Monday, July 29, 2013
KALAU NAK MINUM MILO DARI KEDAI MELAYU, CINA DAN MAMAK.
Katalah kita nak minum milo. Situasi berikut mungkin akan kita alami, kalau kita order minuman itu dari tiga buah kedai yang berlainan
.
Kedai Melayu: Maaf encik, milo baru je habis ..
Kedai Cina: Encik mahu biasa atau spesel punya. Kalau spesel punya, ada tambah madu lebah dari Yemen. Harga lebih 30 sen sahaja maa ..
Kedai Mamak. Siap !
Saya minta maaf kalau ada yang terasa. Saya tidak berniat untuk merendah atau menghina sesiapa, cuma saya gemar berkongsi apa yang saya perhati dan rasai.
p/s: Ada satu lagi entri yang sungguh menarik dan mendapat sambutan ramai tentang kenapa orang suka makan di kedai Mamak ada di sini. Tak percaya cubalah. Anda pasti tidak akan kecewa. Siap !
Friday, July 26, 2013
TIDAK ADA YANG TIDAK MENYESAL.
Cerita di bawah diforwardkan oleh kawan saya ke henfon saya. Sungguh menarik dan menginsafkan saya membacanya. Mungkin ramai yang sudah membacanya, tapi bagi saya ini adalah kali pertama. Saya perturunkan sepenuhnya:
"Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.
Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.
1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"
3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.
Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin.."
Semoga ada manfaatnya kepada kita semua.
Thursday, July 25, 2013
KALAU ADA YANG TAK PUASA ..
Kalau ada yang berpuasa dan bersembahyang, saya tak hairan kerana itu memang sewajarnya.
Kalau ada yang tak berpuasa dan tidak bersembahyang, saya pun sudah tidak hairan kerana sudah selalu sangat terjumpa.
Kalau ada yang berpuasa tapi tidak bersembahyang, saya hairan kerana berpuasa yang lebih sukar dari sembahyang boleh pulak dilakukan.
Kalau ada yang bersembahyang tapi tidak berpuasa, saya pelik hingga tak tahu nak cakap apa.
Nota kaki: Tak berpuasa bukan yang dibenarkan oleh syarak.
Kalau ada yang tak berpuasa dan tidak bersembahyang, saya pun sudah tidak hairan kerana sudah selalu sangat terjumpa.
Kalau ada yang berpuasa tapi tidak bersembahyang, saya hairan kerana berpuasa yang lebih sukar dari sembahyang boleh pulak dilakukan.
Kalau ada yang bersembahyang tapi tidak berpuasa, saya pelik hingga tak tahu nak cakap apa.
Nota kaki: Tak berpuasa bukan yang dibenarkan oleh syarak.
Wednesday, July 24, 2013
Friday, July 19, 2013
KASIH DAN BENCI.
Malam Rabu lalu seperti biasa sebelum sembahyang sunat Witir, diadakan tazkirah pendek yang disampaikan oleh Ustaz Surol yang mengimami sembahyang Isyak dan Tarawikh sebelumnya. Antara intipati tazkirahnya kali ini ialah:
(1) Allah kasih kepada orang2 yg taat dan soleh, tetapi Allah lebih kasih kepada orang2 muda yang taat dan soleh.
(2) Allah kasih kepada orang2 yang tawaduk dan merendah diri tetapi Allah lebih kasih kepada orang2 kaya tetapi tawadduq dan merendah diri.
(3) Allah kasih kapada orang2 yang pemurah tetapi Allah lebih kasih kepada orang2 miskin yang pemurah.
(4)Allah benci kepada orang2 yang kufur dan ingkar tetapi Allah lebih benci kepada orang2 tua yang kufur dan ingkar.
(5) Allah benci kepada orang2 yang sombong tetapi lebih benci kepada orang2 miskin yang sombong.
(6) Allah benci kepada orang2 yang bakhil tetapi lebih benci kepada orang2 kaya yang bakhil.
p/s: Intipati tazkirah ini dicatat oleh sahabat saya, Haji Z. Semoga ada manfaatnya.
