Wednesday, May 4, 2011

UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAYA.

DENGAN PENUH HORMAT DAN RASA KESYUKURAN, KAMI

 

HAMZAH BIN ABD HAMID & NORIJAN BINTI MASRI
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
SEMUA SAHABAT YANG MENJADI FOLLOWER BLOG KOMENSEN
KE MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI KAMI

SITI NORHARINA BINTI HAMZAH

dengan pasangannya

MOHD FAKHRI BIN YAHAYA

pada

PADA HARI SABTU, 4 JUN 2011 BERSAMAAN 2 REJAB 1432 HIJRAH.

BERTEMPAT DI RUMAH SAYA.

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN TUAN/PUAN, AKAN MENYERI DAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KAMI.

SEBARANG KELEMAHAN DAN KEKURANGAN LAYANAN PADA HARI TERSEBUT, TERLEBIH DAHULU KAMI MEMOHON BERBANYAK KEMAAFAN.

************************************************************************
Nota Tambahan.

KAMI  BERHARAP SUDI APALAH KIRANYA UNDANGAN KAMI INI DITERIMA.  BAGI MEMUDAHKAN KAMI MENGHANTAR KAD UNDANGAN, SUKACITA KIRANYA TUAN/PUAN DAPAT MEMBERIKAN ALAMAT UNTUK DI KIRIMKAN KAD TERSEBUT KE ALAMAT EMEL SAYA   hamzah761@yahoo.com ATAUPUN KALAU MAHU, BOLEH SAJA DI KOTAK KOMEN INI.  SAYA JUGA BERHARAP TUAN/PUAN TIDAK KEBERATAN MENYATAKAN NAMA PENA YANG DIGUNAKAN DALAM BLOG AGAR SAYA TAHU KEPADA SIAPA KAD ITU DIHANTAR NANTI.

KAMI AKAN BERBESAR HATI JIKA TUAN/PUAN DAPAT MEMBERIKAN ALAMAT TERSEBUT  SEBELUM 15 MEI INI SUPAYA KAD UNDANGAN YANG MENGANDUNGI MAKLUMAT ATURCARA DAN PETA KE RUMAH KAMI  DAPAT DI HANTAR DENGAN SEGERA.

SEKIAN.  TERIMA KASIH.


* baru sangat lagi rasanya saya buat entri dia bertunang .. dah setahun lebih rupanya !

.

65 comments:

  1. assalamualaikum ...

    insyaAllah, jika tiada aral , kami sampai ler ke sana.

    semoga majlis berjalan lancar dan diredhai serta diberkati Ilahi.

    ReplyDelete
  2. UMMI HUMAIRA

    ALAIKUMSALAM.

    TERIMA KASIH KERANA MENJADI ORANG PERTAMA YANG SUDI MENERIMA UNDANGAN KAMI.

    DAH BERI ALAMAT LUM ?

    ReplyDelete
  3. insyaallah Pak Ngah dan Mak Ngah,

    jika berkesempatan dan jika tiada hal lain


    tahniah bakal menerima menantu lagi

    ReplyDelete
  4. AL..tahniah..terima kasih mengundang..insyaallah..tak jauh tu..ttj dengan LH..boleh sampai nanti..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan Haji...

    Terima kasih mengundang. Saya tak dapat nak beri keputusan samada dapat pergi atau tidak, maklumlah duduk jauh di M'sia Timur ni. Insya Allah kalau ada rezeki lebih mahu juga rasanya nak hadir.

    Moga Allah permudahkan majlisnya dan kurniakan keberkatan di dalamnya.

    ReplyDelete
  6. en. al,
    saya belum dapat beri kata putus lagi pada tarikh itu, terima kasih mengundang. InsyaAllah nanti saya bincang dengan adun tijah. Semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati.

