Gambar hiasan. Saya memang dijemput ke rumah terbuka ini.
Katalah kita nak pergi berjalan raya kat rumah kawan lama kita dan kita tak beritahu dia yang kita nak datang. Bila sampai dekat rumah dia, kita nampak ada khemah, kereta bersusun-susun dan ramai orang. Kemudiannya kita dapat tahu hari tu dia buat rumah terbuka tetapi dia tak jemput kita. Apakah tindakan anda ?
1. Balik dulu dan datang lain kali sebab tak mahu tuan rumah rasa serba salah dengan kita.
2. Alang-alang dah sampai, teruskan ke rumah dia. Nak datang lain kali, entahkan bila.
Saya pernah kena dan saya pilih 2. Tuan rumah memang berubah air muka bila nampak saya, tapi kejap je, lepas tu keadaan kembali normal. Dan dia juga sangat berbesar hati dan rasa bertuah atas kedatangan saya ke rumah dia yang kena pada masanya.