Friday, September 4, 2015

ADAKAH HENFON YANG BERSALAH ?

Kopipes. Tapi dah lupa sumbernya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penulis asalnya.

HANDPHONE PUNYA PASAL?

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:

●Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.

●Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang tasbih.

● Kami lebih banyak lihat hp dari lihat wajah ibu bapa suami isteri dan anak2.

●Kami lebih banyak baca sms dripda baca Al Quran

●Kami lebih sering menelefon dripda Silaturahim.

●Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud...

■■Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini..dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.
Amin..

Kata guru:

>>Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

●Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...

●Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...

●Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...

●Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

>>Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

●Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu...

●Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu...

●Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

>>Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya...

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu...

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

>>Teguran ini menyusuk sungguh...

Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal takde benda pun.. atas alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpdNya......renung2kan dan selamat beramal....

Subhanallah Ya Allah...ampunilah dosa2 kami




6 comments:

  1. BARU HABIS SOLAT JUMAAT.. ADA LAGI HANDPHONE YANG BERBUNYI WAKTU SOLAT.. NASIB BAIK DIA TAK ANGKAT DAN JAWAB TELEFON KETIKA SOLAT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti kes terlupa .. bukan sengaja. eloknya imam buat pengumuman supaya tutup hp sebelum mula sembahyang.

      Delete
  2. Sihir yang paling besar kini, jika tidak dikawal handfon boleh memporakperandakan kehidupan rumahtangga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia ibarat pisau .. boleh potong sayur dan boleh juga tikam orang .. apa yang saya nampak budaya mengumpat dan fitnah dengan dakwah sama rancak.

      Delete
  3. Satu realiti yg dikatakan maju tapi boleh menjerumuskan manusia ke lembah kelalaian inilah dia.
    Silap sikit percaturan dari menggunakannya iman akan tercalar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju .. ia memang ia sangat mencabar keimanan penggunanya ..

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.