Wednesday, February 8, 2012

SAYA SEBENARNYA ADA MASALAH.

Masalahnya ialah dengan blog saya. Berikut adalah senarai masalah yang saya hadapi dan dah tak reti nak buat macam mana lagi untuk mengatasinya.

1. Entri baru saya keluar mengikut tarikh ia dideraf walaupun saya dah tukar post date and time kepada automatic. Ini menyebabkan dalam blog list kengkawan, tidak keluar entri baru walaupun saya telah pos entri baru dan refresh beberapa kali. Contohnya entri terbaru saya  pagi tadi yang bertajuk Terkenang Semasa Dulu 45 : Disneyland masih tidak muncul di bloglist kengkawan.

2. Profile saya juga tak keluar di muka hadapan blog saya. Akibatnya pembaca baru tak tahu siapa saya. Saya tak mahulah nanti ada pembaca yang sebaya dengan anak saya yang berengkau-aku dengan saya sebab dia ingat saya adalah rakan sebaya mereka.

3. Dashboard untuk saya mengarang juga sudah hilang. Saya bernasib baik kerana menjadi co-author blog surau saya. Untuk entri ini saya terpaksalah bekerja dari sana. Kalau di sana pun tidak boleh, maka habislah riwayat blog ini.

Saya tidak mahu membuat blog baru sebab kena bermula dari awal. Leceh. Macam orang tua baru dapat anak kecil. Kena bangun tengah malam tukar lampin dan buat susu.

Saya tak tahu apa puncanya. Saya perasan ia wujud sejak saya tukar fomat komen saya beberapa hari lalu. Adakah itu puncanya ? Saya pun tak pasti. Harap-harap ada kengkawan yang sudi memberi nasihat dan menolong saya mengatasi kemelut ini.

p/s: buat sementara waktu saya aktif berfb .. update terbaru  mendapat  82 komen (termasuk komen sendiri). 



32 comments:

  1. Pakcik, sy selalu dgr org dok komplen bile tuka format reply komen mcm Pakcik buat tu. Sy rs, Kakcik pun dulu ada mslh mcm nie...apa kata Pakcik refer Kakcik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik dah jawab. kalau masalah ini berlarutan, mungkin pakcik akan tumpukan kepada fb je.

      Delete
  2. Salam,

    Hari ni sehari suntuk saya tak dapat log in facebook..under maintenance katanya..

    ReplyDelete
  3. saya pun tak berapa reti benda2 gini..
    harapnya ada yang sudi bantu la..
    susah jugak bila entry kita tak update kat bloglist kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan nurazzah spt di bawah sedikit sebanyak telah membantu. terima kasih atas concern awak tu.

      Delete
  4. saya pulak dalam proses nak 'slow down' di FB.

    rumit jugak masalah pakngah ni...pening mikior...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam uncle..saya tak pandai bab2 ni.apa kata uncle ping entri ni kat group kat fb..mana tau ramai yg blh bantu nnt

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. siti murni

      kenapa pulak awak nak slowdown berfb ?

      tentang fb ni, pakngah ikut mood dan keadaan juga.

      lydia miza

      salam kembali. uncle pun dah tak ingat cara nak ping kat grup .. dah lama tak buat. dulu rajin buat, tapi nampaknya tak ada respon langsung.

      Delete
  5. SAYA GUNA BLOG JE TAU.. SELEBIHNYA TAHU SKIT2 DAN ADA YANG TAK TAU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hari2 ada perkara baru yang kita pelajari.

      Delete
  6. nak komen pun perlu tekanbutang reply pada man2 komen lain..baru keluar butang add komen..

    acane?..

    blog selalu masalah la Tuan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja awak 'refresh' dua tiga kali kalau tak mahu klik reply pada mana2 komen lain.

      Delete
  7. Tadi cuba masuk blog ni, kena tendang, makna tak boleh masuk,,,,ingatkan dah tak melayan pembaca-pembaca bebas, rupanya ada problem, saya soal2 IT ni tak boleh diharap,,,,maksudnya tak berapa tahu. Walaumacamanapun teruskan berblog, seronok baca cerita2 lama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak pernah langsung terlintas di hati saya untuk tidak melayan mana-mana pemabaca yang 'bona-fide' .. terima kasih kerana berminat dengan cerita2 saya.

      Delete
  8. Salam Pak Ngah,

    Ini yg saya boleh tolong serba sikit, cuba try test tengok ...hehehe.

    1)
    kalau Pak Ngah nak entri yg Pak Ngah draft tu keluar di atas (mengikut tarikh Pak Ngah post entri tu) cuba Pak Ngah klik kat 'schedule" dan tukar date and time pada hari Pak Ngah nak ia di publish.... kalau buat 'automatik" mmg dia akan keluar mengikut tarikh ia di draf...

    Saya dah buat byk kali... sebab masa draf tu entah dah berbulan2 lepas...bila nak publish hari ni, saya tukar lah ikut tarikh hari ni...

    2) ini kena betulkan setting blog ..

    ok..itu dulu...saya ada hal ni sekejap lagi..nanti ada masa saya sambung semula..atau mungkin masa tu Pak Ngah dah dapat betulkan dgn pertolongan bloggers lain...

    Nurazzah8

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas nasihat (no. 1) itu. saya dah cuba buat kat entri terbaru iaitu menukar date and time kepada hari ini .. nampaknya menjadi.

      Delete
  9. blogger yang masalah ni uncle...

    takpe. jgn risau. saya takkan beraku engkau dengan uncle walaupun muka tak keluar. heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak jangan kecik hati pulak kalau uncle berawak-awak dengan awak ye !

      Delete
  10. susah juga masalah pakngah ni . Tak nampak sebenarnya sbb tak pasti mcm mana dashboard pun tak kuar ya?...huhu

    apa pun, moga ada yang boleh bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai sekarang dashboard masih tak keluar. terpaksa masuk blog surau untuk buat entri baru.

      Delete
  11. yang nurazzah8 punya jawapan tu, saya setuju. tapi bab tak keluar dashboard, wallahualam. tak tahulah pulak. mungkin ada yang dapat bantu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nasihat nurazzah itu sangat membantu .. buktinya entri saya hari ini sudah agak lama dalam draf dan baru publish hari ini, nampaknya berjaya.

      tapi masalah dashboard tetap tak selesai lagi.

      Delete
  12. assalam AL..lucu pulak..sama ke..buat blog baru dengan ada anak kecil..he he

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum Abang Ngah...

    saya rasa tukar format komen bukanlah penyebab kepada masalah itu sebab ramai yang guna format komen itu tidak terjadi perkara seperti yang disebutkan.

    Bagaimanapun, kemungkinan terjadi masalah di awal penukaran tidak juga boleh dinafikan. Kebelakangan ini nampaknya blogspot memang banyak masalah yang kita pun tak tahu puncanya.

    Saya minta maaf kerana tak pandai menyelesaikan masalah Abang Ngah itu. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam. tak perlu langsung kakcik minta maaf. mungkin ada kesilapan saya sendiri yang tercolek sana sini agaknya.

      Delete
  14. Tentang Papan Pemuka @ Dashboard tu, cuba Abang Ngah klik pada Catatan Baru atau Reka Bentuk (maaf, saya guna BM di blog saya) di atas sebelah kanan tu. Akan berjumpalah Abang Ngah dengan 'butang' Papan Pemuka. Atau, memang cara itu yang telah hilang?

    ReplyDelete
  15. tapi kt blog nurul blog tuan ok jerk..berupdate ngan entri bru jerk rasanya

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.