    ReplyDelete
  7. majlis perkahwinan kakak sulung saya nanti pada tarikh yang sama. 4 june 2011. tapi tak dapat datang sbb tengah exam kat sini.

    tahniah kepada uncle yang bakal menerima menantu.. (^^,)

    ReplyDelete
  8. tahniah dan terima kasih atas undangan ini.

    nanti saya nak bincang-bincang dulu dengan makngah saya

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas undangan tapi minta maaf tak dpt nak hadir..tak balik malaysia masa tu..huhu..

    apa pun, moga majlis diberkati Allah & berjalan lancar hendaknya..

    ReplyDelete
  10. Assalam..Tahniah akan mendapat menantu..muga2 majlis diberkati dan berjalan dgn baik hingga selesai..
    hajat hati mahu juga ke majlis tuan namun disebabkan tiada kenderaan agak terbatas..

    saya nantikan saja berita majlis di entry tuan nanti.

    ReplyDelete
  11. itu la pasal.
    rasa macam baru baca entri tunang.

    tahniah p0kcik!

    ReplyDelete
  12. Salam bang,

    Tahniah kerana nak menerima menantu. Dapat org mana tu bang?

    ReplyDelete
  13. sonoknyerr nak kawen kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  14. moga majlis berjalan lancar..lydia sampai lewat la uncle.9 hb ber sampai..kalau ada sure nak singgah majlis tu.hehe

    ReplyDelete
  15. insyaallah. sepelaung yo tu. rumah no brp ek bang?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Tuan

    Semoga majlis walimatul urus berjalan lancar dan penuh keberkatan..

    Tahniah untuk bakal pengantin, moga murah rezeki serta bahagia berpanjangan. Amin.

    ReplyDelete
  17. assalammualaikum.

    nampaknya lea tak dapat nak datang tuan haji.lea pun balik ke kuching.adik kahwin tarikh tu jugak

    ReplyDelete
  18. salam Tuan..hari yang sama kenduri di kampung saya, adik perempuan saya yang bongsu..ermm..terima kasih jemputan itu..nampaknya tak dapatlah saya ke sana..insyaallah di lain masa dan ketika..

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Assalamu'alaikum Kanda AL...

    kalau berkesempatan saya ingin hadir ke majlis itu (mungkin dapat bertemu dengan ramai blogger, kan?), InsyaAllah.

    Ini alamat saya :

    No : 7, Jalan Kencana 36/2,
    Taman Kencana,
    56100 Cheras,
    Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  21. IBUINTAN

    TERIMA KASIH ATAS KEINGINANAN ITU. TAPI TAHU KE NAK CARI RUMAH SAYA NANTI ?

    ReplyDelete
  22. ACIK ERNA

    TERIMA KASIH ATAS HAJAT NAK DATANG TU. TAPI BOLEHKAH CARI RUMAH SAYA NANTI.

    ReplyDelete
  23. UST ABD RAZAK

    ALAIKUMSALAM

    KALAU TAK DAPAT HADIR PUN SAYA FAHAM. TAPI MUNGKIN ADA REZEKI NAK BERJUMPA NANTI, BOLEHLAH BERIKAN ALAMAT UST. UNTUK SAYA HANTAR KAD.

    ReplyDelete
  24. DAUN

    TIJAH KATA DIA NAK DATANG 3 BERANAK. KALAU DATANG SAMA-SAMA LAGI SENANG SEBAB DIA DAH TAHU ALAMAT RUMAH SAYA.

    ReplyDelete
  25. ASADA RYUTARO

    UNCLE FAHAM. CAIRO DGN MALAYSIA BUKAN DEKAT. KAKAK SULUNG KAWIN PUN AWAK TAK DAPAT HADIR. NAK BUAT MACAMANA. ITULAH NAMANYA PENGORBANAN DALAM MENUNTUT ILMU.

    ReplyDelete
  26. ABU MUAZ

    KALAU DAH KOMPOM NANTI, SILA BERIKAN ALAMAT YE!

    ReplyDelete
  27. NORMALIZA MAH

    TERIMA KASIH .. MAKNANYA AWAK TAK DATANGLAH YE.

