Tuesday, September 17, 2013

BAHASA MELAYU DI HARI MALAYSIA.

Baru-baru ini anak saya menarik perhatian saya kepada video perbicaraan mendiang Tan Beng Hock. Katanya ramai orang mentertawakan Bahasa Inggeris seorang peguam berbangsa Melayu semasa dia menyoal pathologis dari Siam itu.


Sedutan video perbicaraan mendiang Tan Beng Hock.

Setelah menontonnya saya membaca komen-komen yang diberikan. Saya dapati ramai sungguh orang yang memberi komen dengan menggunakan bahasa  kesat kepada peguam Melayu tersebut termasuklah orang kita hanya kerana Bahasa Inggerisnya tidak  setanding dengan Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh Putera Charles dari England. Salah satunya seperti di bawah. 


Saya rasa sedih dan sakit hati dengan komen-komen yang sungguh zalim yang dilemparkan kepada peguam Melayu tersebut kerana Bahasa Inggerisnya yang tidak begitu polished. Saya hairan bercampur sedih dengan mentaliti orang kita yang memandang rendah kepada orang Malaysia yang tidak begitu fasih berbahasa Inggeris. Saya meluat dengan mereka kerana mereka memandang tinggi dan mulia kepada orang yang pandai Berbahasa Inggeris. Bagi saya mereka sepatutnya memandang rendah dan hina kepada warganegara kita yang selama ini hidup berlantaikan dan berbumbungkan Bumi Melayu tetapi tidak fasih berbahasa Melayu.

Dalam nada yang sama kita sudah lebih 56 tahun merdeka tapi tahap penguasaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca di kalangan warga negara Malaysia samada di antara kaum bahkan sesama kaum Melayu sendiri semakin merosot dan menyedihkan.

Sebaliknya sejak akhir-akhir ini terdapat gerakan dan desakan yang kuat agar Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah seperti dahulu, kononnya untuk mewujudkan integrasi nasional. Mungkin puak-puak ini tidak sedar, bahawa di Mesir semua rakyatnya menguasai bahasa Arab tetapi mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Negara Korea terpecah dua walaupun mereka satu bahasa dan satu budaya. Alasan tak masuk akal !

Secara peribadi saya tidak anti Bahasa Inggeris. Bahkan saya melanggan dan membaca akhbar berbahasa Inggeris di rumah dan gemar menonton berita dalam Bahasa Inggeris.

Dalam konteks ini secara kasar barangkali saya boleh  mengelompokan rakyat kita kepada 4 kumpulan berasaskan tahap penguasaan BM dan Bahasa Inggeris mereka.


Kelompok 1.  BM bagus,  BI  bagus.

Bahasa Inggeris dan Melayunya sama-sama bagus. Tahniah dan syabas kepada mereka.

Kelompok 2. BI tak berapa bagus, BM bagus.

Bahasa Inggerisnya tak berapa bagus tapi Bahasa Melayunya bagus. Ini tidak langsung menghairankan saya kerana mereka hidup dan berlindung di bawah langit kepulauan Malay Archipelago.

Kelompok 3. BM tak bagus, BI tak bagus.

Bahasa Inggerisnya tidak  bagus dan Bahasa Melayunya juga tidak bagus (mengikut nahu yang piawai). Sebagai orang awam atau orang biasa, kelompok ini tidak menghadapi masalah besar dalam komunikasi harian.  Mungkin juga ramai golongan tua dipendalaman yang tidak bersekolah atau bersekolah setakat sekolah rendah termasuk dalam kelompok ini. Jika mereka hidup dalam lingkungan yang sama, mereka juga tidak ada masalah.

Kelompok 4. BI bagus,  BM teruk.

Bahasa Inggerisnya bagus, Bahasa Melayunya hancur. Saya cukup terbakar dengan mereka dari kelompok ini lebih-lebih lagi kalau mereka bebangga dengannya dan memandang rendah pula kepada BM.

Mengikut penilaian saya, saya rasa saya berada dalam kelompok ke 2 dan anda pula fikir anda dalam kelompok mana ?



32 comments:

  1. Assalamualaikum,
    pakngah masa pergi Paris, saya sangat bangga bercakap itik ayam dengan orang kat sana yang tak reti tak paham sepatah harampun bahasa inggeris. Jadi, sayapun rasa bangga sat sebab saya reti dan paham juga beberapa kerat bahasa inggeris berbanding kebanyakan mereka yang kacak bergaya kat sana...

    dan yang bestnya...saya cakap melayu mereka cakap perancis. Macam romantic je pulak jadinya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 orang Perancis bukan tak faham tapi dia buat-buat tak faham kerana mereka sangat bangga dengan bahasa mereka .. tapi memang ada juga yang langsung tak tahu terutamanya mereka dalam kelas bawahan. pakngah pernah mengalaminya.

      Delete
  2. Saya pernah berada di kelompok ke-3 (dah tu cakap bahasa apa? hehehe kecek kelate siam blako) haha. Sekarang ni pelan-pelan cuba ajar JJ cakap Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah kerap mengalaminya (berada dalam kelompok 3) terutama bila balik kampung sendiri atau makngahnya.

      baguslah mengajar JJ BM sejak kecil lagi .. masa lidah dia masih lembut.

