Friday, November 25, 2022

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT.

Ada hikmahnya BN tidak beroleh cukup majoriti untuk tubuh kerajaan. Kalau itu terjadi, tentu penyokong2nya akan tambah besar kepala yg boleh menyebabkan suhu politik bertambah panas. Juga akan timbul pelbagai tuduhan spt tipu undi, beli undi dsb dilemparkan kpd BN. Akan ada pihak yg menghamburkan kata2 kesat seperti  "bolehlah sakau lagi" yg kalau gagal dikawal boleh mencetuskan huru hara. 

Kalau pulak PH beroleh majoriti selesa untuk tubuh kerajaan, entah bagaimana bongkaknya sesetengah penyokongnya. Sedangkan belum menang pun, sikap mereka sudah agresif dan arogan.

Kalau PN pulak yg beroleh majoriti yg besar utk tubuh kerajaan, sudah tentu pengikut dan penyokongnya semakin merasa diri mereka sebagai insan terpilih di muka bumi ini.

Bila semua itu tidak berlaku, barulah masing2 sedar bahawa mereka tidaklah hebat sangat kerana mereka masih perlukan orang lain utk tubuh kerajaan.

Agaknya negara luar mana yg pertama sekali DSAI akan lawat ?  Saya teka Indonesia. 

4 comments:

  1. Ada hikmahnya setiap yang berlaku. Semuanya kuasa Allah. Kita doa yang baik-baik buat Malaysia. Presiden Jokowi yang talipon dulu sudah tentu le tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu sebelum mengundi penyokong2 PH mcm nak perang dgn penyokong2 BN. Akhirnya tidur sekelambu. Alhamdulillah.

      Delete
  2. Semoga semua ahli politik lebih memikirkan bagaimana untuk memajukan negara dan menjaga rakyat daripada menjaga politik sendiri.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.