Wednesday, February 10, 2010

PUNCA BLOG JADI GOBLOG !

Sekarang saya dah tahu kenapa entri saya bertajuk "USAH NGADA-NGADA NAK BERBLOG BAGAI" pada 6 Februari 2010 jadi gila .. bercampur aduk antara perkataan Melayu dan English.

Rupanya saya telah tertekan butang "Translate" ni ...


Gambar 1: Menunjukkan butang "Translate" yang saya telah tekan tu.

dan kenyataan "Toolbar has automatically translated this page to English" seperti Gambar 2 pun keluar...

Gambar 2 menunjukkan entri saya yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu.

Dengan itu segala perkataan yang kita tulis dalam Bahasa Melayu secara otomatik diterjemahkan menjadi Bahasa Inggeris. Tapi bukan semua bahasa Melayu boleh di terjemah ke dalam Bahasa Inggeris. Perkataan yang kita singkatkan seperti "ngan", "kat", "jer", "spt", "sowee", "dll", "ekeke", "wakaka", "ahaks", tak dapat diterjemah. Ini telah mengakibatkan mesin penterjemah menjadi mengong dan keliru.

Saya dah cuba buat sekali lagi kepada entri saya yang terakhir dan lihatlah hasilnya seperti Gambar 2 di atas. Entri saya itu telah di terjemah ke dalam Bahasa Inggeris. Tajuk entri asal "TERKENANG SEMASA DULU - MENGGALI SALJI DI MCLEAN" ! telah diterjemahkan menjadi "Budi Bahasa DULU - digging snow in MCLEAN". Mana datang pulak perkataan budi bahasa tu? Memang mengong ! Kat mana mesin penterjemah ni sekolah, saya pun tak tahu !

Kemudian untuk patah balik ke teks asal, tekan butang satu lagi .. Butang apa ? Carilah sendiri !

P.S. Dari semalam lagi talian internet di kedai saya tidak stabil. Sekejap semput sekejap elok. Tu sebab saya tak ada dapat nak buat entri seperti selalu dan juga tak dapat melawat blog kawan-kawan. Saya cuma sempat balas komen kat entri saya saja. Entri yang ini saya buat dari rumah.

40 comments:

  1. salam.lucu pulak..kat mana dia sekolah ye..saya nak cuba tekan..tapi takut nanti..tak jumpa jalan balik pulak..ha ha ha.

    ReplyDelete
  2. kalau translate daripada bahasa jawa lagi tunggang langgang kut...

    ReplyDelete
  3. Bukan bahasa Melayu jati pun tu...lebih kepada Indonesia.....
    Selalu juga saya klik benda tu.....lepas tu ketawa-ketawa....lawak kan!

    ReplyDelete
  4. kalau tak buat silap kita tak tahukan...ha sekarang dah tahu itu la namanya ilmu

    ReplyDelete
  5. butang apa pakcik?
    nak carik kt mn?

    ReplyDelete
  6. ha ha ha..a duhai!! sebbaik tahu puncanya...

    ReplyDelete
  7. besar jugak effect tersalah tekan kan....

    saya kena beringat nie, lain kali kalau nak tekan jangan tekan sembarangan....

    boleh jadi jiwa kaco giteww....

    patut la uncle jarang muncul ler ni, rupanya internet demam kura-kura ya....

    ReplyDelete
  8. ehh..ehh ...

    Dah lama saya tak gunakan perkataan 'goblog' or 'goblok' .. dulu time kecik-kecik , asal marah member terus sebut perkataan itu . Pastu lari lintang pukang kena kejar satu kampung !

    ReplyDelete
  9. Ohh..ku fikirkan blogger.com yg wat hal rerupanya pakcik gugel. Oklah thnks for sharing. Len kali kalo terkena dah tau dah kat mana nak detect..

    ReplyDelete
  10. salam Akhi Hamzah ..

    agaknya pasai tajuk N3 ni

    "USAH NGADA-NGADA NAK BERBLOG BAGAI"

    maka blog ni pun protes sama , he he he , apa2 pun semua nya dah pulih kan.

