Thursday, June 30, 2011

HARI TERAKHIR MENGETIK KAD PERAKAM WAKTU

Hari ini tamatlah perkhidmatan saya dengan Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung.

Tamatlah juga tugas Makngahnya menyediakan bekalan untuk saya ke pejabat. Saya tak berapa suka makan di kedai. Perut saya selalu buat perangai. Tetapi kalau Makngahnya tak masak, saya pulak buat perangai !



kari daging, rendang maman dan telur goreng je !

Semalam seharian sibuk mengemas, membuang, membungkus dan mengangkut barang-barang peribadi untuk di bawa balik ke rumah.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana sepanjang perkhidmatan, saya tidak pernah di kenakan sebarang tindakan tatatertib. Amaran pun tak pernah. Di dakwa di mahkamah, lagilah tak ada. Bagi penjawat awam, itu merupakan satu pencapaian dan kepuasan.

Walaupun saya bersara tanpa gelaran dan gred yang tinggi, tetapi saya gembira dan puas. Itu lebih penting dari gelaran berjela dan pangkat yang tinggi. Terlalu banyak kenangan indah yang saya alami. Namun ada juga dukanya .. tapi ianya terhapus oleh memori indah itu.

Bermula esok hari, akan menjadilah saya seorang pesara kerajaan sepenuh masa. Diam tak diam sudah lebih 33 tahun saya berkhidmat dengan kerajaan.

Besok bolehlah saya bawa Haiqal pergi sembahyang Jumaat. Sebelum ini kalau tak ada orang bawa, tak sembahyang Jumaatlah dia kerana masjid agak jauh dari rumah saya. Dan dia pulak belum cukup besar untuk di lepaskan pergi seorang diri.

Selepas bersara ini saya bercadang untuk melibatkan diri dalam bidang pertukangan. Tapi ia tidaklah membawa sebarang pendapatan dalam bentuk kewangan. Bidang pertukangan yang saya maksudkan adalah:

1. tukang hantar dan ambil anak2 dari sekolah,
2. tukang hantar dan ambil anak2 dari tuisyen,
3. tukang padam lampu, kipas, aircond dan tv,
4. tukang tutup pintu pagar,
5. tukang jerit anak2 bangun waktu pagi,
6. tukang pergi Giant dan pasar tani,
7. dan tukang lain-lain yang di arahkan dari masa ke semasa.

Tugas yang paling berat dan mencabar adalah kerja tukang yang ke-7 itu !


+++++++++++++++++++++++++++++++000++++++++++++++++++++++++++++++++


Berikut adalah antara kata-kata staf lama saya di laman Fesbook saya beberapa hari lalu, yang menyentuh dan membuatkan hati saya terasa senang meninggalkan perkhidmatan. Terima kasih pada semua. Di harap kita akan terus berhubungan melalui FB .. ok !





Ida Yusdi bos:hehheh..waktu nihh sy peknen ank sulung sy..skarang dh anak sulong sy dh 4thn daaa...sweet memories..dlu takut ngan bos..maklumlah dlu SUB..huhu..tatutttt..skrang xtatut dh tp still hormat sbg pegawai sy suatu ketika dlu..huhu

Nasfa Adda pe2 pn u r the best bos ever la bos

Ida Yusdi betuii betuiii...ermm bilalah nak jupe camnihhkan..pastu buat game..wahhh..bestnyer

Jamaliah Rusliah Mane nk dpt boss paling sporting mcm ni lg

Ida Yusdi k.jem:sy sokong kak..payah skrang..

Yati Adnan klu kene ngan tarikh tambah lak reunion tu kat paroi,apa namenye.....lav'height....Y not,ins'allah balik dennnnn,ape2pun u r de best......

Nasfa Adda best kalau dpt kembalikn zaman kegemilangan dulu

Yati Adnan a'a boss....ape kate boss buat reunion...

Nasfa Adda kami bkn skdr amik ati..mmg hakikat bos mmg best..bab reunion tu..sy setuju

Md Rosid Ibrahim dulu sy tak ikut... org ruimah x sihat... kalau buat kali ini... insyaalah... sy join...

Yunus Badawi Lama dah saya tak ke hotel tu sejak tak kerja dgn sykt kulit kerang. Semuanya tinggal kenangan

Yati Adnan en razif @ Razif Mahmood....realy missed that moment kannnn,rase nya mase tu ade olie n x ingat dah sape lg

Mohd Fazdli Abdul Manaf memang indah bos

Oly John Terbaek bos..