(1) Allah kasih kepada orang2 yg taat dan soleh, tetapi Allah lebih kasih kepada orang2 muda yang taat dan soleh.
(2) Allah kasih kepada orang2 yang tawaduk dan merendah diri tetapi Allah lebih kasih kepada orang2 kaya tetapi tawadduq dan merendah diri.
(3) Allah kasih kapada orang2 yang pemurah tetapi Allah lebih kasih kepada orang2 miskin yang pemurah.
(4)Allah benci kepada orang2 yang kufur dan ingkar tetapi Allah lebih benci kepada orang2 tua yang kufur dan ingkar.
(5) Allah benci kepada orang2 yang sombong tetapi lebih benci kepada orang2 miskin yang sombong.
(6) Allah benci kepada orang2 yang bakhil tetapi lebih benci kepada orang2 kaya yang bakhil.
p/s: Intipati tazkirah ini dicatat oleh sahabat saya, Haji Z. Semoga ada manfaatnya.
Thursday, July 18, 2013
SONYUM SOKOJAP 60 : SAPA ?
Gambar hiasan hasil carian Google.
Malam tadi tidak seperti biasa, saya sampai rumah lebih dahulu dari Makngahnya selepas sembahyang Tarawikh di surau. Tak lama kemudian Makngahnya sampai kerana kami pergi asing-asing. Dia pergi lebih awal bawa kereta dan saya pergi lewat sikit, naik motor. Dia pergi awal sebab nak dapatkan tempat di dalam surau. Kalau lewat sikit, terpaksalah duduk luar.
Saya pulak suka duduk di luar kerana dalam surau aikonnya sejuk sangat. Lagipun lebih
Saya: Kenapa lambat malam ni ?
Makngahnya: Sapa ..
Saya: Awaklah !
Mendengar kata-kata saya itu dia pun tertawa. Katanya dia cakap omputih - supper.
Wednesday, July 17, 2013
Saturday, July 13, 2013
BAHASA MELAYU TIDAK PELIK TAPI UNIK # 1: MAKAN ATAS MEJA.
Ya. Bahasa Melayu bagi saya adalah unik. Bukan pelik. Kerapkali perkataan yang kita ucapkan bukan merujuk kepada maknanya yang telah diketahui umum.
Kalau kita tidak memahami budaya Melayu, mungkin kita akan berdepan dengan sedikit masalah memahami logik dan konteksnya.
Dalam konteks Bahasa Melayu dan budaya Melayu, kerap kali perkataan 'dekat' itu bermaksud 'di' dan 'atas' pula bermaksud 'dalam'. Ada masanya 'atas' tidak juga bermakna dalam tapi menggambarkan keadaan yang lain pula.
Biar saya terangkan dengan memberi contoh.
Dekat. Kalau ada orang kata "malam tadi saya berbuka puasa dekat hotel Hilton". Umumnya orang Melayu memahamkan bahawa dekat di sini bermaksud di hotel Hiton. Tapi mungkin juga dia betul-betul berbuka puasa dekat dengan Hotel Hilton di sebuah gerai makanan kesukaannya. Tengoklah siapa yang bercakap.
Atas. Kalau ada orang berkata "Saya dah kenyang makan nasi lemak atas kapal terbang tadi" ia bukanlah bermakna tadi dia betul-betul berada di atas kapal terbang menikmati nasi lemak. Tentulah maksudnya, dia makan nasi lemak semasa berada dalam kapal terbang.
Kalau kita kata "Saya lebih suka bersila bila makan di rumah, tapi kalau di hotel terpaksalah makan atas meja'. Ayat tersebut bukanlah bermaksud betul-betul duduk atas meja semasa makan tetapi sebenarnya duduk atas kerusi.
Unik kan ?
Friday, July 12, 2013
SAMPAI BILA BARU MAHU JADI IMAM ?
Gambar hiasan hasil carian Google.
Dia lulusan ugama universiti tempatan.
Masa muda-muda dulu kita suruh dia jadi imam.
