Saturday, September 1, 2012

MENCARI OTAK.

Itulah komen dari cik SHiNJU pada entri saya yang lalu. Macam tahu-tahu je dia saya akan beli otak lembu. Memang saya berusaha mencarinya dengan meredah kesesakan "nat" (pekan sehari) Balai Baru dekat Beseri, Perlis seperti yang anda boleh saksikan dalam video di bawah. Memang sesak dan padat sehingga nak berjalan pun tersangkut-sangkut dan terlanggar-langar orang.

Akhirnya saya berjaya membeli 3 ketul otak lembu dengan harga cuma RM3 seketul. Balik rumah kemudiannya abang ipar pulak beri lagi satu (dengan kepala lembunya sekali). Yang ini masih ada dalam peti sejuk.

Memang puas makan otak lembu raya kali ini.



Video rakam curi di nat Balai Baru, Beseri, Perlis. Video ini diambil menggunakan henfon saya sehari sebelum hari raya.

Bagi anda yang bermasalah untuk melihat video di atas, saya muatkan 3 cetakan skrin seperti di bawah untuk melihat kesesakan yang saya maksudkan.



Gambar 1: Di sebelah kiri tempat orang jual ikan dan sayur dan di sebelah kanannya pula tempat orang jual daging lembu dan ayam.


Gambar 2: Daging lembu yang sudah dilapah sedia untuk dijual. Mata saya melalu mencari-cari otak lembu.


Gambar 3: No komen.

p/s: Kalaulah saya tinggal di Perlis, mungkin hari-hari saya makan gulai otak lembu  sebab saya gemar memakannya dan otak lembu pulak senang didapati di sini dan murah pula harganya.

Kalau nak tengok gambar gulai otak lembu sila klik di sini.


23 comments:

  1. Saya belum pernah makan otak lembu. Bolehlah saya ke Taman Lavender untuk merasainya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau otak lembu tak ada pun apa salahnya datang bertandang.

      Delete
  2. Erk, otak lembu....? Maaf ya pakngah kedengaran pelik pada saya...macammana rasanya..? Gambar no. 3 tu la antara komen yang saya teringin nak baca.....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya seperti tauhu jepun yg sedap .. yg gambar no. 3 tu, masih no komen.

      Delete
  3. Otak lembu?sedap ke?makanan baru ni,nanti boleh try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akar cemperai haluan perahu,
      belum try belum tahu !

      Delete
  4. Otak lembu masak lemak cili api sgt sedap.
    Bukan makan selalu pun,kan Uncle.
    Murahnye harga kat Perlis.
    Lembu kat Pekan makan rumput import ke? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma orang pernah makan je yg tahu kelazatannya.

      lembu kat Pekan dekat dengan rumah PM kot ! hehe

      Delete
  5. tak pernah lagi makan otak lembu ni..nak try jugaklah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak jumpa gulai ini di KL kecuali di kedai yang jual nasi padang.

      Delete
  6. Err.... Otak lembu? Apa rasanya?
    ~telan liur~

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dekat2 nak macam tauhu jepun yang lazat.

      Delete
  7. Replies
    1. masak lomak cili api campur belimbing buluh ..

      Delete
  8. Encik..Sedap eh otak lembu? Masak apa ya? Iskk...otak lembu ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. isteri saya selalu masak lemak cili api sahaja ..

      Delete
  9. Replies
    1. memang best .. kalau tak caya, cer tanya saya.

      Delete
  10. kalau nak bagi saya makan otak lembu, tolong sampai saya abis makan dulu yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa .. uncle boleh tunggu dengan beg plastik di tangan. hehe

      Delete
  11. saya x boleh makan otak lembu...pening kepala...ntah kenapa...LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mendatangkan mudarat kpd diri sendiri, janganlah makan !

      Delete
  12. Saya tak pernah makan otak lembu walaupun di Perlis harga otak lembu murah.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.