Md Rosid Ibrahim Boss: boss kena lead ni... buat balik.... tentu ramai yg setuju.... ex PB... Amacam?????

Jamaliah Rusliah betol3, saya sokong boss

Md Rosid Ibrahim Insyalaah... sy sokong 200%... yg lain????

Nasfa Adda Sy pun sokong

Ida Yusdi sy pn sokong kalau bos organize..hehhehhehe

Nota kaki: Untuk makluman, Yunus Badawi bukanlah staf lama saya tetapi dia tak mahu ketinggalam memberi komen. Terima kasih YB.



KENAPA ENTRI SAYA TAK TIMBUL ?

Tadi saya ada buat entri baru yang agak sentimental sikit.

Tapi hairannya ia tidak timbul sebagai entri baru di bloglist kengkawan.

Saya tak tahu apa sebabnya dan tak tahu apa nak buat.

Kalau nak baca silalah klik di sini.

Sekian. Terima kasih.


.

Wednesday, June 29, 2011

HELLO




Hello  .. kata kita lembut. 

Siapa ni?  dia menjawab dengar kasar.

Kita pun berilah tahu nama kita.

Dia pun jawab,

Siapa ?   makin tinggi suara dia.

Kita beritahulah sekali lagi siapa kita.

Dia jawab lagi,

Boleh cakap kuat sikit tak .. tak dengar !

Kita pun cakaplah sekuat hati kita siapa kita, jawatan kita dan tempat kita kerja.

Dengan pantas dia menjawab dengan nada terperanjat dan sedikit gementar.

Tuan .. maaf tuan, saya sedang minum kat kedai mamak .. bising sikit kat sini ... bla bla bla!
Saya tak perasan nombor tuan tadi.. bla bla bla.

Tak mengapalah .. awak boleh datang ambil saya sekarang !

Bbbaik tuan !


Pengajarannya: Jawablah panggilah telefon dengan bersopan santun kerana kita tidak nampak siapa yang memanggil kita.


.

Monday, June 27, 2011

SONYUM SOKOJAP 28 - CIRI-CIRI BAKAL ISTERI MAT REMPIT.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/9/98/MatRempit001.jpg

Jawapan dari seorang Mat Rempit ketika di tanya ciri-ciri seorang perempuan yang beliau ingin jadikan isteri ..


"Saya bukanlah pemilih sangat .. memadailah dia seorang yang beriman, cantik, pandai masak dan berpendapatan tetap"


Umang ai !

.................................................................................................................................................

SUB-ENTRI.

Saya terpaksa menaikmuat gambar berikut kerana ada yang tak percaya saya berada di Kuala Terengganu minggu lepas.  Ada puas hati ?




Ku Tak Sempurna said...

betul ke awak berada di kuala terengganu minggu lepas?

.
.
.


sbb sy hanya nmpk udang dan sotong je dlm gambar tu.

June 27, 2011 9:16 AM
.

Sunday, June 26, 2011

DARI MARANG KE MANJUNG

Hari ini saya di Manjong di rumah abang ipar. Datang nak jemput Pak Mertua yang di jaga oleh keluarga abang ipar semasa saya pergi China hari tu.

Minggu sebelum tu saya di Kuala Terengganu atas urusan Seri Paduka Baginda demi mencari sesuap nasi.

Minggu sebelum tu pulak saya pergi bercuti bayar sendiri di Guangzhou dan Shenzhen, China dengan keluarga saya dan keluarga besan.

Minggu sebelum tu, saya di Alor Star menghadiri kenduri di rumah keluarga lelaki.

Dan minggu sebelumnya kenduri kawin saya punya anak di Senawang, Seremban.

Makin nak pencen ni, makin sibuk pulak.

Jadinya minta maaf banyak-banyak kepada anda semua kerana agak kurang BW sejak 3-4 minggu ni.


Saya juga berterima kasih kepada anda semua yang sudi singgah dan memberi komen. Komen anda dalam entri saya sebelum ini akan saya balas bila saya balik Senawang nanti.

Gambar di bawah adalah sebagai bukti saya berada di Kuala Terengganu dan Perak.


Gambar 1: Di Marang/Kuala Terengganu hari Selasa lepas.




Gambar 2: Di ladang padi Seberang Perak dalam perjalanan ke Manjung.



Gambar 3: Membeli ikan dan ketam (yang masih hidup) dan sukun di jeti nelayan,
Kampung Permatang, Manjung, Perak.




