Showing posts with label entri saja saja.. Show all posts
Showing posts with label entri saja saja.. Show all posts

Monday, May 11, 2026

TAPI.

Kalau saya baca tulisan atau dengar orang mulakan perbualannya seperti berikut,

"Sebenarnya aku tak tahu sangat mengenai krisis adat di Negeri Sembilan ni, tapi.. ", atau

"Sebenarnya aku tak minat untuk mengulas isu ekspot pasir sungai ni, tapi.. "

Saya dengar sampai perkataan "tapi" je,  lepas tu saya lompat cari cerita lain. 

Kalau kau dah tahu kau tak tahu atau kau tak minat, yang kau pergi ulas buat apa.


Gambar sekadar hiasan. 

Saturday, April 1, 2023

PERIHAL BUAH KURMA.

Masa saya kecik2 dulu, dapat makan kurma hanya pada bulan Ramadhan shj. Hanya ada satu jenis shj kurma yg dijual cara timbang kati kat kedai kampung  saya. Saya agak ia bukanlah kurma gred premium kerana macam2 benda asing turut berada bersamanya. 

Bila saya dah besar barulah saya tahu rupanya kurma ini ada banyak jenis dan gred. 

Buah kurma pemberian orang.

Ramadhan kali ini saya belum pernah lagi beli kurma. Kurma yang orang bagi pun saya rasa tak habis makan sebulan puasa ni. Makan pun kami berdua2an sahaja.