Friday, September 28, 2012

MURID PULAK NAMPAK LEBIH TUA DARI GURU.

Pada dua hari yang lepas, saya berkesempatan mengikuti delegasi yang di ketuai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan dua orang AJK Persatuan Kebajikan Bekas Guru/Kakitangan/Pelajar Sekolah Menengah Bandar Tinggi, Jelebu, Negeri Sembilan,  ke rumah guru-guru yang pernah mengajar di SMBT sebagai sebahagian program bagi mengenang jasa guru-guru yang pernah mengajar di SMBT, termasuk rumah seorang bekaas pelajar yang sedang uzur. Telah ramai di antara guru-guru kami yang telah meninggal dunia bahkan ramai juga teman-teman sekelas atau yang senior dan junior yang telah mendahului kami.

Sesungguhnya kunjungan ini sangat bermakna dan meninggalkan kesan kepada saya secara peribadi. Dalam pertemuan singkat ini, banyak kisah-kisah lucu semasa kami bersekolah dahulu disebut kembali dan kami sama-sama ketawa mengenangkannya.


Lawatan Hari Pertama - 26/9/2012.


Gambar 1: Kita berjumpa dan berkumpul di Hotel Kuala Klawang, salah sebuah hotel 7 bintang di bandar ini, sebelum berkonvoi ke rumah guru.


Gambar 2: Guru pertama yang di lawati ialah Cikgu Isa di Kampung Seperi. Menurutnya inilah kali pertama lawatan berkumpulan dibuat oleh bekas murid-muridnya. Cikgu Isa tersenyum sepanjang masa kita bersama dia. Saya sendiri kali terakhir berjumpa dengan dia adalah pada tahun 1977 semasa menjadi Tutor di Universiti Malaysia dan dia pula baru memasuki universiti pada ketika itu.


Gambar 3: Cikgu Isa kurang sihat kerana sakit 'gout' tetapi senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Saya nampak lebih tua darinya.


Gambar 4: Saya selitkan gambar Cikgu Isa pada tahun 1971. Dia yang berseluar hitam duduk nombor lapan dari kiri. Gambar saya pun ada dikalangan pelajar lelaki yang berdiri di barisan paling belakang. Biasalah !


Gambar 5: Rumah ke dua - Cikgu Nordin Pintau, guru Ilmu Hisab (Matematik) yang sangat sporting. Mungkin kerana beza umur murid dengan dia cuma 5-6 tahun sahaja sebab sebaik habis maktab, terus di hantar mengajar murid tingkatan 4 dan 5. Dari segi warna rambut saya menang kerana kerana rambut Cikgu Nodin masih banyak lagi yang  hitamnya.

 

Gambar 6: Salah seorang anggota rombongan mengusik Cikgu dengan berkata "macam dulu juga" - merujuk kepada baju Cikgu Nordin yang tidak berbutang di sebelah atas .. Cikgu Nordin hanya ketawa sporting.

  

Gambar 7: Seterusnya ke rumah Ustaz Zakaria (berkopiah) di Kampung Petaseh. Tutur katanya tetap macam dulu penuh sopan dan lembut. 

 

Gambar 8: Rumah terakhir dikunjungi ialah rumah Cikgu Md Noh. Dia dan isterinya - Cikgu Kamarmahtum yang sama-sama pernah mengajar di SMBT, duduk di barisan hadapan. Cikgu Md Noh sentiasa serius sejak dulu hingga sekarang. Isterinya juga mengajar di sekolah yang sama dan sangat fasih berbahasa Inggeris.

.................................................................................................

Lawatan Hari Ke Dua.
.

Gambar 9: Di rumah Cikgu Ujang Abdullah di Taman Rashidah Utama, tak jauh dari rumah saya. Nama taman perumahan ini popular kerana ada lagu mengenainya oleh sebuah kumpulan rock sedikit masa dulu. Nama taman ini adalah berasaskan nama isteri seorang guru kami - Cikgu Rashid yang kemudiannya sangat berjaya sebagai usahawan hartanah selepas bersara dari menjadi guru.


Gambar 10: Saudara Abdul Latif Iderus, bekas murid SMBT - tidak berapa sihat kerana di serang sakit angin ahmar menjelang puasa baru-baru ini. Keadaannya mengikut mereka yang pernah berjumpa sebelum ini sudah bertambah baik berbanding dulu. Dalam gambar 9 dan 10 di atas, saya adalah yang termuda kerana salah seorang anggota rombongan kelmarin yang lebih muda dari saya  tidak dapat mengikuti lawatan pada hari ini.

Wednesday, September 26, 2012

WW # 45: TERJEMAHAN.



Sunday, September 23, 2012

PERTEMUAN BLOGGERS DAN NASI ARAB.

CERITA  1 : PERTEMUAN BLOGGERS.

