Monday, March 19, 2012

BLOG PUN ADA PERIBAHASA.


Sebenarnya saya pernah terjumpa satu entri tentang peribahasa twitter, tapi lupa nak ambil butir-butir pemiliknya. Dari situ saya mendapat idea untuk mengubahsuainya menjadi peribahasa blog.


1. Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
Sayangkan blog update-updatekan.

2. Lain padang, lain belalang
Lain blog, lain follower.

3. Kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan.
Blog orang dilawati, blog sendiri terbiar bersawang.

4. Harapkan pagar, pagar makan padi
Harapkan follower, follower tak mahu singgah.

5. Kalau seekor ayam tak berkokok, hari siang juga.
Kalau seorang blogger tak buat entri, blog jalan juga.

6. Bagai pahat dengan penukul.
Bagai blogger liat nak update.

7. Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak.
Jangan buat blog, jika takut kena kutuk.

 8. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang berblogwalking, biar sampai tengah malam.

9. Biar mati anak, jangan mati adat.
Biar mati road tax kereta,  jangan berhenti berblog.

10. Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. 
Kerana marahkan Cik Anon, blog tidak lagi di pedulikan.

11. Kerana telur sebiji riuh sekampung
Kerana dapat pelawat lebih 10 orang, riuhnya macamlah sejuta.

12. Indah khabar dari rupa. 
Indah gambar profil dari rupa sebenar.

13. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
Diam-diam blogger hilang Gliteriti (Nuffnang).

14. Bagaikan resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Bagaikan resmi blogger, makin diam makin pedas.

15. Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.
Bagaimana gayabahasanya, begitulah peribadi tuannya.

16. Bagikan aur dengan tebing. 
Bagaikan bloggers dengan followers.

17. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. 
Jangan disangka entri yang pendek, tiada mesej.

18. Biar putih tulang, jangan putih mata.
Biar update sebaris, jangan langsung tak update.

19. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
 Keyboard sudah di tangan, line sudah clear.

20. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Teruskan berblog walaupun sampai terlentang.

21. Sediakan payung sebelum hujan.
Mantapkan  idea sebelum buat entri.

22. Kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa.
Kerana entri - orang terasa, kerana komen - kita sakit jiwa.

23. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Sedangkan suami isteri lagi bergaduh, inikan pula dengan follower.

24. Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Bagaikan follower bertambah selepas kontes.

25. Ada udang disebalik batu.
Ada Cik Anon di kalangan pengunjung.

26. Tak kenal maka tak cinta. 
Tak follow maka tak suka.

27. Bagai bertepuk sebelah tangan.
Bagai berblog tiada pembaca.
 
28. Bagai duri dalam daging.
Bagai komen Cik Anon yang menyakitkan hati.

29. Bagai murai dicabut ekor.
 Bagai al-lavendari dilarang berblog.


Sampai di sini otak saya sudah tepu. Tak tahu nak tulis apa bagi peribahasa berikut ...




Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Bagaikan menegakkan benang yang basah.

Bagikan telur di hujung tanduk.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga





Kerja Rumah. Anda dipersilakan untuk sambung-menyambung peribahasa-peribahasa itu dan kalau rajin buat peribahasa yang lain pula. Saya tahu anda mesti banyak idea punya !



44 comments:

  1. Assalamualaikum AL

    Hebat lah.....saya suka sangat lebih2 lagi no 7 dn 8...memang sesuai sangat bila diubahsuai..ni kang ada pulak cikgu2 BM yang tersilap bagi peribahasa kt anak murid...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih kerana suka tapi tak nak menyumbang ke ?

      Delete
  2. aduh Yope...kreatifnya....gelak saya sorang-sorang sampai suami tegur... teruskan berblog yope...

    ReplyDelete
  3. MEMANG TERBAIKLAH PAK.. IDEA BERNAS.. NANTI2 NAK TIRULAH.. HEHE.. AMIK DARI PANTUN KE, KATA-KATA PUJANGGA KE, APA KE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila awak dah buat nanti, jemputlah saya membacanya ya !

