Sebagai warganegara Malaysia, saya seperti orang lain juga kena bayar cukai - samada cukai langsung mahu pun tidak langsung.
Paling banyak saya bayar cukai ialah cukai import kereta. Saya beli kereta rekon (import terpakai) sudah 4 kali sepanjang hidup saya. Semuanya berharga di antara RM100,000.00 hingga RM200,000.00 sebuah. Kalau cukainyanya untuk sebuah adalah sehingga 300%, cubalah congak-congak berapakah cukai import yang telah saya bayar.
Inilah dua buah kereta rekon yang sedang saya gunakan sekarang.
Itu belum masuk cukai langsung yang lain seperti cukai pendapatan, cukai jalan, lesen memandu dsb.
Dan kalau dicampur cukai tak langsung seperti cukai gula, tepung, beras dan beratus-ratus barang lagi, mungkin sudah setengah juta ringgit jumlah cukai yang telah saya bayar kepada kerajaan.
Bukan hasrat saya untuk menunjuk-nunjuk
atau membangkit-bangkit kerana niat saya menyebut itu semua hanyalah
untuk menguatkan hujjah tuntutan saya sahaja.
Oleh itu saya rasa adalah tidak keterlaluan sekiranya saya menaruh harapan kepada pemerintah untuk memberikan perkhidmatan yang patut diberikan yang mana antaranya seperti berikut.
1. Keamanan dari pencerobohan dari luar samada di sempadan darat, udara atau perairan dari lanun bersenjata atau PATI;
2. Keselamatan dan keamanan dalam negeri supaya saya dapat tidur dengan lena di waktu malam - tidak bimbang rumah dipecah orang;
3. Alam semula jadi yang tidak tercemar termasuk gunung ganang yang kekal sejuk dan menghijau.
Dan kalau boleh ...
Kemudahan kesihatan dan perubatan (termasuk gigi) yang patut-patut. bukanyanya nakkan layanan seperti di KPJ atau Columbia Hospital.
Di samping itu saya juga mengharapkan bilangan jalan raya (bukan jalan tol) yang mencukupi supaya tidaklah sesak sepanjang masa macam jalan dari Seremban ke Kuala Pilah.
Buat masa ini saya belum dapat kata saya sudah berpuashati dengan perkhidmatan yang telah saya terima dan kadang-kadang timbul juga rasa kecewa.
Adakah harapan (expectation) saya itu terlalu tinggi ?
Monday, December 8, 2014
Saturday, December 6, 2014
A.K.U K.E.L.I.R.U - 32: LENGGANG KANGKUNG DLL.
lenggang kangkong
kenapa kangkong ?
kenapa tak keladi ?
haru biru
kenapa biru ?
kenapa tak kelabu ?
mati katak
kenapa katak ?
kenapa tak biawak ?
pembantu kedai
kenapa nak bantu kedai ?
kenapa tak bantu taukeh kedai ?.
Labels:
aku keliru
Thursday, December 4, 2014
SIAPA YANG CACAT PENDENGARAN ?
Semasa dalam perjalanan jauh, saya terpaksa mendengar radio mengikut stesyen pilihan anak-anak saya. Kadang-kadang rimas juga bila mereka suka sangat alih-alih steseyen. Bila lagu yang diputarkan tidak memenuhi selera mereka, cepat-cepat mereka tukar stesyen.
Kadang-kadang tu bergaduh sesama mereka bila pilihan mereka bercanggah. Saya sendiri yang punya kereta dan radio itu, tidak ada peluang langsung nak dengar lagu-lagu kegemaran saya dari saluran Klasik Nasional.
Saya tak berapa minat dengan lagu-lagu moden. Nak buat macamana ! Saya lebih suka lagu-lagu lama terutamanya lagu-lagu arwah P.Ramlee, Saloma, Aziz Jaafar dan lain-lain termasuklah juga lagu-lagu zaman Pop Yeh Yeh. Saya membesar dengan lagu-lagu dendangan mereka dan bila mendengarnya pasti akan menggamit memori saya.
Saya terdengar ada beberapa lagu baru yang tengah popular pada masa ini yang liriknya berulang-ulang seolah-olah penyanyinya menyanyi di depan orang-orang yang cacat pendengaran. Contoh sebahagian lirik yang sempat saya dengar dari 3 buah lagu adalah seperti di bawah.
Lagu 1.
awak kat mana ? awak awak kat mana ? awak kat mana ?
Lagu 2.
aku tanya apa khabar ? aku tanya apa khabar ? aku tanya apa khabar ?
Lagu 3.
tolong tepi sikit ! tolong tepi sikit ! tolong tepi sikit !
Saya tak pasti samada anda pernah mendengarnya atau pun tidak.
Dalam pada itu, saya bukan tak tahu ada juga lagu lama iaitu lagu dendangan arwah P-Ramlee yang liriknya berulang-ulang iaitu lagu "maafkan kami". Saya rasa ia dibuat begitu dengan tujuan untuk merayu supaya mereka dimaafkan.

"Maafkan Kami" - Pendekar Bujang Lapuk.
Labels:
entri saja saja,
lawak
Subscribe to:
Posts (Atom)