    ReplyDelete
  28. NADIAH SIDEK

    MANALAH TAHU MASA ITU BALIK KE MALAYSIA ATAS SEBAB2 TERTENTU, SILALAH DATANG.

    ReplyDelete
  29. NYANYISUNYI

    SALAM KEMBALI.

    MUNGKIN BOLEH PAKAT2 DENGAN ORANG LAIN YANG NAK DATANG.

    ReplyDelete
  30. SHARAMLI

    SAYA BACA .. AWAK TAK DAPAT DATANG. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.

    ReplyDelete
  31. YB

    SALAM KEMBALI.

    MACAM TAK NAK DATANG JER KOMEN AWAK NI. AWAK MASIH INGAT LAGI RUMAH SAYA KAN !

    ReplyDelete
  32. FOTOLUMAYAN

    SAYA TAK SERONOK ! HEHE

    ReplyDelete
  33. LM

    KALAU NAK DATANG LEPAS TU PUN TAK APA. BOLEH SEMBANG PANJANG2.

    ReplyDelete
  34. TIJAH

    ABG SUDAH BERI ALAMAT DALAM FB AWAK. TERIMA KASIH KERANA NAK DATANG.

    ReplyDelete
  35. AZANI

    ALAIKUMSALAM

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. DARI KOMEN AWAK ITU, SAYA TAK PASTI AWAK NAK DATANG KE TIDAK ?

    ReplyDelete
  36. MONALEA

    ALAIAKUMSALAM

    TAK MENGAPALAH, NAK BUAT MACAM MANA. MEMANG MASA TU CUTI SEKOLAH, RAMAI ORANG KAWIN.

    ReplyDelete
  37. ZULKBO

    KALAU ADIK PEREMPUAN DAN BONGSU PULAK, MESTI DIUTAMAKAN. TAK MENGAPA TAK DAPAT DATANG, SAYA FAHAM.

    ReplyDelete
  38. KAKCIK

    ALAIKUMSALAM.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI NAK DATANG. KALAU PAKAT2 DATANG SERENTAK, SERONOK JUGA KAN. TAPI SETAKAT INI BELUM RAMAI YANG DAPAT DATANG, KERANA MEMPUNYAI MASALAH SENDIRI.

    ReplyDelete
  39. salam uncle..

    tahniah uncle..

    uncle..maaf xdapat hadir kerana saya outstation di ipoh dr 1 jun hingga 6 jun..maaf uncle..

    ReplyDelete
  40. CIKCERIACORNER

    SALAM KEMBALI

    TAK MENGAPA. TUNTUTAN TUGAS ITU LEBIH AFDHAL DI DAHULUKAN.

    ReplyDelete
  41. Salam Tn Hj...,

    Terima kasih atas undangan, memang teringin sangat nak meghadiri tapi saya ada undangan lain pada hari yang sama.... Insyaalah kita ketemu di lain masa.

    Saya doakan majlis perkahwinan Tuan berjalan dengan lancar serta di berkati Allah....Insyaallah....aaminnn..

    Tahniah buat Angah semua bahagia dan direstui Allah dunia akhirat.

    ReplyDelete
  42. Salam Tn Hj..

    correction ... Majlis Perkahwinan Anak Tuan....nanti kecik hati makngah pulak pasal saya tersalah cakap...

    ReplyDelete
  43. AZMNOR 1 & 2

    SALAM KEMBALI

    TAK APALAH .. NAK BUAT MACAM MANA. TAK ADA REZEKI.

    MUNGKIN PERKAHWINAN SAYA PUNYA ANAK YANG AKAN DATANG KITA DAPAT BERTEMU. ADA TIGA LAGI.

    TERIMA KASI ATAS DOA ITU.

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum tn hj..

    trime kasih atas jemputan...insyaAllah akan hadir jika tiada aral melintang..

    boleh scan kad dan hantar ke sahromnasrudin@gmail.com.

    trime kasih...

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum tn hj..

    kalau tak leh anta kat emel tue..cube kat emel nie..arome_9@yahoo.com..

    trime aksih...