      Delete
  4. Buat kontes follower akan ramai mcm cendawan lepas hujan ke bang?

    Bila abg nak buat kontes lagi? Tapi tak buatpun followers abg memang dah ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung juga kpd syarat kontes .. kalau tak mensyaratkan jadi follower, tak ramailah.

      ingat nak buat kontes sempena harijai makngahnya .. kalau tak terlupa.

      Delete
  5. Saya tak ada ilham, tapi saya suka dengan apa yang tuan senaraikan.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilham saya menjelma dicetuskan oleh karya orang lain.

      Delete
  6. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Seronok baca peribahasa ni. Tapi tak pandailah nak buat peribahasa baru.

    Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi,
    Kemana idea dicurah, kalau tidak diblog sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      saya suka peribahasa 'kemana tumpahnya kuah' tu .. pandai pun.

      Delete
  7. salam tuan haji..

    seronok baca..
    tapi..saya susah nk bagi idea spontan..

    Jika lapang , saya cuba=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      tak apa .. bila2 ada idea nanti boleh datang balik.

      terima kasih kerana sudi follow blog saya.

      Delete
  8. Jangan dijolok sarang tebuan. Jika dijolok buruk padahnya

    jangan dikutuk blog orang, kalau tak nak dimaki tuannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya pernah kena maki kerana menegur blog orang. tapi buat entri sendiri pun ada juga orang kutuk. tak kisahlah. adatlah kan.

      Delete
  9. orang berbudi, kita berbahasa,
    kalau sudi, silalah ke blog kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi singgah kali pertama dan meninggalkan jejak.

      Delete
  10. Sokong anda ya. Bijak sekali berbahasa. Para blogger mendapat kiasan kata yang sangat berhemah. tahniah

    ReplyDelete
  11. lembut gigi dari lidah
    lembut bahasa dari tuan punya

    ehhhhhhhhhhhhh,.
    ala.. peribahasa ayu tak best lah.
    hahahhha.. kering idea

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. bila idea sudah mari, jangan malu-malu mari sini ..

      Delete
  13. Hahaha...Kreatif betul. saya satu rumah gelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajak jugalah jiran gelak sama .. kalau tidak nanti mereka tertanya2.

      Delete
  14. Pak Ngah!!!!!! Nida dengan hidung yang agak kembang sebab bangga dah update blog sat tadi datang ziarah..hehehehehhehehehehehe

    ReplyDelete
  15. saya da baca update tentang ini di FB uncle..saya cuba, tapi tak se best yg uncle buat..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle dah baca yg kat fb .. awak punya yg terbaik setakat in.

      Delete
  16. ooo...gaya bahasa blogger ek...memang gelak besar sorang2 depan lappy ni...

    ReplyDelete
  17. best...tapi x ada idea nak sumbang pantun ni..

    ReplyDelete
  18. hehe.. sengeh sorang2 baca setiap peribahasa.. seronok baca je ler, nak sumbang tak retii.. idea kering kontangg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 idea tu datang spontan .. kadang2 dia langsung tak mari.

      Delete
  19. assalamualaikum tn hj

    no 27 tue mcm kene dgn sy huhuhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      awak memang suka merendah diri ..

      Delete
  20. Entry Pakcik nie bt sy tersengih sorang2 mcm kambing. Org yg ade dpn sy mgkn igt sy gile. Hahahah! Tapi kan Pakcik, entri nie mcm entri kecewa dgn Si Anon yg bg komen bukan2. Yeke Pakcik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah .. pakcik tak ambil hati sangat. kadang2 dia pun ada point, kita pun ada point .. tengoklah point siapa yang lebih kuat. kemudian biar pembaca yang mengadili.

      Delete
  21. yang no 12. Indah khabar dari rupa-->Indah gambar profil dari rupa sebenar.

    hahha memang lawakk

    ReplyDelete
  22. hahaha.. mmg mnarik smua peribahasa tu... mmg ssuai sgt... :D

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.