalanya lbh baik juga.

    ReplyDelete
  7. Betol...betol...betol....

    Hermmm...tak tau nk cakap apa.

    memang betol lah tuuu....(tension)

    ReplyDelete
  8. betoi betoi betoi..
    bila diberi keje pun akhirnya org tu jg yg kena buat.


    tapi kalau tak tubuh ajk nanti akan ada yang kata

    " tak tau , tak tau..tak ader yg bagitau..kita tak dilibatkan..kita tak diberi tanggungjawab...bla bla bla..

    setuju ke kalau dikatakan bos yg cekap ialah yg pandai agihkan kerja yg akhirnya dia sendiri tak ada kerja ????

    ReplyDelete
  9. heheheheheh....

    sbb tu lambat. kumpulan sana-sini. ajk situ sinun, sudahnye.....kerenah birokrasi...

    ReplyDelete
  10. Too many cooks spoil the brooth.

    ReplyDelete
  11. Memang betul la..Bang...tapi itulah kenyataan yg perlu kita hadapi sekarang ni...dah berakar umbi bak kata org....hehehe

    ReplyDelete
  12. pengerusi ada kuasa veto untuk menolak usul... lebih baik takyah buat mesyuarat kluo je arahan senang crita

    ReplyDelete
  13. hehehe..betul2..ramai2 kang byk pulak ceritanye ..

    ReplyDelete
  14. KAKCIK

    WAALAIKUMSALAM

    BAHAYA TU .. NANTI TERSEDAK BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA !

    ReplyDelete
  15. KAKZAKIE

    WAALAIKUMSALAM

    SAYA SETUJU ..TENGOK KESLAH. KALAU IA BESAR, PERLU JUGA DAPATKAN PANDANGAN ORANG RAMAI JUGA. TAPI KALAU KECIK MACAM KES "NAK BUKA BUAH KELAPA TU", TAK PERLULAH RASANYA NAK TUBUH J/KUASA.

    ReplyDelete
  16. YB 1 DAN 2

    SALAM KEMBALI

    KADANG2 MELALUI J/K NI SUSAH NAK KENALPASTI SIAPA SALAH .. DGN ITU IA ELOK BAGI MEREKA YANG TIDAK MAHU BERTANGGUNJAWAB SECARA PERSEORANGAN. KALAU BEGITU SEPATUTNYA KALAU SORANG BUAT SILAP, SEMUA KENA LETAK JAWATAN .. TAPI REALITINYA BERBEZA !

    ReplyDelete
  17. DADDY ZIYYAD

    PENGALAMAN SAYA, KALAU ADA 12 AJK, YANG BENAR2 BOLEH BUAT KERJA 2-3 ORANG JER !

    ReplyDelete
  18. MISZ SEPHIA

    KALAU KERJA YANG BERAT2, ELOK BUAT RAMAI2 .. KALAU SORANG2 NANTI PATAH PINGGANG PULAK !

    ReplyDelete
  19. BUNGACAHAYA

    TERIMA KASIH UPIN ! HEHE

    ReplyDelete
  20. IE

    SETUJU .. BOS YANG BERKESAN ADALAH YANG PANDAI MEMBAHAGI2KAN KERJA UNTU MENCAPAI OBJEKTIF ORGANISASI. LAGI PUN MENGIKUT KATA ORANG BIJAK PANDAI:

    "MANAGEMENT IS GETTING THINGS DONE THROUGH OTHER PEOPLE"

    ReplyDelete
  21. MOMMY FARA

    BIROKRASI ATAU RED TAPE NI KATA ORANG2 BIJAK PANDAI ADALAH ..

    "NECESSARY EVIL"

    ReplyDelete
  22. HANI

    TEPAT SEKALI PEPATAH INGGERIS TU !
    PENYELARASAN ADALAH PENTING.

    ReplyDelete
  23. FADZLI AMIR

    TAK TAHULAH .. MUNGKIN JUGA PENUBUHAN BANYAK J/K ITU SEBAGAI SATU STRATEGI UNTUK MELIBATKAN SEMUA ORANG. TETAPI KALAU SESUATU YANG PERLU DISEGERAKAN, MEMANG MELAMBATKAN.

    ReplyDelete
  24. CEMOMOI

    KADANG2 PENGERUSI PUN TAK TAHU NAK ARAH APA .. PERLU JUGA MENDAPAT INPUT DARI ORANG LAIN. KALAU TIDAK ORANG TUDUH DIA DIKTATOR PULAK NANTI.

    ReplyDelete
  25. MIMIE

    BETUL .. KALAU SEMUA NAK BERCERITA, SAPA PULAK NAK BUAT KERJA !

    ReplyDelete
  26. Kadang² ikut banyak kepala ni jadi pusing kepala..hehe

    sinisnya entri ini ;)

    ReplyDelete
  27. buat kerja berkumpulan pun ok, sorang pun ok...tak buat kerja lg ok...

    ReplyDelete
  28. akhirnya dapat tak minum air kelapa tu?
    eheeee

    ReplyDelete
  29. AL..klau macam tu punya panjang dan amcam2 yang dibuat..siap jawatan kuasa bagai..
    sah2 le kelaparang mereke bertiga tu..

    ReplyDelete
  30. heheh cakap2 tak sampai ke mana jugak--nak kena bukak kelapa tu, kalau tak maunya mati kehausan heheh

    ReplyDelete
  31. Lagi byk yang memberi pendapat sudah buah kelapa tu tak terbuka juge :)

    ReplyDelete
  32. NAMAN

    TERLALU BANYAK KEPALA, LANGSUNG TAK DAPAT MAKAN KELAPA !

    ReplyDelete
  33. MENTIBANG LAUT

    TAK BUAT KERJA .. TAK DAPAT MAKAN PUN OK !

    ReplyDelete
  34. SZ

    CERITA TU HABIS SAMPAI KAT SITU JER .. MUNGKIN AWAK BOLEH SAMBUNGKAN !

    ReplyDelete
  35. KAKERNA

    KADANG2 KITA PERLUKAN ORANG2 KECIL UNTUK MENYELESAIKAN ISU ATAU MASALAH YANG KECIL.

    ReplyDelete
  36. berat sama dipikul, ringan jinjing sendiri-sendiri laaaaa


    ;D

    ReplyDelete
  37. MAMA ZHARFAN

    ITULAH PASAL .. CAKAP JER LEBIH. KADANG2 ORANG2 BESAR TAK MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH YANG KECIL2.

    ReplyDelete
  38. KTS

    BERBAKAT SUNGGUH AWAK MENGUBAHSUAI PERIBAHASA YA !

    ReplyDelete
  39. BETUL TU PAK.. BUAT KEJE SORANG2 LEBIH PANTAS.. TAPI ADA KALANYA KITA PERLU MEMBUAT KERJA DENGAN BANYAK KEPALA..

    ReplyDelete
  40. FAIRUS

    SETUJU ADAKALANYA PERLU JUGA BANYAK KEPALA. TAPI KALAU TUGASAN TU KECIL SAHAJA, TAK PERLULAH BUAT RAMAI-RAMAI.

    ReplyDelete
  41. YAN

    TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG. SAYA INGATKAN YAN DAH MULA BERBLOG. BILA KLIK NAMA, TAK ADA ..!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.