Friday, April 15, 2022

DARI FESBUK - HAKIM DI LUAR MAHKAMAH.

Saya perhatikan ada di kalangan netizen yg sibuk suruh mahkamah hukum ibu bapa budak2 yg naik basikal lajak itu atas alasan mereka juga turut bersalah kerana tak pandai jaga anak2. Entah2 ada yg turut sibuk tu, berkahwin pun belum.  Apa2 pun saya doakan semoga anak2 anda semua kelak tidak terlibat dgn perkara2 negatif dan seterusnya menjadi insan yg berguna kpd ugama, bangsa dan negara apabila mereka besar kelak.


Berkaitan dgn kes ini juga, apa yg saya faham, mahkamah sebelum ini membicarakan kes gadis yg melanggar budak2 tu dan bukannya membicarakan kesalahan ibu bapa mereka. Bukankah itu dua kes yang berbeza melibatkan undang2 yang berbeza ?

Entahlah. Mungkin mereka yang sibuk2 tu berpendapat apa salahnya mahkamah buat sekali harung. Jimat sikit masa dan belanja. Ye dak !

8 comments:

  1. Saya sedih bila baca komen semuanya salahkan ibu bapa tersebut tapi mereka tak fikir ke bukan sikit yang mati 8 orang sekali harung. Kalau mereka jadi ibu bapa 8 orang anak tersebut agaknya mereka nak komen apa.

    ReplyDelete
  2. Kalau bukan bidang tapi nak juga bercakap di luar bidang, begitulah jadinya. Semua nak palatao.

    ReplyDelete
  3. masih menulis lagi, tuan. rakan kita ramai yang dah gantung keyboard...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya giat menulis di fesbuk, kemudian post benda yg sama kat sini pulak.

      Rakan2 tu dah bertukar jadi keyboard warrior.

      Delete
  4. Assalamualaikum Pak Ngah, puas mencari jalan nak kesini, akhirnya sampai juga, nasib baik tak terus sesat. Apa Kabo Pak Ngah dan Mak Ngah, Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kami khabar baik semuanya. Terima kasih kerana sudi ziarah dan tinggalkan jejak.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.