Wednesday, May 10, 2017
Monday, May 8, 2017
KITA KAN DAH DEWASA !
masing-masing kata dia sudah boleh berfikir sendiri,
masing-masing kata dia sudah boleh berusaha sendiri,
masing-masing kata mahu jadi seperti rakyat di negara maju,
tapi bila subsidi ditarik, habis riuh rendah satu Malaya macam dunia sudah terbalik.
Masing-masing kata dia benci rasuah,
masing-masing kata dia benci kronisme,
masing-masing kata dia benci pilih kasih,
tapi bila kena saman, kenapa coba 'berunding' sama pak polisi,
bila minta projek kenapa tak mahu masuk tender tapi mahu dianugerahi terus,
bila anak minta kerja kenapa melilau cari 'orang dalam'.
Rakyat negara maju macam itu kah ?
Tuesday, May 2, 2017
CERITA LAWATAN KE JEPUN # 4: MENIKMATI KEINDAHAN BUNGA SAKURA.
Selain Gunung Fuji, Jepun juga sinonim dengan bunga Sakura. Kali terakhir saya melihat bunga sakura secara dekat adalah pada tahun 1984 di Washington D.C. Masa itu anak sulung saya, baru berumur 3 tahun dan sekarang ini anak sulung dia sendiri pun sudah berumur 7 tahun.
Akhirnya selepas kira-kira 33 tahun berlalu, sekali lagi saya dapat melihat dari dekat keindahan bunga sakura ciptaan Ilahi. Kali ini ditempat asal kelahirannya.
Gambar 1: Gambar saya dan dua orang anak saya di Washington D.C pada tahun 1984. Anak kedua saya yang didukung itu, sekarang sudah punya anak dua. Katanya pokok Sakura di sini adalah hadiah dari kerajaan Jepun suatu masa dulu.
Gambar 2: Hari pertama (31hb Mac, 2017) sangat teruja bila ternampak bunga sakura walaupun ia baru nak mula berkembang. Gambar ini diambil dekat dengan tempat kami makan tengahari dan bukannya lawatan ke taman sakura yang akan saya cerita selepas ini.
Gambar 3: Hari ke dua barulah kita di bawa ke Shinjuku Gyoen National Garden, taman awam untuk melihat bunga sakura dan juga bunga-bunga lain.
Gambar 4: Tapi sebelum itu saya nak tunjuk, beginilah
rupanya kalau sakura berbunga penuh. Tapi ini sakura plastik yang
diletakkan di stesyen keretapi Shinjuku. Lihatlah muka saya yang sangat
teruja itu sebelum bersedih kerana terpaksa menapak kira-kira 2 km di celah-celah orang ramai untuk sampai ke taman itu.
Gambar 5: Untuk masuk ke sini di kenakan bayaran sebanyak kira-kira RM8. Orang sini memang dahagakan kawasan lapang kerana bandaraya Tokyo dipenuhi dengan hutan batu. Saya tak dapat bayangkan kalau kerajaan mengenakan bayaran masuk ke lake garden di Seremban.
Video 1: Kemeriahan pengunjung di pintu masuk ke taman.
Gambar 6: Lihat dah ada orang booking tempat dengan meletakkan tikar getah. Kita pulak lupa nak bawak !
Gambar 7: Dari kerusi saya duduk, orang masih belum ramai kerana hari masih awal lagi.
Gambar 8: Bunga sakura dari dekat. Kelihatannya masih ada lagi yang sedang berputik.
Gambar 9: Saya agak grup di belakang saya ini terdiri dari parawisata dari negara jiran kita, Indonesia.
Gambar 10: Sejuk hati saya melihat mereka bersolat bila masuk waktu Zohor.
Gambar 11: Bila sudah agak tengah hari sedikit boleh dikatakan tiada lagi ruang taman yang kosong.
Gambar 12: Semua anggota rombongan dari keluarga saya dan keluarga besan seramai 13 orang bergambar ramai.
Gambar 13: Saya tidak tahu bunga apakah yang melatari gambar kami. Rasanya ia bukan bunga Sakura.

Gambar 14: Ini pun rasanya bukan bunga sakura. Ada yang tahu namanya ?
Gambar 15: Nampak je bunga, apa lagi kita pun minta anak kita mengambil gambar. Tak kisahlah bunga apa.

Gambar 16: Gambar kami yang nampak penuh.

Gambar 16: Gambar kami yang nampak penuh.
Gambar 17: Bersama Haiqal pulak yang sentiasa tersengih, anak bongsu kami yang sudi ikut bersama kami melancong ke Jepun.

Gambar 18: Sebenarnya dekat dengan stesyen Shibuya tak jauh dari homestay kami ada sebatang pokok sakura yang sudah mula berbunga.
Memang tidak dinafikan bunga sakura cantik, tapi bunga Kenanga, Melati atau bunga Melur juga cantik dan wangi pula, tak macam bunga sakura yang hanya cantik dipandang mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















