Saya perhatikan ada di kalangan netizen yg sibuk suruh mahkamah hukum ibu bapa budak2 yg naik basikal lajak itu atas alasan mereka juga turut bersalah kerana tak pandai jaga anak2. Entah2 ada yg turut sibuk tu, berkahwin pun belum. Apa2 pun saya doakan semoga anak2 anda semua kelak tidak terlibat dgn perkara2 negatif dan seterusnya menjadi insan yg berguna kpd ugama, bangsa dan negara apabila mereka besar kelak.
Berkaitan dgn kes ini juga, apa yg saya faham, mahkamah sebelum ini membicarakan kes gadis yg melanggar budak2 tu dan bukannya membicarakan kesalahan ibu bapa mereka. Bukankah itu dua kes yang berbeza melibatkan undang2 yang berbeza ?
Entahlah. Mungkin mereka yang sibuk2 tu berpendapat apa salahnya mahkamah buat sekali harung. Jimat sikit masa dan belanja. Ye dak !

