Tuesday, September 5, 2017

TERJADI SILAP FAHAM KERANA KERENGGA.

Gambar kerengga hasil carian Google.

Ada beberapa kali entri saya telah disalah faham oleh pembaca. Memang silap saya kerana suka berkias atau bermetafora. Kalau direct sangat, saya bimbang ada yang akan terasa.

Namun begitu saya tetap juga sedih bila disalahfahami oleh sesetengah pembaca. Apa nak buat. Benda macam ni memang susah nak dielak dari berlaku walaupun kita telah berhati-hati. Lebih-lebih dalam penulisan yang komunikasinya adalah sehala. Lainlah kalau kita duduk berdepan-depan, bolehlah bertanya masa itu juga atau melihat bahasa badan orang yang bercakap.

Salah satu entri yang saya rasa sedih sangat kerana mengundang salah faham pembaca adalah fasal kerengga.  Entrinya di sini. Walau pun entri ini sudah agak lama (2011), namun ia sangat memberi bekas pada hati saya yang kerananya membuatkan saya lebih berhati-hati bila membuat entri.


6 comments:

  1. takpe lah Pak Ngah, jgn di pikir2 kan... kadang2 mmg tak semua org paham apa yg kita maksudkn kecuali org yg dh biasa or yg dh lama jd kwn di alam maya nih... yg dh paham cara tulisan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu .. hujung2 ni je rasa mcm tu .. masa mula2 berblog dulu, main belasah je .. banyak kali juga bergaduh. hehe.

      Delete
  2. Tafsiran orang berbeza2.
    Ada yang memandang kerengga itu sebagai kerengga.
    Setelah baca entri tu, mungkin ada yang menganggap cerita kerengga itu sebagai kiasan aje.
    Pandang yang posotif, kerengga tu kat situ sekurang2nya tentu ada kebaikannya walau pun dia menumpang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cerita kerengga itu sebagai kiasan sahaja. Saya tujukan kepada kelompok atau komuniti tertentu dalam negara kita.

      Delete
  3. Gaya penulisan orang lama biasanya banyak berkias kerana santunnya bahasa, baik budi pekerti dan banyak unsur tersirat disebalik yang tersurat supaya tidak ada yang terguris hati dan perasaan. Bagitulah juga dengan akhlak dan bicara orang dulu-dulu. Penuh dengan bahasa yang bila didengar begitu lembut sehingga menangkap di kalbu namun ada ketegasan disebalik ayat yang di keluarkan.

    Orang zaman sekarang nak cepat dan pantas je. Apa yang terkeluar dari ayat mereka direct to the point, takde nak selekoh sana selekoh sini. Sebab tu orang yang mendengar cepat tersentap bila ayat tu kadang dikeluarkan tanpa memikirkan penerimaan orang yang mendengar.

    Itu hanya dari pandangan saya yang telah melalui zaman type writer lama kepada keyboard komputer. Daripada guna cara manual kepada sistem internet. Apa pun terpulang kepada masing-masing punya pandangan. Apapun kita fikir positif je. Yang baik kita jadikan tauladan yang tak baik emmm fikir-fikirkanlah apa nak buat. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang wujud masalah 'generation gap' dalam era mana sekalipun. Namun dalam zaman internet sekarang ini, jurang itu sedikit sebanyak telah berjaya dirapatkan di mana orang tua telah lebih memahami akan lingo orang muda sekarang ini.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.