Thursday, September 6, 2012

POLITIK AIR.



Gambar hiasan hasil carian Google.

Baru-baru ini saya melihat dalam tv kisah penduduk di sebuah negeri yang tidak mendapat bekalan air paip dan kalau dapat pun airnya berkarat  dan tidak boleh digunakan langsung samada untuk  mandi, membasuh pakaian  apalagi untuk diminum.  Lebih memeritkan ia berlaku dalam bulan puasa menjelang hari raya. Alangkah kecewa dan susahnya hidup mereka kerana bagi saya yang sentiasa mendapat bekalan air bersih kalau terputus air beberapa jam sahaja sudah resah-gelisah.

Saya rasa kejadian ini amat memalukan kerana ia berlaku di sebuah negeri yang kaya dengan sumber air.  Macam tidak masuk akal kerana Singapura yang tidak mempunyai sumber air dan terpaksa mengimport air dari Johor dapat membekalkan air bersih yang berterusan kepada penduduknya. Saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi menyalahkan implikasi perbezaan fahaman politik di antara kerajaan negeri yang memerintah dengan kerajaan pusat. 

Alangkah dangkalnya dan kotornya cara kita berpolitik sehingga sanggup menjadikan rakyat barang taruhan.  

Kita telah berjaya menghantar angkasawan ke angkasa lepas, mengeluarkan kereta dan membina jambatan terpanjang di Asia yang jauh lebih kompleks teknologinya. Sedangkan kita gagal membekalkan air yang terawat walhal teknologinya adalah relatif mudah di samping  kita mempunyai  sumber air yang mewah.  Malu. Malu. Malu.

Siapakah yang harus menanggung dosa atas kesusahan dan kepayahan yang ditanggung olhe rakyat negeri tersebut atau negeri-negeri lain yang menghadapi masalah seumpamanya ?


22 comments:

  1. ahli politik tanggung dosa, rakyat tanggung sengsara...

    ReplyDelete
  2. batu pahat airnya sentiasa tutup/kena catu, padahal empangan sembrong kat situuuu je ha. nak supply kat jiran punya pasal kot.

    ReplyDelete
  3. Masing2 nak tegakkan pendapat masing2, kita yg kecik jadi mangsa. Merungut2 tak ada air terus ALLAH turunkan hujan sampai BAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak ada air .. kita bukan kat Gurun Sahara. tapi tak diuruskan dengan betul.

      Delete
  4. Tak tau nak kata apa.. telampau banyak benda yg dipolitikkan..

    Alhamdulillah kat tempat makchaq sekali sekala saja ayaq berkarat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dgn tempat saya .. sangat jarang tak ada air. kalau tak ada pun sekejap jer.

      Delete
  5. kesian rakyat jelata. huhu.. pagi ni saya tengok berita tv, kecoh gak la pasal isteri seorang ketua kampung telah memberi hadiah seekor unagi(belut harga mahal kalau di Jepun) kepada kawan2 beliau seramai 31 orang. Isterinya tu beri atas nama suami. Tetapi disebabkan seperti beliau telah melanggar etika pilihanraya iaitu seperti memberi rasuah, ketua kampung tersebut telah disoal sisat oleh pihak polis sehingga rakyat kampung tu mintak dia letak jawatan. nampak tak benda kecik mcm tu je yang bagi barang tu isterinya bukan suaminya, itupun dia beri untuk kawan2 je mcm hadiah hariraya la, tapi sebab menggunakan nama suami dia seorang ketua kampung habis kene soal siasat mcm rasuah yg sangat besar! Dekat sini budaya bagi barang pada org lain sangatlah HARAM terutama pemimpin atau ketua! kalau org dpt tau mesti terus kene letak jawatan, kes menteri letak jawatan sebb benda mcmni la byk padahal bukan salah diorang pun. Punya la rasa bersalah kan! kalau kat msia mcm tu ke ye? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen yg sangat menarik ini. ia telah mencetuskan idea kpd saya untuk buat entri hari ini.

      Delete
  6. SEKARANG SANA SINI MAHU DIPOLITIKKAN.. CUBALAH SAMA-SAMA DUDUK BERBINCANG UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA.. HANCUR..!

    ReplyDelete
  7. kt pd ni dh dkt sebulan air berkarat n berbau besi.. tak selesa sungguh!

    sbb tu laa sy benci politik dan org2 politik.. masing2 fikir penuhkn poket sendiri je..

    (T_T)

    ReplyDelete
  8. emm sedih jugak takde isu jadi kan isu :( apelah nasib rakyat :(

    ReplyDelete
  9. Asslamualaikum tuan...

    Aduhai, kasihan mereka yang terpaksa menanggungnya. Air tu...keperluan utama selepas udara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam. tepat sekali air sangat perlu. saya boleh hidup tanpa elektrik tapi tak sanggup kalau tak ada air.

      Delete
  10. Tapi kalau kita ke negeri tersebut dan duduk di hotel mewah masih boleh mandi sepuas2nya dan ada kolam renang lagi.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa kerat sangat yg mampu macam awak untuk menginap di hotel mewah ..

      Delete
  11. assalamualaikum...

    terima kasih jadi follower pertama blog yang baru saya buat tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      saya bangga menjadi follower awak yg pertama.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.