Wednesday, September 30, 2015

WW # 128: MARI KITA KETAWAKAN IKLAN INI .. KAH KAH KAH.




.

Friday, September 11, 2015

MAMPUKAH KITA MENAHAN HUJAN LEBAT YANG SEDANG TURUN ?

 

Banjir besar melanda  bandaraya Tokyo. Gambar hiasan hasil carian Google

سُوۡرَةُ الاٴحقاف
فَلَمَّا رَأَوۡهُ عَارِضً۬ا مُّسۡتَقۡبِلَ أَوۡدِيَتِہِمۡ قَالُواْ هَـٰذَا عَارِضٌ۬ مُّمۡطِرُنَا‌ۚ بَلۡ هُوَ مَا ٱسۡتَعۡجَلۡتُم بِهِۦ‌ۖ رِيحٌ۬ فِيہَا عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (٢٤) تُدَمِّرُ كُلَّ شَىۡءِۭ بِأَمۡرِ رَبِّہَا فَأَصۡبَحُواْ لَا يُرَىٰٓ إِلَّا مَسَـٰكِنُہُمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡمُجۡرِمِينَ (٢٥)


Surah Al-Ahqaf - ayat 24 dan 25.

"Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita! (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (24) Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya. (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa. (25)"


Itulah sebahagian kisah yang menimpa kaum 'Ad yang ingkar kepada seruan nabi Hud.

Mungkin ada di antara kita yang berbangga dengan kemajuan sains dan tekonogi pada masa ini, sehingga mampu menghasilkan hujan melalui proses pembenihan awan (cloud seeding).


Tapi mampukah kita menghentikan hujan lebat yang sedang turun ?



.

Monday, September 7, 2015

SONYUM SOKOJAP 74 : BEZA BUDAK LELAKI DENGAN BUDAK PEREMPUAN.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Hari tu saya hantar Haiqal ke sekolah kerana ada aktiviti sekolah sebelah petang. Pakaian adalah bebas. Bila dia nampak ada kawannya yang pakai baju macam baju yang dia pakai, dia sangat teruja dan terus berkata ..

"yesss .. ada geng !!!"

Di hari yang lain pula, saya hantar Ifa, kakaknya pergi sekolah kerana ada aktiviti sekolah sebelah petang juga. Sekolah benarkan murid-murid tidak  memakai uniform sekolah  Bila dia nampak ada kawannya pakai baju macam baju yang dia pakai, dia terus berkata ..

"ayah .. jom balik"



. 

Friday, September 4, 2015

ADAKAH HENFON YANG BERSALAH ?

Kopipes. Tapi dah lupa sumbernya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penulis asalnya.

HANDPHONE PUNYA PASAL?

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:

●Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.

●Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang tasbih.

● Kami lebih banyak lihat hp dari lihat wajah ibu bapa suami isteri dan anak2.

●Kami lebih banyak baca sms dripda baca Al Quran

●Kami lebih sering menelefon dripda Silaturahim.

●Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud...

■■Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini..dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.
Amin..

Kata guru:

>>Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

●Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...

●Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...

●Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...

●Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

>>Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

●Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu...

●Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu...

●Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

>>Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya...

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu...

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

>>Teguran ini menyusuk sungguh...

Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal takde benda pun.. atas alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpdNya......renung2kan dan selamat beramal....

Subhanallah Ya Allah...ampunilah dosa2 kami




Wednesday, September 2, 2015

WW # 127: BERGAMBAR SAKAN DENGAN SELEBRITI.