    ReplyDelete
  11. Uish... memang mengong betul la penterjemah tu... ;-)

    ReplyDelete
  12. Payah juga dengan mesin translate bahasa ni yerk..

    ReplyDelete
  13. BANG HAMZAH (AL?)..Baru tau rupanya perkataan 'budi bahasa' yg kita guna pakai selama ni rupanya Bahasa Inggeris..canggih kito kan..hahaha

    ReplyDelete
  14. mmg lucu baca tu.. bleh jd n3 lawak gak tu.. x yah delete

    ReplyDelete
  15. goblog tue bahasa jawa kan..skrg nie pun rmai pakai batik jawa ari khamis..tuan ada batik jawa???unik tau

    ReplyDelete
  16. erna
    kalau takut jangan cuba .. lainlah kalau nak tengok sendiri macamana google terjemahkan entri kita !

    ReplyDelete
  17. one zaba
    bahasa jawa belum ada lagi kot !

    ReplyDelete
  18. xiiinam
    awak dah tahu lama dah rupanya .. kenapa tak beritahu ?

    ReplyDelete
  19. mamai
    kalau belajar dari kesilapan orang lagi bagus !

    ReplyDelete
  20. sharamli
    ini kena beri tutorial. melalui blog ni susah sikit .. awak cuba2 lah sendiri cari !

    ReplyDelete
  21. sl tEDI
    dah tahu punca ni seronok pula bermain2 dengannya ..

    ReplyDelete
  22. ain
    hari ini internet dah ok ! laju giler ..

    ReplyDelete
  23. liNda
    jauhnya awak lari .. satu kampung !

    ReplyDelete
  24. ummi humaira
    salam kembali. memang dah pulih tapi sebelum tahu puncanya panik juga sekejap.

    ReplyDelete
  25. kakcikseroja
    kita pun sama, suka guna perkataan tak ada dalam kamus ! hehe

    ReplyDelete
  26. relevan
    kalau kita guna bahasa mengikut nahu yang betul, mungkin tak jadi masalah demikian agaknya.

    ReplyDelete
  27. annie
    awak tak nak cuba bahaso orang nogori pulak ? tengok apa jadi.

    ReplyDelete
  28. maiyah
    kalau tak ada perkataan yang pelik2 atau fakta yang salah .. saya tak delete

    ReplyDelete
  29. sahromnasrudin
    saya ada batik jawa tapi tak di benarkan pakai ke pejabat pada hari khamis. memang cantik dan unik !

    ReplyDelete
  30. Terimakasih BANG HAMZAH...

    belajar dari kesilapan...
    berkongsi kesilapan
    dan kami turut sama belajar..

    itulah namanya kawan, wpun kawan maya, tapi saya menghargainya BANG...

    ReplyDelete
  31. azieazah
    kesilapan sebab gatal tangan ! tapi selagi saya tak tahu puncanya, saya akan terus mencari .. akhirnya berjumpa. awak pun boleh cuba !

    ReplyDelete
  32. AL,
    U ni kira kira orait ahhh..ekekek,
    Lama dah tak gelak nie.

    Sena Creek.
    p/s keep it up.

    ReplyDelete
  33. ASC
    Abang pun ke mana menghilang ? Kalau boleh tulis Sena Creek tu kat nama .. URL tu optional. jadi tak ada lah nampak annonymous. Saya juga ada kawan yang buat gitu. Contoh Naizaf dan Antique Man.

    ReplyDelete
  34. hahahaa!!!! saya lambat la uncle~

    saya gelak setahun lebih lambat dari uncle. hahahaha!!!

    ReplyDelete
  35. GADISBUNGA

    AWAK LAMBAT LEBIH DARI SETAHUN SEBENARNYA !

    AWAK TAK BACA LAGI ENTRI GILA SEBELUMNYA. TAK PAYAH BACALAH ..!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.