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah, moga semuanya selamat dan diberkati Allah swt.
    TQ di atas jemputan ..

    ReplyDelete
  47. ROM

    TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN HADIR. SAYA TELAH PUN SCAN DAN HANTAR PELAN RUMAH SAYA KE EMEL YANG DIBERIKAN.

    ReplyDelete
  48. LANABULU

    TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENERIMA JEMPUTAN.

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum pak ngah
    tahniah kerana bakal menerima menantu, dan tahniah kepada anak pakngah juga. Didoakan semoga perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat dan berbahagia selama-lamanya.

    terima kasih atas jemputan, tp saya x dpt hadir, adik suami juga akan berkahwin pada tarikh yang sama.

    ReplyDelete
  50. macam tak dpt dtg jer...rasa dah blk borneo time tu.

    ReplyDelete
  51. ROSNANIE

    ALAIKUMSALAM

    TAK MENGAPA, SAYA FAHAM. ADIK IPAR TU !

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.

    ReplyDelete
  52. Pakcik!

    Tahniah kerana bakal menerima menantu! Semoga majlis berjalan dengan lancar nanti ya?....

    ReplyDelete
  53. Uncle, saya mesej uncle dalam FB lah ya..Insya Allah, kalau sempat saya hadir..sebab on 4th June tu juga, saya ada jemputan di Seremban.

    ReplyDelete
  54. salam uncle. terima kasih atas jemputan sebab saya mmg follower tegar uncle. heheh!

    nak sangat hadir tapi kan...tapi kan....4/6 tu saya kene balik kedah. 2 sepupu saya kawin pada tarikh yg sama kat kedah nun.

    oleh kerana itu, saya tak bagi address lah. baik bagi kad kepada org yg betul2 dapat hadir.

    terima kasih dan tahniah untuk uncle. :D

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum pak ngah & mak ngah
    semoga majlis berjalan lancar, sya tak dapat hadir rasanya sbb majlis sambut menantu anak mama yg tolong mengasuh anak anak kecik sya di sini.

    ReplyDelete
  56. MENTIBANG LAUT

    KALAU ADA KELAPANGAN NANTI, DATANGLAH .. SENANG JER CARI RUMAH SAYA.

    ReplyDelete
  57. MOMMY FARA

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU .. TETAPI KENAPA ADA TANDA SOAL (?)

    ReplyDelete
  58. DADDY ZIYYAD

    MEMANG MASA NI RAMAI SUNGGUH ORANG KAWIN. KAT TAMAN NI SAHAJA DAH ADA 3 SETAKAT INI. UNCLE TUNGGU MESEJ AWAK.

    ReplyDelete
  59. GADIS BUNGA

    ALAAA .. TAK MENGAPALAH. LAGI PUN JAUH NAK COVER DUA-DUA KAN. MENANTU PAKCIK PUN ORANG KEDAH - ALOR STAR.

    ReplyDelete
  60. SAYANGSAYANGIBU

    ALAIKUMSALAM

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. TAK DAPAT NAK DATANG NAK BUAT MACAM MANA KAN ?

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum pakngah..

    Terlambat membaca undangan ini. Bercuti dari blog minggu lepas.

    Saya dah tanya SRD, dia kata InsyaAllah, kami rasanya boleh sampai ke majlis pakngah hari itu

    Nanti saya email butiran ya...

    Terima kasih atas jemputannya..:)

    ReplyDelete
  62. YUS

    ALAIKUMSALAM.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI NAK HADIR. NANTI PAKNGAH HANTAR KAD.

    ReplyDelete
  63. Insyaallah, akan berusaha bersungguh2 utk datang......

    ReplyDelete
  64. apa khabar pokok rambutan? apa khabar pokok mangga? dah berbuah strawberi?

    err.. alaaaaaaaa.. terlepas dah! baru ingat nak bawa guni sekarung dua. kalau bg alamat umah awak skrg tak leh ke?

    hikksssss

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.