Pagi tadi jam 11.30,  baru kami dapat bertolak ke pertemuan bloggers di rumah Y.Bhg Dato' LF di Bangi. Lewat 1 1/2 jam dari jadual. Ini adalah kali pertama saya menghadiri mana-mana perjumpaan bloggers. Saya rasa berdebar-debar juga kerana selama ini saya selalu memperdaya pembaca dengan memilih gambar saya dan makngahnya yang cun-cun sahaja untuk dimuatkan dalam entri.  Hari ini kami akan berdepan dengan realiti. 

Kerana telalu berdebar-debar, sampai kamera pun terlupa nak bawa. Gambar-gambar di bawah adalah hasil tangkapan dari kamera henfon saya yang sudah berusia.



Gambar 1: Dato' LF, tuan rumah yang sangat mesra. Walaupun kali pertama berjumpa tapi mesranya macam dah kenal bertahun lamanya sehingga saya tidak sedar memegang bahunya.


Gambar 2:  Kakcik menalipon saya semasa dalam perjalanan, tetapi talian terputus. Kemudian Makngahnya menalipon dia dan dari perbualan mereka saya tahu Kakcik ingin bertanya samada kami jadi datang atau tidak. Maaf kakcik, terlewat dari masa yang di janjikan.


Gambar 3: Saya telah diminta dipaksa oleh Gedek untuk bermuka serius. Saya memakai baju batik dan bersongkok kerana penganjur menyarankan kita memakai baju raya dan keduanya kerana selepas ini saya akan pergi menghadiri kenduri kahwin. Tapi sebab sebenar saya memakai songkok ialah untuk mengelakkan semua orang kesilauan oleh warna metalik rambut saya.


Gambar 4: Kalau saya tak pakai songkok, agaknya mungkin seorang pun tak ingin bergambar dengan saya.


Gambar 5: Oleh kerana dalam gambar 4 di atas, Makngahnya cuma nampak mata sahaja, maka saya muatnaik gambar dia sepenuhnya. Kalau tak buat gitu, takut lain kali dia tak mahu ikut.

Pertemua ini sangat bermakna dan sekalung tahniah kepada semua pihak terutamanya Dato' LF, Kakcik, Azieazah, Akuzle Ayu dan lain-lain yang telah bersusah payah mengaturkannya. Sayangnya saya harus meninggalkan majlis lebih awal. Saya minta maaf kepada anda yang tidak sempat saya tegur sapa atau bertanya khabar. Lain kali kalau ada kesempatan yang panjang, mungkin kita boleh berbual lebih lama lagi. 

......................................................................................

 CERITA  2 - NASI ARAB.


Gambar 6. Lewat jam 1.00 petang, saya sampai ke restoran ini. Dari jauh saya lihat petugas melambai-lambai ke arah kereta saya menjemput masuk ke perkarangan restoran dan terus menunjukkan tempat meletak kereta betul-betul di hadapan pintu masuk ke restoran. Kalau saya bawa Kelisa Makngahnya, mungkin saya terpaksa meletak kereta di bawah jejambat. Begitulah resam dunia !



Gambar 7: Saya makan nasi sedikit sahaja tetapi banyak meratah lauk. Dalam gambar adalah sebahagian daripadanya.


TERKENANG SEMASA DULU 60: PENGALAMAN BEKERJA DI SARAWAK.

Ini adalah entri saya di bawah segmen Terkenang Semasa Dulu yang  ke - 60. Namun dalam banyak-banyak entri di bawah segmen ini, tidak ada satu entri pun yang mengkhusus kepada pengalaman saya bekerja di Kuching, Sarawak pada tahun 1980 - 1981. Kali ini saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman saya bekerja di sana. 

Saya memohon untuk bekerja di Sarawak kerana inginkan pendapatan yang lebih kerana akan berkahwin. Gaji saya masa itu kecil sahaja dan tanggungjawab kepada keluarga pula adalah banyak dan berat. Semasa saya mendapat kebenaran bertukar, tarikh perkahwinan saya telah pun ditetapkan. Ternyata keputusan saya memohon bekerja di Sarawak di saat orang lain cuba mengelakkannya adalah satu keputusan yang betul dan saya sedikit pun tidak menyesalinya. Sesungguhnya ia banyak sekali meninggalkan kenangan manis dan menambah pengalaman kepada kehidupan awal saya berumah tangga.


Gambar 1: Inilah bilik saya di tingkat 3 bangunan Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, Kuching, Sarawak.


Gambar 2: Bergambar di hadapan bangunan pejabat saya dengan ibu mertua dan saudara sebelah isteri saya yang datang melawat kami di Kuching. Bapa mertua jadi tukang ambil gambar.



