Gambar hiasan hasil carian Google.
Kalau ada orang telefon kita kemudian tiba-tiba panggilan terputus kerana pelbagai sebab yang tidak kita ketahui, apa yang seeloknya kita buat supaya tidak berlaga membuat panggilan?
1. Kita tunggu pemanggil call kita semula; atau
2. Kita yang call pemanggil?
Kalau kita sama-sama mengharap orang lain yang call kita, lama-lama sorang pun tak call. Kemudian bila tunggu punya tunggu tak ada orang call, kita sama-sama pula buat panggilan. Akibatnya dua-dua panggilan tak lepas.
pak ngah.
ReplyDeletekalau panggilan sebab kerja terputus, saya akan cuba buat panggilan balik. tapi tengok kredit juga.
tapi sebolehnya kalau tak lepas buat panggilan saya akan tinggalkan mesej samada melalui aplikasi whatapps atau sms.
berkaitan dengan berborak kosong / bercerita luahan perasaan saya selalunya kalau panggilan terputus, jarang sambung semula.
sekian perkongsian saya.
Wah .. komen awak boleh dijadikan panduan umum ni.
DeleteSaya rasa yang buat panggilan patut call semula kalau talian terputus. Dikhuatiri kalau kita yang telefon semula, pemanggil akan bercakap lama...sedangkan dia yang berhajat bercerita...tapi apa pun terpulang pada dengan siapa kita berborak.
ReplyDeleteSepatutnya begitulah tapi kdg2 lepas tunggu sekian lama, dia tak call kita semula. Itu yg buatkan kita tertanya2.
DeleteMrs. A tengok juga siapa si pemanggil tu kalau emak Mrs. A for sure Mrs. A yang akan call balik.
ReplyDeleteItu sudah pasti .. mungkin dia ada hajat tertentu.
Deletekalau orang bank atau org nak jual insuran telefon, saya sendiri akan putuskan talian, pastu kalau dia call balik, saya takkan jawap...
ReplyDeleteHahaha .. kejamnya. Tapi tentulah org bank atau insuran yg nak jual produk kan?
DeleteKalau saya tengok situasi. Sebab sekarang pelbagai panggilan palsu yang masuk.
ReplyDeleteBetul tu .. kadang2 phobia bila tengok call masuk dari nombor tak dikenali.
DeleteSekarang ni banyak scammer...kalau no yang pelik2 memang le saya biarkan tapi kalau kenalan saya akan call balik. Takut ada hal mustahak.
ReplyDeleteKadang2 tu nombor memang tak ada dalam simpanan tapi call tu mustahak, misalnya dari bank atau woksyop kita dsb.
Delete