Wednesday, October 4, 2017

KALAULAH ..


Kalaulah ...

Bangun tidur pagi tadi mata tak boleh lagi melihat; atau

Tangan tidak boleh lagi diangkat; atau
Kaki tidak boleh lagi berjalan; atau
Telinga tidak boleh lagi mendengar.


Air terputus bekalan; atau
Elektrik terputus sambungan; atau
Tiada makanan untuk sarapan; atau
Mulut tidak dapat mengunyah; atau
Kereta tidak boleh dihidupkan; atau
Tayar mengalami kebocoran.

Kalaulah ...

Brek kereta tiba-tiba tak “makan” ; atau
Kereta terbabas ke tepi jalan; atau
Terlanggar pembahagi jalan; atau
Tergesel motosikal di tengah jalan; atau
Dilanggar trak dari belakang; atau
Cermin pecah dilantun batu; atau
Minyak kereta kehabisan; atau
Jalan jem berbatu-batu; atau
Jambatan runtuh memutus jalan.

Kalaulah ...

Kita tidak ada pekerjaan; atau
Tiada gaji kerana tauke lari; atau
Syarikat bankrap, kita diberhenti; atau
Kilang tutup kerana berpindah ke luar negeri; atau
Tangan termasuk mesin, terputus jari; atau
Dimasukkan hospital dijangkiti H1N1.

Kalaulah ...

Balik ke rumah, rumah terbakar; atau
Runtuh dilanda taufan; atau
Dimasuki perompak melarikan simpanan; atau
Anak isteri dicederakan; atau
Orang rumah lari tanpa pamitan; atau
Anak deman panas yang keterlaluan; atau
Anak hilang tak dapat dikesan; atau
Anak patah kaki terjatuh buaian; atau
Pembantu ghaib membawa “buah tangan”.


Kalau semua itu tidak kejadian,
Alanghkah banyaknya nikmat tuhan.
Tetapi berapa kalikah kita mengucap kesyukuran ?

Itu baru nikmat seharian.

.

8 comments:

  1. Kita jarang menghargai sewaktu sesuatu itu kita miliki. Bila sudah kehilangan, barulah kita meratap menyatakan sayang...

    Dan...perkataan KALAU itu sepatutnya tidak wujud :(

    Nota : hanya ada satu kesilapan ejaan yang saya perasan (bukan silap apa, hanya terlebih huruf)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak pasti adakah kita merujuk kepada kesilapan yang sama .. saya dah betulkan, tapi mungkin kakcik maksudkan kesilapan yang lain.
      terima kasih kerana menarik perhatian saya untuk menyemak semula entri ini yang telah tertangguh selama kira-kira 5 tahun.

      Delete
  2. kita selalu terlupe mengucapkan syukur, syukur tu selalu terucap selepas kita di uji, sedangkan selama ni nikmat yg kita nikmati tak pnh kita syukuri

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang begitulah lumrahnya .. tapi bila sudah berumur macam Pak Ngah ni, dapat hidup sehari lagi pun terasa sangat bersyukur.

      Delete
  3. Kalaulah ...

    Kita tidak ada pekerjaan;

    memang kalau ini pernah jadi dalam hidup saya dan suami saya. setelah beberapa lama, alhamdulillah masih Allah kurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk.

    yang penting. usaha. kemudian berdoa. kemudian tawakal.

    walaupun rasa tak bersemangat. belajarlah untuk tersenyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. janji Allah kepada makhluknya yang berusaha tidak pernah mungkir. Lihat sahaja burung yang keluar di waktu pagi mencari rezeki, tidak pernah pulang dengan perut kosong di petang hari.

      Delete
  4. Saya bersyukur kerana masih ada pekerjaan dengan kesihatan yang baik...kalau tak, macamana saya hendak memberi makan kucing kucing peliharaan dan kucing kucing stray belakang rumah (dengan kos makanan kucing yang semakin meningkat). Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga terus berbakti kpd haiwan kesayangan Nabi .. insyaallah akan ada rezeki utk mereka.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.