Gambar 3: Inilah sebahagian pegawai dang kakitangan pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak tempat saya bertugas. Yang di tengah-tengah itu adalah Almarhum Dato' Syed Rosley Syed Abu Bakar, boss nombor 1 kami yang banyak merubah hidupa saya.

 
Gambar 4: Di masa lapang saya gemar bermain ping-pong. Tidaklah pandai sangat tapi bolehlah mengalahkan orang yang lebih tak pandai dari saya.


Gambar 5:  Memang selalu ada makan percuma. Bila ada sahaja pelawat dari KL atau kengkawan yang nak bertukar ke Semenanjung, pasti ada jamuan.



Gambar 6:  Ini satu lagi jamuan .. untuk apa, saya dah tak ingat lagi. Melalui jamuan-jamuan seumpama ini, kami pegawai-pegawai dari Semenanjung dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan yang telah pun sedia kukuh.



Gambar 7: Makngahnya juga turut terlibat sama dalam jamuan-jamuan yang di adakan. Kelihatan berdiri berbaju putih di belakang adalah Toh Pn Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah  isteri kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama kita


Gambar 8: Di tepi sungai Rejang di pekan Kapit. Saya ke sini dalam rangka menjalankan tugas rasmi. Pada masa itu cuma ada satu sahaja kedai makan halal di pekan ini.


Gambar 9: Saya ke Kapit menaiki helikopter yang disewakan khas untuk saya kerana hendak menjimatkan masa. Pilotnya yang di tengah-tengah turut bermalam di Kapit kerana menunggu urusan saya selesai.

 

Gambar 10: "Orang putih" telah sampai ke Kapit pada tahun 1880 dan siap membuat kubu lagi. Kalau berhajat nak tahu lebih lanjut tentang kubu ini sila klik sini.

Gambar 11: "Cantik tak gigi saya ?"  agaknya itulah yang dikatakan oleh Makngahnya kepada tetamu yang berkunjung  ke rumah kami. Masa itu tetamu hanya duduk di lantai sahaja kerana kami belum mampu membeli sofa.





bersambung ..

Thursday, September 20, 2012

3 HARI 2 MALAM DI HUTAN KENABOI.

Pada 15 hingga 17/9/2012 yang lalu, saya telah menyertai perkhemahan di hutan Kenaboi anjuran RT taman perumahan saya. Kerananya, saya terpaksa mengorbankan 4-5 jemputan rumah terbuka, kenduri kahwin dan kenduri orang nak pergi Haji dan terpaksa mewakilkan kepada Makngahnya. Yang saya paling terkilan tak dapat pergi ialah 'reunion' anjuran sekolah lama saya. Kalau nak wakilkan kepada Makngahnya pun tak kena sebab dia tak pernah bersekolah di situ. 

Kami berkhemah di sekitar kawasan chalet Jabatan Hutan. Chalet-chalet yang ada nampaknya macam tak disenggara dan rosak sana sini. 

Malam pertama saya tidur di tempat terbuka. Kira-kira jam 2 pagi, saya ingatkan nak mati kerana kepala saya turun secara perlahan-lahan. Rupanya bantal angin yang saya gunakan mengalami kebocoran.  Kemudiannya saya capai bekas air yang ada di luar kelambu saya untuk dijadikan bantal. Kira-kira jam 5 pagi, badan saya termasuk selimut habis basah lencun. Rupanya bila bekas air itu dihimpit, air keluar secara perlahan-lahan dari penutupnya. Malang sungguh. 

Malam keduanya, saya tidur sorang-sorang dalam khemah yang telah disediakan oleh kawan saya.



Gambar 1: Hari pertama sampai, kita buat keputusan untuk berkhemah di tepi sungai walaupun ada alternatif lain iaitu tidur di bawah kawasan beratap milik Jabatan Hutan. Kelihatan Tok Pin, anggota tertua (lebih 70 tahun) sedang memikul buluh untuk pelbagai kegunaan.



Gambar 2: Dalam pada itu, sebahagian yang lain sedang sibuk bergotong-royong membantu tukang masak menyediakan makanan tengahari



Gambar 3: Api dihidupkan untuk acara  BBQ, sementara kami peserta beragama Islam bersedia menanti masuknya waktu Maghrib.

 
  
Gambar 4: Kita tugaskan dua rakan China yang mengikuti trip kami, iaitu  Mr Lim dan Mr Ah Fat menjaga api sementara kami yang berugama Islam menunaikan sembahyang Maghrib secara berjemaah di salah sebuah chalet Jabatan Hutan yang ada.


Gambar 5: Kemudian kita panggang kambing, ayam dan itik yang bahannya telah disediakan oleh tukang masak profesional di kanan sekali.


Gambar 6: Bau kambing panggang semerbak memenuhi kesunyian malam. Nasib baik ia tidak mengundang tetamu yang tidak dikenali dan tidak dikehendaki.



