Hari Senin lepas dalam perjalanan balik ke N9 dari Perlis, kami singgah di Pulau Pinang untuk makan tengah hari. Dipendekkan cerita, sebelum mengambil tempat duduk, saya tanya juruwang macam mana nak bayar parking. Dia kata guna apps. Saya kata saya tak ada apps tu. Saya cuma berhenti sekejap untuk makan sahaja dan lepas itu terus balik.
"Malaslah saya nak download apps tu", ujar saya.
"Saya faham. Nanti saya suruh budak saya tolong bayarkan. Nanti encik bayar kat dia", jawabnya.
Kemudian dia panggil seorang pekerjanya dan suruh bantu saya buat bayaran.
Pekerjanya itu terus buka henfonnya dan suruh saya isikan butiran yang sewajarnya. Saya pun ambil henfonnya untuk menaip tapi terhenti kerana keyboardnya dalam bahasa Bangladesh. Saya pulak belum belajar bahasa Bangladesh. Menyedari masalah yang saya hadapi, pekerja tersebut lantas ambil semula henfonnya. Seterusnya dia tanya nombor kereta saya. Saya beritahu dan dia menaipnya. Kemudiannya dia tanya apa nama, saya pun jawab "Hamzah" . Saya nampak air mukanya berubah, dan dia terus bercakap sesuatu dengan juruwang dan juruwang beritahu saya dia tanya nama kereta.
Saya ketawa sekejap dan kali ini saya menaip sendiri nama kereta saya di henfonnya.
Sekian.
Dia pun baru belajar bahasa kita kot. Sepatutnya dia tanya kereta tu jenis apa?😁😁😁
ReplyDelete