Tuesday, February 7, 2012

MARI UJI KETAJAMAN MATA ANDA.

Perhatian.

Sebelum anda membaca notis di bawah, saya nak minta maaf terlebih dahulu kerana entri ini seolah-olah tidak sensitif kepada kesedihan orang lain. Bukan niat saya hendak mempersendakan kehilangan anak orang apalagi mentertawakan orang dalam kesusahan. Ini bukan bahan jenaka. Sebagai seorang bapa kepada 5 anak, saya amat bersimpati dan dapat merasakan kerisauan keluarga yang kehilangan anak tersebut. Saya berharap budak yang hilang itu telah dijumpai dan dikembalikan kepada keluarganya.

Itu isu yang lain. Di sini saya nak uji ketajaman mata anda dalam membaca. Cuba baca dengan sepintas lalu notis di bawah, dan perhatikan ada tak sebarang kesilapan. 

Tambahan: Sila jangan baca dulu komen yang telah diberi.



Dalam kes saya, mungkin kerana telah terbiasa mencari kesalahan orang samada dari segi ejaan, nahu dan sebagainya, cepat jer saya nampak. Anda nampak tak ? 


.

26 comments:

  1. Replies
    1. cekap dan cepat mata awak .. boleh jadi juruodit yang hebat.

      Delete
    2. kalu kat opis ni memang jadi cikgu BM
      mana2 surat yang nak dihantar mesti bebudak ni suh cheqnacek dulu kot2 ada salah ejaan mahupun ayat yang tertungging dan terlanggang =)

      Delete
    3. patutnya ubah ejaan nama cheqna kepada checkna ! hehe

      Delete
  2. balai polis memanglah terlekat..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga .. sebab sekarang ini dah ada balai bolis bergerak.

      Delete
  3. Nak 'lekat' kat mana balai polis tuh...?
    Atau polis yang dalam balai polis tu yang 'melekat'?

    ReplyDelete
  4. nak 'lekat' budak tu kat mana pakcik? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suruh hantar kat balai polis yg terlekat .. yang bergerak-gerak tak mahu.

      Delete
  5. Selain dari kesilapan ejaan telekat tu, saya rasa cara dia menulis iklan ni tak seperti orang yang dalam keadaan susah hati dan macam mana orang nak cam budak tu kalau takde gambar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentulah mereka susah hati tapi macamana nak tolong, kalau tak tahu rupanya. kan ?

      Delete
  6. huhuu..macam mana di sebut..gitulah die eja kan..
    aduiyaii pun..

    ReplyDelete
  7. Sallam Tuan Haji,

    Saya cuma nampak Balai Polis TERLEKAT...hehe..

    Tapi itu sebenarnya bukan kesilapan dari segi ejaan,
    sebab dia orang cina slang dia memang TERLEKAT....haha...
    Aiyaa..itu balai polis manyak lekat saja wooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga .. tapi ejaan perkataan yang lain betul pulak. misalnya, perempuan dia tak eja pelempuan !

      Delete
  8. Saya nampak satu lagi...nyata di baris pertama

    ReplyDelete
  9. salam,

    memang saya tak dapat kesan langsung! bila baca komen orang baru..oohhh....

    hahah

    agaknya sebab saya baca iklan tu macam gaya/slang orang cina kot. orang cina kan dia pelat sikit so sebut terlekat..so saya baca terlekat macam takde salah..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulak dah .. olang pelempuan memang itu macam maaa ! hehe

      Delete
  10. nampak tuan.. ketara benar kesilapan nya.. tp sy pernah jumpa lg dasat dr ni.. kesian juga.. mungkin kawan2 bangsa lain kalau nk buat iklan atau pengumuman lebih baik minta bantuan daripada kawan2 melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun banyak jumpa yang lebih teruk .. tapi ini mungkin salah taip, sebab ejaan perkataan yang lain betul semuanya.

      btw dasat tu apa ?

      Delete
  11. bukan saja ejaan salah, nahu BM & BI kedua2nya hancur...

    ReplyDelete
  12. terlekat...nmpk kesalhn di situ.kkdg2 typing error..kalu tulis tgn nk cpt smpi tersalah tulis

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.