Thursday, March 9, 2017

SIAPA KATA POKOK BULUH TIDAK BERBUAH ?

Saya percaya ramai di antara kita yang tidak tahu bahawa ada jenis buluh yang mengeluarkan buah. Ini kerana mungkin di tempat kita tidak pernah terjumpa pokok buluh yang berbuah.

Pernah saya dikatakan benak kerana membuat pantun yang mengharapkan buluh yang saya tanam menghasilkan buah. Saya tidak marah kepada yang berkata begitu kerana saya percaya dia tidak mengetahui bahawa memang ada spesis buluh yang mengeluarkan buah. Lihat pantun dan juga jawapan dari seorang peminat pantun seperti di bawah.


Inilah pantun dari page saya yang saya maksudkan.



Lihatlah jawapan kepada pantun saya itu. Hehehe.


Hasil carian Google, saya kongsikan maklumat dan gambar-gambar buluh yang mengeluarkan buah itu. Saya difahamkan spesis buluh yang berbuah ini boleh di dapati di sebuah wilayah di India. Kalau anda berhajat untuk mengetahui lebih lanjut, sila google perkataan "melocanninae" iaitu nama sains bagi jenis buluh yang berbuah itu.


Petikan dari internet maklumat saintifik tentangnya.


Gambar 1: Pokok buluh yang sedang berbuah.


Gambar 2: Gambar buahnya dari dekat.


Gambar 3: Gambar rentas buahnya yang terbelah dua.


Gambar 4: Mungkin buahnya juga boleh di makan berdasarkan buahnya yang tersisa.

Sesungguhnya khazanah cipataan Allah itu samada di udara, di bumi atau di dalam lautan tidak terkira luasnya. Terlalu banyak lagi ciptaanNya yang tidak kita ketahui dan belum diterokai. Allahuakbar. Sesungguhnya Dia maha agung dan maha bijaksana dan kita hambanya amat kerdil dan tiada berdaya.






10 comments:

  1. AllahhuAkbar...betapa besar kuasaNya... :)

    ReplyDelete
  2. Baru tau ada spesis buluh yang berbuah..
    Nampak macam sedap jugak buah dia..
    Masa kecik polisi makchaq kalau burung/binatang boleh makan kita pun boleh makan..
    Macam2 buah hentam je makan kalau nampak ada bekas kena makan burung ke apa.. Alhamdulillah tak pernah keracunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye .. itulah petua yg ampuh. Orang asli pun guna kaedah itu melalui pemerhatian dan pengalaman.

      Delete
  3. Harap orang yang kato benak tu baco blog ni

    ReplyDelete
  4. kasar betul bahasa org yg kata benak tuh ye...

    teringat dulu2 masa sekolah rendah, saya bgtau kwn saya kaktus berbunga tp rata2 kata sya bodo sbb katanya kaktus tak berbunga... tp hakikatnya mmg kaktus ada bunga, kadang org ckp sbb percaya org dulu2 nya kata2 bkn ngn fakta

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah lumrahnya kita .. kalau kita tak pernah tengok, kita kata benda tu tak wujud.

      Delete
  5. Ada rupanya buluh berbuah... baru tahu... tapi tak patutlah kata orang benak..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.