Pada dua hari yang lepas, saya berkesempatan mengikuti delegasi yang di ketuai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan dua orang AJK Persatuan Kebajikan Bekas Guru/Kakitangan/Pelajar Sekolah Menengah Bandar Tinggi, Jelebu, Negeri Sembilan, ke rumah guru-guru yang pernah mengajar di SMBT sebagai sebahagian program bagi mengenang jasa guru-guru yang pernah mengajar di SMBT, termasuk rumah seorang bekaas pelajar yang sedang uzur. Telah ramai di antara guru-guru kami yang telah meninggal dunia bahkan ramai juga teman-teman sekelas atau yang senior dan junior yang telah mendahului kami.
Sesungguhnya kunjungan ini sangat bermakna dan meninggalkan kesan kepada saya secara peribadi. Dalam pertemuan singkat ini, banyak kisah-kisah lucu semasa kami bersekolah dahulu disebut kembali dan kami sama-sama ketawa mengenangkannya.
Lawatan Hari Pertama - 26/9/2012.
Gambar 1: Kita berjumpa dan berkumpul di Hotel Kuala Klawang, salah sebuah hotel 7 bintang di bandar ini, sebelum berkonvoi ke rumah guru.
Gambar 2: Guru pertama yang di lawati ialah Cikgu Isa di Kampung Seperi. Menurutnya inilah kali pertama lawatan berkumpulan dibuat oleh bekas murid-muridnya. Cikgu Isa tersenyum sepanjang masa kita bersama dia. Saya sendiri kali terakhir berjumpa dengan dia adalah pada tahun 1977 semasa menjadi Tutor di Universiti Malaysia dan dia pula baru memasuki universiti pada ketika itu.
Gambar 3: Cikgu Isa kurang sihat kerana sakit 'gout' tetapi senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Saya nampak lebih tua darinya.
Gambar 4: Saya selitkan gambar Cikgu Isa pada tahun 1971. Dia yang berseluar hitam duduk nombor lapan dari kiri. Gambar saya pun ada dikalangan pelajar lelaki yang berdiri di barisan paling belakang. Biasalah !
Gambar 5: Rumah ke dua - Cikgu Nordin Pintau, guru Ilmu Hisab (Matematik) yang sangat sporting. Mungkin kerana beza umur murid dengan dia cuma 5-6 tahun sahaja sebab sebaik habis maktab, terus di hantar mengajar murid tingkatan 4 dan 5. Dari segi warna rambut saya menang kerana kerana rambut Cikgu Nodin masih banyak lagi yang hitamnya.
Gambar 6: Salah seorang anggota rombongan mengusik Cikgu dengan berkata "macam dulu juga" - merujuk kepada baju Cikgu Nordin yang tidak berbutang di sebelah atas .. Cikgu Nordin hanya ketawa sporting.
Gambar 7: Seterusnya ke rumah Ustaz Zakaria (berkopiah) di Kampung Petaseh. Tutur katanya tetap macam dulu penuh sopan dan lembut.
Gambar 8: Rumah terakhir dikunjungi ialah rumah Cikgu Md Noh. Dia dan isterinya - Cikgu Kamarmahtum yang sama-sama pernah mengajar di SMBT, duduk di barisan hadapan. Cikgu Md Noh sentiasa serius sejak dulu hingga sekarang. Isterinya juga mengajar di sekolah yang sama dan sangat fasih berbahasa Inggeris.
Gambar 8: Rumah terakhir dikunjungi ialah rumah Cikgu Md Noh. Dia dan isterinya - Cikgu Kamarmahtum yang sama-sama pernah mengajar di SMBT, duduk di barisan hadapan. Cikgu Md Noh sentiasa serius sejak dulu hingga sekarang. Isterinya juga mengajar di sekolah yang sama dan sangat fasih berbahasa Inggeris.
.................................................................................................
Lawatan Hari Ke Dua.
.
Gambar 9: Di rumah Cikgu Ujang Abdullah di Taman Rashidah Utama, tak jauh dari rumah saya. Nama taman perumahan ini popular kerana ada lagu mengenainya oleh sebuah kumpulan rock sedikit masa dulu. Nama taman ini adalah berasaskan nama isteri seorang guru kami - Cikgu Rashid yang kemudiannya sangat berjaya sebagai usahawan hartanah selepas bersara dari menjadi guru.
Gambar 10: Saudara Abdul Latif Iderus, bekas murid SMBT - tidak berapa sihat kerana di serang sakit angin ahmar menjelang puasa baru-baru ini. Keadaannya mengikut mereka yang pernah berjumpa sebelum ini sudah bertambah baik berbanding dulu. Dalam gambar 9 dan 10 di atas, saya adalah yang termuda kerana salah seorang anggota rombongan kelmarin yang lebih muda dari saya tidak dapat mengikuti lawatan pada hari ini.