Nota kaki: Saya buat entri ini guna komputer abg ipar utk mengelakkan sembelit. hehe !





Saturday, June 25, 2011

BACA KE TAK BACA NI ? ENTRI YANG KE 2.

Dulu saya pernah buat entri bertajuk BACA KE TAK BACA NI ? " (klik). Ianya saya tujukan kepada sesetengah blogger yang memberi komen tanpa membaca seluruh entri.

Baru-baru ini saya buat satu entri bertajuk "RASA MACAM NAK SEMBELIT".
Sebenarnya ia langsung tidak ada kena mengena dengan penyakit sembelit.

Ia sebagai perumpamaan kepada perasaan saya bila sudah 2-3 hari tidak membuat entri baru.

Saya dapat dua komen yang saya syak di buat tanpa membaca  entri tersebut sampai habis.


Komen 1.


salam Tuan Hamzah...
nak kena minum
susu Anlene masa
tulis entri ni tuan..
sekejap je dah nak
ke jamban..
:D


Komen 2.

lagi info tentang sembelit di SIHAT SELALU - Sembelit : Kesukaran Membuang Air Besar




Ni saya nak tanya .. pernahkah anda membuat komen selepas hanya membaca tajuk entri sahaja ?

Cakap betul-betul !

.

Friday, June 24, 2011

10 AMALAN TERBALIK YANG JANGAN DIAMALKAN.

السلام عليكم ورحمته الله وبركاته



Antara amalan-amalan terbalik yang jangan diamalkan ialah:


1. Memandu perlahan di lorong laju. Memandu laju di lorong perlahan.

2. Orang yang lambat bayar saman trafik, dapat potongan harga. Orang yang ikut perintah bayar awal, kena bayar penuh.

3. Rata2 orang kita suka jamban cangkung di tandas awam, tapi rata2 jamban duduk pulak yang lebih banyak di sediakan. Geli !

4. Membuang sampah di tempat yang ada tulis "Di larang membuang sampah di sini". Lain kali kalau nak larang orang buang sampah, buatlah signboard "sila buang  sampah di sini"

5 Sembahyang sunat Tarawikh penuh masjid, tapi sembahyang fardhu Subuh tinggal 3 orang .. Imam, Bilal dan Siak.

6. Puasa yang terpaksa menahan lapar dan dahaga - cukup jaga, tapi sembahyang yang sangat mudah - dilalaikan.

7. Cakap dengan entah sapa-sapa berjam-jam, cakap dengan makayah tak sampai seminit.

8. Cakap orang putih dalam khalayak yang semua faham cakap Melayu.

9. Elaun keraian diberikan kepada boss-boss besar yang selalu diraikan.

10. Kalau memang dah berniat tak mahu nak datang, cakap InsyaAllah.


Saya tak pasti yang nombor 10 tu .. adakah elok kita cakap InsyaAllah kalau kita memang dah berniat tak nak datang kerana nak menjaga hati tuan rumah ? Harap mendapat komen anda semua.  Kalau Ust Abd Razak membaca entri ini harap sangat dapat beri pandangan.

Wallahuaklam.


.

Thursday, June 23, 2011

SAMBUNG SIKIT CERITA PERGI GUANGZHOU DAN SHENZHEN.

Ini sambungan entri ini.  Negeri  China mengamalkan dasar kapitalis agak lewat berbanding negara kita dan India misalnya. Mereka bermula selepas kematian Mao Zedong. Sebelum itu mereka mengamalkan sistem komunis.

Akan tetapi dalam tempoh yang relatif singkat, kemajuan ekonomi, industi, prasarana dan komunikasi mereka amat pesat dan jauh meninggalkan kita. Ini amat mengagumkan saya. Sepanjang jalan dari Guanzghou ke Shenzhen yang mengambil masa lebih dari 2 jam  dengan bas, kemajuan fizikal amat terserlah. Bangunan pencakar langit yang cantik dan moden serta kenderaan darat seperti kereta, bus dan keretapi sudah amat maju setanding dengan negara-negara barat.

Saya kira dalam tempoh terdekat, sekitar 10 tahun dari sekarang mereka mungkin menjadi kuasa nombor 1 dari segi ekonomi dan mungkin juga ketenteraan kalau mereka mahu.

Tidak seperti sebelum ini, mereka juga telah menyediakan papantanda, notis dsb dalam bahasa Inggeris untuk kemudahan pelawat. Kalau dulu, katanya semua papan tanda di tulis dalam tulisan China. Lihatlah sebahagian gambar yang saya saya ambil seperti di bawah.

