Semasa saya berusia 50an dan masih bekerja dahulu, bila ada orang bertanya "Masih kerja lagi ke?". Lalu saya jawab, "Nampaknya begitulah. Perkhidmatan saya masih diperlukan oleh kerajaan".
Sekarang baru saya terfikir yangsebenarnya pada masa itu, sayalah yang masih perlu berkhidmat dengan kerajaan, bukan sebaliknya. Banyak tanggungan seperti belanja dapur, anak sekolah, ansuran rumah, ansuran kereta, kirim kampung dan sebagainya yang perlukan wang. Tambahan pula isteri saya hanyalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa.
Alhamdulillah pada masa ini semua anak sudah habis belajar dan dah bekerja, ansuran rumah dan kereta dah langsai, tiada lagi kiriman bulanan ke kampung tetapi perbelanjaan baru pulak timbul iaitu belanja perubatan dan kesihatan saya dan isteri. Tapi tidaklah membebankan sangat.
Begitulah kitaran kehidupan kita di dunia ni, Pak Ngah. Pengakhirannya kita kembali kepada Allah SWT, tamatlah segala apa yang kita harungi kepayahan hidup di dunia
ReplyDelete