Dia jawab: "Adalah lebih afdhal kita utamakan orang yang lebih tua dari kita".
Kita terdiam.
Sekarang kita sudah sama-sama tua.
Kita suruh dia jadi imam.
Dia jawab: "Eloklah kita beri peluang kepada orang-orang muda sebagai latihan untuk mereka"
Kita terkedu.
Wednesday, July 10, 2013
Sunday, July 7, 2013
BILA TERSALAH DIAL.
Gambar hiasan hasil carian Google. Tak ada kena mengena dengan entri.
Agaknya apa ikhtiar anda nak tutup malu kalau sudah terdail nombor orang lain yang punya nama berdekatan dalam senarai kita. Contohnya kita nak telefon Husin Baharin terdial Husin Baharom.
Kita: Hello, apa khabar Sin ?
Husin: Khabar baik .. ni mesti ada cerita bagus ni kan ?
Bila dengar suara, baru kita perasan yang kita sudah salah orang. Ini bukan suara Husin Baharin tapi Husim Baharom. Dua-dua pun kawan kita juga. Kita segan nak mengaku yang kita salah dial dan terus kepala ligat mencari modal untuk teruskan perbualan. Tetiba kita teringat dia pernah nak jual kereta suatu masa dulu.
Kita: Ni aku nak tanya, kereta kau yang nak jual tu dah jual ke belum ?
Husin: Kereta mana ?
Kita: Laaa .. kereta Volvo yang engkau selalu guna angkut rumput bagi lembu engkau makan tuu.
Husin: Oh kereta tu ke .. lama dah aku jual .. rasanya dah lebih 5 tahun .. aku ingat kereta tu pun dah jadi tukun tiruan sekarang ini !
Kita: ohhh .. hmmm (masa ni kita dah mula tak tahu apa nak cakap, tapi teruskan jugalah) .. dah 5 tahun ke ? Aku rasa baru macam 5 bulan je !
Agak-agak Husin tu syak tak kita tersilap panggil dia ?
Saturday, July 6, 2013
IKTIBAR DARI CERITA KURA-KURA TERBANG.
Cerita ini pernah saya baca dalam buku teks semasa saya bersekolah rendah lamaaaaa dahulu. Baru-baru ini saya teringat kembali cerita itu kerana ia sangat meninggalkan kesan kepada saya. Tapi mana nak cari bukunya ? Saya pun cuba menggugel manalah tahu kalau ada. Harapan saya tertunai kerana kisahnya ada diceritakan - rupanya di banyak laman. Mungkin ramai daripada anda semua yang telah pun membaca atau pun mendengar cerita ini. Tak kisahlah.
Saya petik ceritanya dari satu laman dan siarkan seperti di bawah. Walaupun cerita ini adalah cerita kanak-kanak, tetapi pengajarannya sangat relevan kepada kita semua tanpa mengira umur. Bacalah sampai habis ceritanya !
"Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.
Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa..."
Sumber: http://islampelitahidup.blogspot.com/2012/04/kisah-itik-dan-kura-kura.html
Wednesday, July 3, 2013
Tuesday, July 2, 2013
SEMUA BENDA BOLEH DIBAHAGI DUA ?
Tetiba saya terfikir yang semua benda dalam dunia ini samada yang bernyawa atau tidak, boleh di bahagi kepada dua kategori atau jenis sahaja.
Contoh:
Contoh:
Kereta - Kereta Mercedes dan kereta-kereta lain selain dari kereta Mercedes.
Bunga - Bunga Raya dan bunga-bunga lain selain dari Bunga Raya.
Buah - Buah Durian dan buah-buah lain selain dari buah Durian.
Ikan - Ikan Kelah dan ikan-ikan lain selain dari ikan Kelah.
Blogger - Blogger al-lavendari dan blogger-bloger lain selain dari al-lavendari.
Betul tak ?
Maaf .. entri ini tidak membawa apa-apa pengajaran. Ia dibuat semata-mata untuk mengelakkan fikiran menjadi beku !
Subscribe to:
Posts (Atom)