Pedulikan kesalahan ejaan dan nahu .. apa yang penting mereka telah berusaha menyediakannnya untuk kemudahan pelancong yang tidak tahu membaca tulisan China.



Gambar 1: Pesanan berguna sebelum memasuki tandas.


Gambar 2: Walaupun mereka tiada masaalah bekalan air, peringatan tetap di berikan supaya menjimatkan air.



Gambar 3: Ilustrasi pun sudah cukup untuk memberi peringatan supaya jangan tergelincir !



Gambasr 4: Hati-hati ketika menaiki tangga.



Gambar 5: Banyak betul syaratnya bila anak saya ingin menyewa skuter di Window of the World.



Gambar 6 : Walau pun mereka tak dapat sediakan .. tapi mereka tetap memberi Notis Hangat.

 



Gambar 7 : Hati-hati jangan tergeliat dalam toliet.



Gambar 8: Yang ini paling saya suka .. satu peringatan supaya jangan membakar bot yang telah kita naiki menyusuri Litchi Bay.




Gambar 9: Kita makan di bilik Kedah di salah sebuah Restoran Abdullah di Guangzhou ..  Nampak tak ?

Turut menarik perhatian saya ialah bila saya berjumpa ramai  pekedai mereka yang boleh berbahasa Melayu yang mudah-mudah, terutamanya di bandar Shenzhen yang tak jauh dari Hong Kong.



Gambar 10: Haiqal anak bongsu saya  bukan main suka lagi nampaknya menaiki  boat menyusuri Pearl River. Apa tak sukanya .. segala perbelanjaan di tanggung oleh ayahnya !



Tuesday, June 21, 2011

MEMBALAS KOMEN KTS



Sekarang saya berada di Kuala Terengganu atas urusan Seri Paduka Baginda. Letih balik dari Guangzhou belum hilang lagi. Saya jarang bawa laptop saya bila pergi outstation. Tetapi kali ini saya bawa sebab nak jawab komen dari KTS. Nak ucap terima kasih kat blog dia, dah tak dapat kerana blognya sudah di privatekan.

Hari tu dia hilang agak lama. Tak pulak dia beritahu ke mana. Ini bukan kali pertama dia buat macam ini.

Mungkin dia berpantang lepas bersalin kot. Bila dia muncul semula, semua entri saya yang lalu di komennya kecuali entri pada 4 Mei 2011. Mungkin dia terlepas pandang.

Oleh kerana dia telah bersusah payah membongkar entri-entri lama saya  dan membuat komen, saya pun ingin menyiarkan semua komen beliau serta berbesar hati  letih  membalasnya. Kalau tak ada orang nak baca pun tak apa. Kepada sesiapa yang sanggup membaca sampai habis saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Komen 1.


oh. kalau dekat seremban sy tak pasti. tapi kalau dekat nilai 3 ada banyak bunga tulip.
bunga tulip plastik.
harap info ini membantu, ya :D

June 8, 2011 2:53 PM

Jawapan:

Info awak langsung tidak membantu !

Komen 2.



sy teringat satu cerita lawak.(lawak kot)
mcm ni lebih kurang ceritanya.
ada sorang budak cakap dkt kawan dia:
datuk saya sangat hebat. datuk saya tahu bila datuk saya akan mati. Tahun, tarikh, hari dan masanya. Semua dia tahu.
Kawannya pun berkata :
Wow! Hebatnya. Macamana datuk awak boleh tahu semua tu.
Budak tadi menjawab : Hakim yang bagi tahu datuk saya.
Errrr... Bersediakah kita?

June 8, 2011 2:50 PM

Jawapan

Hakim tu yang hebat atau atuk kawan budak tu yang hebat ?  Harap2 Hakim tu tak tahu bila tarikh mati dia !

Komen 3. 



isteri ketiga diulungkan
isteri keempat didepankan

June 8, 2011 2:40 PM

Jawapan:

Yang belum ada isteri di segerakan ! (terpakai juga bagi yang belum bersuami)

Komen 4.

kat sana takde JAWI. JAIS pun takde rasanya. JAIT tak tahula pula. 

Jawapan:

Saya rasa JATI banyak !

Komen 5.


kemaafan dendam yang terindah, kata Aisyah. 

June 8, 2011 2:23 PM 

Jawapan:

Aisyah tu cuma mengulangi kata saya !