Gambar 7: Perjalanan pergi balik harus menempuh sungai ini. Nasib baik tak banjir - kalau tidak, mungkin entri ini belum keluar lagi.


Gambar 8: Saya duduk depan di sebelah pemandu mengetuai rombongan Cik Kiah.

 
Gambar 9: Sayangnya chalet dalam kompleks yang bernilai RM5 juta ini sudah banyak yang rosak. Saya tak pasti samada tempat ini pernah digunakan atau tidak sebelum ini. Sebenarnya saya kerap kali berjumpa bangunan yang dibina oleh Jabatan Hutan yang tidak di senggara dengan baik di merata-rata tempat.


Gambar 10: Lampu yang cantik tapi tiada letrik.
..................................................................................................

Nota kaki: Dalam entri saya sebelum ini ada saya masukkan gambar buah Periuk Kera. Ramai yang komen tentang kelazatan lemang Periuk Kera. Saya cuba mencari gambarnya melalui Google dan terjumpa banyak gambar lemang Periuk Kera dan salah satunya adalah seperti di bawah. Saya rasa pernah makan suatu masa dulu, tapi dah lupa bagaimana rasanya.

Kalau saya jumpa Periuk Kera hari tu, saya nak minta Tok Pin buatkan lemang.

Wednesday, September 19, 2012

WW # 44 - TUMPANG BACA SIKIT !

 




Tuesday, September 18, 2012

CEROBOH HARAM DAN CEROBOH HALAL .

Kalau judi ada permit - tak haram.
Kalau jual arak ada permit - tak haram.
Kalau tebang balak ada permit - tak haram.
  
 

Kalau masuk hutan untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan tak ada permit - itu HARAM.



72 orang ditahan kerana masuk hutan tanpa permit - The Star 4/9/2012.



Nota kaki: Saya baru keluar dari hutan Kenaboi menyertai perkhemahan 4wd selama 3 hari 2 malam. Kemasukan kami mendapat permit dari Jabatan Hutan Negeri Sembilan. Badan saya masih letih dan lutut masih sakit. Saya cadang nak buat satu entri mengenainya selepas hilang letih nanti.



Friday, September 14, 2012

PERIUK KERA.


Tumbuhan  pemakan serangga?
  Macam tak masuk akal. Tetapi itulah hakikatnya.
Tiada yang mustahil bagi Allah. Ia tak perlu berkejar atau terbang ke sana sini mencari mangsa tetapi sebaliknya mangsa yang datang kepada dia. Subhanallah.

Nama saintifiknya Nepenthes Mirabilis. 
 Ia di gelar tumbuhan karnivor.
Nasib baik dia tak makan orang kan !


Thursday, September 13, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 59: JALAN-JALAN DI KOTA KONSTANZ.

Prakata: Saya rasa entri ini pernah tersiar .. tapi saya tidak pasti bagaimana dan mengapa ia berada dalam deraf entri saya. Kalau sudah tersiar dan ada yang sudah membacanya, silalah langkau.

Konstanz adalah sebuah bandar di negara Jerman. Saya ke sana dari Luzern, Swiss melalui jalan darat. Tak jauh sangat. Itulah yang bagusnya melancong kat Eropah. Jalan sejam dua dah masuk negara lain. Kalau kat USA atau China, jalan berhari-hari pun masih dalam negara yang sama.


Gambar 1:  Berlatar belakangkan Deutshe Bank iatu bank yang berasal dari German di tanah tumpah darahnya di German.


Gambar 2: Di depan Hotel Mercure tempat menginap beberapa malam.


Gambar 3: Di tepi tasik .. tapi tak sempat nak belayar 
kerana cuaca tidak mengizinkan.


Gambar 4: Sedang posing nak bergambar, salji turun secara tiba-tiba dan selepas beberapa ketika, berhenti tiba-tiba. Macam nak beri peluang kepada saya merasa salji sekejap. Videonya ada kat bawah.


Gambar 5: Ronda-ronda di pekan Konstanz yang bersih dan tidak sibuk.


Gambar 6:  Kita melawat dan mendengar taklimat di Syarikat ini.


Gambar 7:  Di sempadan German dan Switzerland.
Pejabat Imigresennya terletak di bawah tanah.


Gambar 8:  Jalan-jalan juga .. makan, makan juga.
Saya tertarik dengan hiasan dalaman dewan makan hotel ini.
Ada sentuhan Timur Tengah. Mungkin arkiteknya orang Timur Tengah
atau pernah belajar di sana


Gambar 9: Tidak lupa membeli sebuah pasu yang ada tertulis perkataan Konstanz sebagai kenang-kenangan.

video

Kali terakhir saya bertemu salji. Video kitar semula. Asalnya di sini.