Thursday, October 13, 2011

BERAPA BANYAK CABAR DAAA ..!




"Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan struktur perkhidmatan awam yang akan dilaksanakan mulai  Januari 2012 akan menjadi contoh, sistem gaji  dan pentadbiran awam terbaik di rantau ini"  .. kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Saya sebenarnya jemu dan hampir nak menyampah bila mendengar kenyataan yang syok sendiri ini. Sebabnya, saya masih ingat lagi dulu semasa SSB (Sistem Saraan Baru) diperkenalkan,  kenyataan bernada serupa juga pernah diucapkan oleh pihak kerajaan. Tetapi akhirnya, bukan sahaja SSB gagal menjadi contoh kepada  pentadbiran awam di rantau ini, ia juga tidak di senangi oleh majoriti anggota  perkhidmatan awam di negara ini.

Sekarang apa dah jadi dengan SSB itu ? Ia telah ditinggalkan kerana hasilnya tidak seperti mana yang diharapkan,  bahkan ia menjadi sasaran jenaka yang popular di kalangan kakitangan awam. Akronim SSB itu sendiri telah diberi bermacam-macam makna.

Misalnya, Saya Sayang Boss, Susah Sampai Bersara, Sengsara Sebelum Bersara, Susah Susah Berhenti, Sorang Sorang Buat dan macam-macam lagi.

Kemudiannya SSB cuba diperbaiki dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia). Tapi kalau dah lunasnya bengkok, macamana perahu nak elok. Macam SSB, nasib SSM juga tak banyak berbeza.  Macam-macam makna juga diberikan kepada akronim SSM. Contohnya, Susah Sampai Mati, Saya Suka Mengampu dan lain-lain lagi.

Inilah untungnya kalau kita buat kerja secara berjawatankuasa seperti jawatankuasa penggubalan SSB dulu. Makin ramai dalam satu jawatankuasa itu lebih baik dan selamat. Kalau silap atau gagal, walaupun implikasi kewangannya mungkin berbillion ringgit, siapa pun tak boleh dipersalahkan atau susah nak mempersalahkan sesiapa, kerana keputusan dibuat oleh jawatankuasa. Masing-masing berlindung disebalik jawatankuasa. Peliknya kalau usaha itu berjaya, masing-masing akan mengaku menjadi ahli jawatankuasa tersebut walaupun mungkin dalam mesyuarat dia tak pernah bercakap sepatah pun.

Ia berbeza dengan nasib drebar kereta jabatan yang terlanggar pembahagi jalan yang mungkin akan dikenakan denda atau tindakan tatatertib jika tak pandai menjawab.

.

18 comments:

  1. Kerana saya mungkin dilahirkan untuk menjadi pekerja swasta, sehingga muak dan tak pot pun pasal bajet sejak bertahun-tahun...

    untuk sekelian kali lagi... saya bersyukur jadi pekerja swasta.

    ReplyDelete
  2. Macam-macam slogan, macam-macam laungan, pi mai pi mai ...... (malas nak sambung). ;-)

    ReplyDelete
  3. Assalamualikum Tn Hj,

    Sistem nya tak salah tuan...pelaksanaannya yang tak telus dan mengikut emosi.... saya pun sebenarnya memang dan lama jelak dan menyampah dgn ucapan-ucapan yang syok sendiri tu...

    walaupun bagitu saya bersyukur Alhamdulillah kerana masih lagi mempunyai sumber rezeki yang Allah limpahkan.... pasal-pasal yang picanag sana sini tu... sendiri buat sendiri tanggung lah..terpulanglah masing-masing memperbaikinya.

    ReplyDelete
  4. gendang .... kalau diketuk memang berbunyi kuat ...

    semua tu ayat2 nak memancing belaka ...nak tunjuk pada dunia ....
    "akulahyang tebaik"...

    ReplyDelete
  5. sistem tidak salah, yg salah adalah cara orang yg di pertanggungjawabkan untuk melaksanakan

    ReplyDelete
  6. Nasib baik tuan dah bersara kalau tak teruk kena bedal kawan yg masih kerja di sana. Kakak kerja swasta, tak terlibat ini semua tapi tahu juga cerita-ceriti macam yg tuan katakan di sini.

    ReplyDelete
  7. Sy tak tau enviro govt mcm ne. Tapi sy byk dgr sohseh psl govt yg menakutkan....

    ReplyDelete
  8. kadang2 malu jadi staf gomen ni.haih~

    ReplyDelete
  9. Sekurang-kurangnya struktur Perkhidmatan Awam nampak dinamik dan terkini berbanding swasta yang sentiasa tertinggal dibelakang.

    Contoh terdekat mengenai had umur persaraan..

    Post Terbaharu Saya - Bajet 2012 - Dari 12% ke 13%

    ReplyDelete
  10. Pak Ngah...
    Yang lain saya tak nak komen...:)

    cuma...saya tak setuju umur bersara 60 tahun....untuk jawatan yang "Kritikal" bagi saya , oklah...

    ReplyDelete
  11. Saya tak pernah faham pun psl SSM tiba-tiba dah masuk SPBA. Dgr-dgrnya ada penilaian 360 darjah.
    Kalau kita buat kerja elok tapi boss mmg dah aim dan cari kesalahan kita, lps tu percaya bulat-bulat ckp org yg suke membodek..hmm..tak taulah nak cakap mcm mane

    ReplyDelete
  12. salam uncle..
    biasalah tu uncle...baca dan nilaikan lah sendiri.selamat saya dah tak kerja gomen dah...huhu

    ReplyDelete
  13. oleh kerana saya bukan org kerajaan jadi saya pun malas nak tengok belanjawan... tak de yg menguntungkan saya seorang suri rumah menyusahkan ada... asik barang naik.... tak guna juga gaji naik alauns naik tapi barang pun naik.... kami suri rumah nie nak gak merasa gaji dari kerajaan sebab kami juga penjana ekonomi dan sosial negara....

    ReplyDelete
  14. sorry Tuan Haji... nak tambah sikit... bersara umur 60 tahun.... macam tak masuk akal... kan masa tu lah warga mas nak mempertingkatkan ibadah....kalau dah asik kerja mana gi ibadahnya.... ckgu yg umur 60 tahun tu pun dah tak larat nak panjat tangga sekolah yg 4 tingkat... buat sesuatu macam tak logik aje la tuan haji...

    ReplyDelete
  15. tak pandai pulak nak komen pasal provokasi nih... kita buat yang terbaik untuk kerja kita... sebagai rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...

    Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang Allah limpahkan.

    Macam try in error jer sistem tu..

    ReplyDelete
  17. KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN YANG TELAH MEMBERI KOMEN.

    TERIMA KASIH ATAS PANDANGAN YANG DIBERIKAN.

    1. SAYA JUGA KURANG BERSETUJU SEPERTI AZI, UMUR PERSARAAN DINAIKKAN SECARA PUKAL KE 60 TAHUN. KESIAN KAT 'BUDAK PEJABAT' YANG DAH BERUMUR 60 TAHUN.

    2. PENILAIAN 360 DARJAH YG DITIMBULKAN OLEH SUFIA, KENA DISESUAIKAN DGN BUDAYA TEMPATAN KALAU NAK DILAKSANAKAN. ORANG BARAT LEBIH TERBUKA MENERIMA TEGURAN ATAU KRITIKAN, TAK MACAM ORANG KITA YANG KADANG2 MENYIMPAN DENDAM KEPADA PENGKRITIK.

    APA-APA PUN KITA DAH RAMAI YANG ADA PHD DI JPA. PANDAILAH MEREKA BUAT KERJA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.