Komen 6.



apa khabar pokok rambutan? apa khabar pokok mangga? dah berbuah strawberi?

err.. alaaaaaaaa.. terlepas dah! baru ingat nak bawa guni sekarung dua. kalau bg alamat umah awak skrg tak leh ke?

hikksssss 


Jawapan:

Awak salah rumah kot .. sebab kat rumah saya tak ada stroberi. Sila berikan emel untuk saya hantar alamat dan plan rumah saya.

Komen 7.



saya setuju. ada apa2 pada nama.


Malang tak berbau! kalau berbau...... 

June 8, 2011 9:10 AM


Jawapan.
 
Kalau berbau, boleh guna Odorono! Tau tak apa itu Odorono ?

Komen 8.



biasa org tanya menang ke tak? kita tukar soalan plak eh.

kalah ke tak? 

June 8, 2011 9:08 AM


Jawapan:

Saya tak menang, tapi saya masuk bukan untuk menang tapi bukan juga untuk dikalahkan !

Komen 9.



ouchhhh..
.
 membaranya semangat awak :D 

June 8, 2011 9:05 AM

Jawapan:

Usah biarkan bara itu  padam !

Komen 10. 



ada jarak beberapa inci tu... jauh la kot. 


June 8, 2011 9:03 AM

Jawapan:

Awak belum bertukar  ke metrik lagi ke ? Orang sekarang dah guna meter !

Komen 11.



kat umah saya ada byk mata kucing. tak yah susah2 tanam pokok mata kucing.


meeeooowwww

:D

June 8, 2011 9:00 AM

Jawapan:

Adakah rasanya sama ?

Komen 12. 



Tetapi saya ada sedikit masalah untuk memenuhi syarat kedua tentang macho itu, kerana semua gambar saya kebetulannya macho-macho belaka.



kalau macam tu, letaklah gambar awak yg comel
;)




June 8, 2011 8:54 AM

Jawapan:

Atas permintaa awak, saya dah letak gambar saya yang paling comel di blog saya. Cuba lihat kat bawah sekali di sebelah kanan.

Komen 13. 



saya tak pernah dengar pasal mesin saikostail.
.
tetiba rasa ketinggalan (sila baca : muda)


:D



June 8, 2011 8:46 AM

Jawapan:

Muda tak salah, jangan ketinggalan !  


Komen 14.



saya rasa jawapan no.4 paling tepat.

sebab bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru, kan. dgn rumah rasanya boleh.


ok . sekarang awak boleh gi amik panadol



:D



June 8, 2011 8:40 AM

Jawapan: 

Kalau boleh saya cuba elakkan ambil panadol .. saya picit-picit je !

Komen 15. 



saya nak!
boleh jual timbang kati. besi buruk mahal sekarang ni. apatah lagi besi baru

:D

June 8, 2011 8:35 AM

Jawapan:

Sekali lagi awak tak mengggunakan ukuran metrik.

Komen 16.



wordpress sentiasa ok. ehemmm

err... cuma blogger yg guna wordpress je selalu tak ok.


:D


June 8, 2011 8:33 AM

Jawapan.

Tahu tak pe !


 Komen 17. 



SYMP


Siapa Yang Mahu Poligami?


:P


June 7, 2011 5:10 PM


Jawapan:

Awak tanya saya ke ?


Komen 18.



pernah tak tersilap pakai baju makngah


kabur tak??

:D


June 7, 2011 5:08 PM

Jawapan:

Tak kabur tapi sempit !



Komen 19. 



awak pun cikgu saya.

terima kasih.

eh. macam pernah ckp macam ni kan.


June 7, 2011 4:51 PM

Jawapan:

Saya bangga beranak-muridkan awak !


Komen 20.


OPOCOT!

harap2 takde yg melabelkan sy sebegitu rupa
kau blogger popular ke? tanya kat diri sendiri
berblog pun setahun sekali. hikkssss


June 7, 2011 5:03 PM

Jawapan:

Tak popular tak apa, asalkan ada pengikut setia. Tapi kenapa pulak awak melatah ?


Komen 21


entah apa2 entah!

ok. saya sdg bergurau.

nampak tak. kalau bergurau dlm blog (atau kotak komen) lebih bahaya. sbb org mungkin membaca tulisan kita dgn serius. padahal kita hanya bergurau.

kan.

dan maaf klu selama berblog ni sy ada menyinggung perasaan awak dengan tak sengaja.

dengan sengaja takde rasanya
 

June 7, 2011 4:49 PM

Jawapan:

Saya pun begitu juga. Eh .. pendek pula balasan saya !

