Friday, January 13, 2023

JAGALAH AIB SAHABAT.

Satu hari sedang Saidina Omar dan sahabat2 duduk berbincang sesuatu, tiba2 mereka tercium bau kentut (kategori silent killer) yang mencucuk hidung. Lalu Saidina Omar pun segera berkata, "siapa yang kentut tadi pergi ambil wudhuk sekarang". Semua sahabat yang duduk mengelilingi Saidina Omar saling berpandangan dan tiada seorang pun yang bangun untuk berbuat demikian. 

Lalu seorang sahabat bangun sambil menyarankan, "apa kata kita semua ambil wudhuk agar tidak ada yang tahu siapakah yang telah terkentut tadi”

Saranan itu tidak dibantah oleh sahabat2 yang lain dan turut dipersetujui oleh Saidina Omar. Lalu semua sahabat pun berbuat seperti yang telah dipersetujui. 

Dengan itu selamatlah "air muka" sahabat yang terkentut tadi kerana tiada seorang pun tahu akan aibnya. 

Nota kaki. Kategori kentut.

1. Kuat dan berbisa. 

2. Senyap tapi berbisa (silent killer) 

3. Kuat tapi tidak berbisa. 

4. Senyap dan tidak berbisa. 


Adaptasi dari sini. 

https://muslim.okezone.com/read/2019/08/08/614/2089596/kisah-khalifah-umar-bin-khattab-dan-orang-buang-angin


6 comments:

  1. Sebuah entri yang besar pengajarannya. Insyaallah, apabila sudah tahu, perlu dipraktikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah jadi tanggung jawab kita utk praktikkannya.

      Delete
  2. Agaknya yang buat saranan itulah yang kentut

    ReplyDelete
  3. Hahhaa... kelakar la kisah kentut tapi tetap ada pengajaran di situ. Jaga aib orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah terbalik, ramai yang berlumba2 nak dedahkan aib orang.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.