Wednesday, April 11, 2012
APA YANG SAYA BELI DI SAIGON.
Ini adalah sambungan entri "Apa Yang Saya Makan Di Saigon" sebelum ini.
Di antara kami bertiga, sayalah yang paling banyak membeli. Bukan sebab banyak duit, tapi sebab saya mempunyai banyak rakyat jelata. Lagipun barang2 yang saya beli taklah mahal. Kawan saya beli hanya beberapa barang cenderamata. Bagus juga sebab saya boleh tumpang barang saya sikit dalam beg dia orang.

Antara barang yang saya beli adalah telekong, tudung bawal, kain sutera untuk dibuat baju, baju dan seluar linen, baju T, tali pinggang dan barang/cenderamata yang biasa orang beli seperti gambar2 di bawah. Di antara banyak-banyak barang tu, telekonglah yang paling mahal setiap satunya. Yang lain-lain tu kebanyakannya berharga di bawah USD10 setiap satu.
Gambar 1: Di kedai ini saya beli telekong, kain sutera, baju linen, tudung dll. Nampak tak tulisan Selamat Datang kat kaca pintu tu ..?
Membeli barang-barang di sini kena rajin dan pandai taktik tawar-menawar. Secara umumnya kalau barang-barang yang dijual di kaki lima, kita boleh dapat diskaun lebih dari 50%. Misalnya topi. Penjual kata USD5 tapi kita boleh tawar sampai USD2 sahaja. Kadang-kadang tak payah tawar, mereka sendiri akan menurunkan harga kalau mereka lihat kita tidak berminat untuk membeli.
Yang agak kurang enak, penjual-penjual di sini suka mendesak. Dia boleh ikut kita, beratus-ratus meter sambil merayu membeli barang mereka. Perkataan 'abang' dan 'murah-murah' biasa sangat kita dengar. Kadang-kadang kita terbeli bukan sangat sebab nak beli tapi malas nak layan mereka.
Duit USD diterima dengan meluas bahkan lebih laku dari duit dia. Ada juga tempat yang boleh beli dengan RM kita.
Lihatlah benda-benda murah yang saya beli seperti gambar di bawah. Gambar telekong dan kain sutera tak payahlah tunjuk kot !

Gambar 2: Harganya cuma USD2 sahaja (lebih kurang RM6). Saya tak tahu ada untung ke tidak orang yang jual ni ? Bolehlah saya pakai naik motor pergi surau.
Gambar 3: Ini pun USD2 juga harganya. Tak sampai hati saya nak tawar lagi sebab kalau suruh saya buat sendiri, pastinya tak akan jadi topi macam itu.

Gambar 4: Topi ini saya beli dengan USD3. Tapi ada kawan saya dapat beli dengan harga USD2 sahaja. Sakit hati betul.
Gambar 5: Yang ini saya beli dengan hara USD3. Ingatkan dah murah. Tapi kawan saya dapat beli dengan harga USD1 di tempat lain. Bedebah !
Untuk menyedapkan hati saya kata materialnya tak sama.
Gambar 6: FM gambar pejabat pos lama, seni bina Peranchis. Saya juga berpeluang melawat bangunan itu. Memang cantik luar dalamnya.Tapi FM tu besi beraninya tak berapa berani.
Gambar 7: Ini lucu sikit ceritanya. Saya nak beli satu je dengan meminta USD1 untuk satu keping. Dia tak kasi. Akhirnya dia setuju jual 3 keping dengan harga USD2. Macamana dia kira saya pun tak tahu.
Gambar 8: Inilah satu-satu cenderamata yang paling mahal saya beli .. USD11. Beli kat kilangnya. Kalau anda pergi nanti, beli kat luar lagi murah. Ciss !
Gambar 9: Saki baki Vietcong .. hehe.
Tuesday, April 10, 2012
TOLONGLAH KAMI WAHAI PAK MENTERI DALAM NEGERI !
TOLONGLAH KAMI WAHAI PAK MENTERI DALAM NEGERI,
'AWANG HITAM' MENGAMUK LAGI,
BUKAN KAT NEGERI DEPA, TAPI KAT NEGERI KAMI,
TERPAKSALAH HARI-HARI KAMI LALUI HIDUP INI DENGAN NGERI,
MELIHAT DEPA BUAT PERANGAI HODOH MACAM DI NEGERI SENDIRI.
TOLONGLAH KAMI WAHAI PAK MENTERI DALAM NEGERI,
'AWANG HITAM' MENGAMUK LAGI,
DI NEGARA KU,
TANAH TUMPAHNYA DARAH KU,
KEPADA SIAPA LAGI KAMI HENDAK MENGADU,
KALAU BUKAN KEPADA YB YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN MENJAGA PINTU.
TOLONGLAH KAMI WAHAI PAK MENTERI DALAM NEGERI,
KAMI RASA TAK SELAMAT LAGI DI TANAH AIR SENDIRI,
AKAN TETAPI KEMANAKAH KAMI HENDAK PERGI MEMBAWA DIRI,
INILAH SATU-SATUNYA NEGERI KAMI YANG AMAT KAMI KASIHI,
DAN KAMI SEMUA MAHU HIDUP DAN MATI DI SINI.
DAN KAMI TAK ADA POLIS YANG KAWAL KAMI MACAM YANG KAWAL YB 24 JAM SEHARI.
Subscribe to:
Posts (Atom)