Komen 22.



tak jadi sy nak 'menengok' dr atas. takut rambut sy pun berubah menjadi putih terus 

June 7, 2011 4:37 PM
  
Jawapan:
Entah-entah sekarang pun semua dah putih .. dalam tudung siapa yang tahu ! hehe

Komen 23.


pengajarannya,

buah pinggang tak sama dengan buah rambutan.
juga
tak sama dengan buah mangga.
juga
tak sama dengan buah durian.
apatah lagi nak disamakan dengan rojak buah.
yang boleh ditanam atau dibeli dr mana2 tmpt di dunia ni.

errmmm... 


June 7, 2011 4:35 PM

Jawapan:

Setuju .. memang tak sama.
 
Komen 24.


kalau bunyi hp boleh didengar sejauh 1km, itu dah jadi kes pencemaran bunyi. sgt merbahaya. 

June 7, 2011 4:25 PM


Jawapan:

Kalau dah boleh dengar jauh .. kemerbahayaannya dah hilang.
Komen 25.



ok. noted.

klu nak mkn murah, pergi kedai mamak yg kita tak pernah pergi. 

June 7, 2011 4:16 PM


Jawapan:

Kalau nak murah lagi, suruh kawan awak belanja.

Komen 26.


Akan tetapi, siapa makan lada dialah yang terasa pedasnya. Rasalah cuping telinga sendiri, panas tak ?

chop!!

kenapa lada yg dimakan dgn mulut, telinga yg nak dirasa panasnya?? err.. atau nak rasa cuping telinga dengan lidah yg makan lada tadi, kah? errr.. 

June 7, 2011 4:14 PM

Jawapan:
Tak tahulah .. saya selalu dengar orang cakap "panas telingan aku mendengarnya". 

Komen 27.


bila bapa kata nak pegi kuala pilah, mesti tak suka. saya tak suka pegi kuala pilah. sbb kena lalu bukit putus. oh. ini cerita dulu2. zmn takde pilihan lain melainkan bukit putus. rasa nak putus urat perut sbb spnjg jalan blueeekkk
:D 

June 7, 2011 4:09 PM


Jawapan:

Ada juga orang suka lalu kat sibuk dapat mabuk free !
Komen 28.



saya tamak. semua ganti diri kita nak guna. selagi aku boleh guna, ai guna. dinda tak tipu.

haaaa. kan tak tipu

ini namanya krisis identiti. :D 

June 7, 2011 2:46 PM


Jawapan:

Awal berkrisis dengan siapa ? Saya nasihatkan awak berdama jer lah. Tak baik berkrisis lama-lama.

Komen 29.


kalau tak silap saya, KUPO tu rumah panjang. nanti sy cek balik dgn bekas pakwe. oopps.

dan kalau tak silap saya lagi, kalau awak ajak awekssss sarawak tu makan pun, mereka tak keberatan.

hikkssss

June 7, 2011 2:39 PM

Jawapan:

Mungkin mereka tak keberatan, tapi saya pula yang akan mengalami keberatan ..  3 orang tu ! 



Komen 30.



tahniah

kalau ada subjek bahasa melayu, MESTI awak boleh dapat A+ kan. sbb awak org melayu. kan kan kan

:D 


June 7, 2011 2:28 PM

Jawapan:

Memang pun. Semasa saya mengambil SPM dan STPM dahulu, subjek BM dan Sastera Melayu yang membantu saya menaikkan gred. Kalau tidak, mungkin sekarang saya menjadi penarik beca.

Komen terbaru:

Adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama. Bernafas pada udara yang sama.

:D
:D
:D

oh. ini kata2 yg diucapkan oleh puteri gunung ledang kepada hang tuah semasa hang tuah nak tinggalkan puteri gunung ledang. Awak tau kan?

errr..

saya ucapkan selamat pergi dan selamat kembali bersama2 cenderahati yg baaaaaaaanyak utk saya. eh eh eh. gurau jer. kalau bagi pun takpe.

sheshe. terima kasih.

:D
June 14, 2011 9:08 AM

Jawapan.

Saya baca pesanan awak selepas kembali ke tanah air .. jadi tak adalah cenderahati untuk awak. Lain kali pesan cepat-cepat sikit.

.

Saya tak tahu apa nama bangunan ini tapi ia terletak di Kuala Terengganu .. tak jauh dari Pasar Payang. Rasanya Sdr Abu Muaz tahu kot !