Thursday, October 26, 2017

4 SPESIS ISTERI PEMANCING.

 Gambar saya memancing di sungai Potomac ditemani oleh 4 orang isteri wanita termasuk tukang ambil gambar - 1984.

Secara umumnya saya boleh kategorikan isteri pemancing kepada 4 spesis.

1. Sama minat.

Dia mesti nak ikut suami pergi memancing. Bila dah lama tak pergi mancing, dia pula yang pujuk suaminya ajak pergi mancing. Kadang-kadang dia dapat lebih banyak hasil dari suaminya. Biasanya dia juga lebih bersungguh-sungguh memancing dari suaminya. Suaminya lepas baling pancing, duduk khusyuk main henfon.

2. Tak minat tapi sokong.

Kalau suami pergi memancing dia tak keberatan ikut sama tapi dia tak mancing. Dia mengait, baca buku atau mengadap henfon semasa suami memancing. Kalau dah lama tak makan ikan atau udang 'fresh', dia pulak suruh suaminya pergi memancing.

3. Tak minat dan tak sokong.

Dia tak suka suaminya pergi memancing. Macam-macam helah dia buat pada hari suami dijadualkan pergi memancing agar suami tidak dapat pergi memancing. Misalnya dia atur program pergi melawat anak kat asrama, pergi berbekam dan macam-macam helah lagi.

4. Tak kisah.

Dia suruh pun tidak, larang pun tidak. Terserah kepada suaminya nak pergi memancing ke atau tidak. Dia buat hal dia. Misalnya dia pergi berlatih berzanji dan sebagainya.




6 comments:

  1. Assalamualaikum Bang Haji, moga sihat hendaknya.

    Isteri Bang Haji mesti sifatnya seperti yang No. 2 tu... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam .. tepat sekali telahan ustaz .. memang isteri saya tergolong dlm spesis nombor 2.

      Delete
  2. saya kategori yang nombor dua lah.

    dulu rajen juga meneman, tp sekarang dah jarang-jarang. dh menginjak dewasa mungkin.

    tp kalau teringin nak makan memang request pun.

    order ikut suka, mudah-mudahan ada rezeki.

    salam singgah sini pak ngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2017 at 1:58 PM

      salam kembali .. samalah mcm makngahnya .. tapi dia malas nak siang ikan. hehe

      Delete
  3. Masa kecik2 dulu memang rajin mancing sebab rumah tepi sungai.
    Bila dah kawen langsung tak pernah mancing walau pun masih tinggal tepi sungai.
    lagi pun pn is3 tak makan ikan sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memancing lebih kpd hobi sebenarnya. Isteri saya pulak suka makan ikan sungai sebab kampung dia tengah sawah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.