      Delete
  3. Saya rasa saya dalam kelompok 2 kot..tapi nak kata BM saya bagus sangat tidaklah..BI tu bolehlah setakad nak faham org cakap dan nak cakap sepatah dua..

    ReplyDelete
  4. sekurang2nya orang itu telah menjadi seorang peguam yang berjaya. kepada yang komen tu..."ko ada?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang beri komen tu BInya memang bagus tapi dia gagal dalam subjek adab.

      Delete
  5. SAYA SEBENARNYA TAK BERAPA MAHIR DENGAN INGGERIS.. TETAPI SEDIKIT-SEDIKIT BOLEHLAH.. WALAUPUN TAK BERAPA NAK MAHIR TAPI SAYA BIASA BAWAK DELEGASI VIP DARI LUAR NEGARA DAN PARA PELANCONG.. WALAUPUN SAYA TAK TAU, TAPI SAYA BERNIKAN DIRI UNTUK TUJUAN BELAJAR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelancong luar negeri lebih memahami masalah kita dari orang kita sendiri ..

      Delete
  6. Assalamualaikum Tuan Haji..

    masa sekolah dulu saya berada di dalam kelompok yang sama dengan tuan, tapi bila dah menjelang maghrib ni, saya dah termasuk dalam kelompok yang ketiga pulak...
    tapi saya rasa saya boleh berubah bebila masa sebab dah ada asas heh heh heh..

    bab kena perli bila berbahasa Inggeris tu dah jadi pakaian kat saya...tapi saya tak kisah, saya hentam jugak...selagi saya tidak mencarut dan memaki hamun orang secara peribadi tu cukup la...kalau malu mencuba, sampai bila pun saya takkan bergerak...saya boleh ambik kelas belajar tapi saya tak fikir yang saya begitu terdesak...

    saya setuju dengan luahan bicara tuan di atas tu...kadang tu ada orang menyampah bila dengar orang lain berbahasa Inggeris, konon tak mendaulatkan bahasa ibunda tapi kita terjumpa dia ber "I-YOU"-"I-YOU" di blog orang lain...saya tak memperlekehkan bahasa ibunda tapi tidak la sampai nak memperlekeh bahasa orang lain...mana-mana perlu, kita gunakan la...wlp Bahasa Arab tu dikatakan bahasa syurga tapi semua bahasa adalah milik Allah swt juga...DIA yang menciptanya...

    kalau tak, kesian la pada bangsa lain yang berugama Islam tapi tak pandai berbahasa arab, cuma sebut masa mengaji alQuran dan dalam solat jer...sebab Allah tak faham bahasa kita dan mereka...kan?

    kpd orang Melayu yang fasih berbahasa Inggeris dan memandang kokak pada bangsa Melayu lain macam saya ni, ucapan saya ialah, "kalau tak disebabkan kebodohan aku ni maka orang takkan nampak kepandaian engkau"..jadi bersyukur la bila ada orang yang lebih bodoh dari anda kerana dengan itu anda kelihatan lebih pandai. Kalau dah semuanya pandai, nanti anda tenggelam pulak....

    biasa la saya ni Tuan Haji...emo jer lebih...hick!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      saya setuju dengan penadapat awak .. kepada orang Melayu yang bagus BI dan memperlekehkan orang Melayu lain yang tidak bagus BInya, komen saya sama seperti yang saya berikan kepada Afeezz di atas .. " mereka itu cemerlang dalam subjek BI dan gagal dalam subjek adab sopan dan budi pekerti"

      Delete
  7. Saya kelompok kedua. Dulu saya masih boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, tapi lepas mula bekerja, penguasaan Bahasa Inggeris saya merosot dek kerana bahasa tersebut tidak digunapakai.

    Bahasa melayu pula digunakan secara meluas di tempat kerja menjadikan saya makin elok berbahasa Melayu, sehinggakan saya gemar memanipulasi perkataan menjadi dua maksud...

    Eh,faham ke apa yang saya taip ni...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham .. saya tiada masalah dengan kelompok ke 2 atau ke 3.

      Delete
  8. Salam kenal dr sy. Terpanggil pulak nak tinggalkan jejak. Sy tidak kisah masalah pandai BI ke tidak. Tp rasa pelik dgn perangai manusia yg komen dgn kata2 kesat dan sumpah seranah. Padahal meninggalkan komen maki hamun tu dah menyerlahkan siapa diri si pengomen berkenaan. Rasa diri bagus tp mentaliti dan adab jatuh bawah tapak kaki sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga dari saya.

      terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak. saya setuju sangat dengan komen awak ni. mereka tu sombong tak kena tempat.

      Delete
  9. Oh my English... oh my gucci!

    Saya suka program tu, secara tidak langsung improve kan English saya dan ramai penonton lain. Amatlah kesal bila orang cuba menunjukkan dia pandai, sedangkan dia sendiri masih di tahap bodoh. Aduhhh...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, saya pun suka tengok gelagat mereka dalam Oh My English tu. Bahasa Korea pun ada juga terbelajar dari episod tu.

      Delete
    2. AA. kesian dia .. gagal matapelajaran budi bahasa.

      Delete
  10. Kepada pengkomen dalam entry di atas, dia boleh diibaratkan sebagai, "the pot calling the kettle black".

    Saya pun sebenarnya tak suka kalau mencampur-adukkan BI dengan BM. Bagi saya kalau nak berbahasa Inggeris, buat satu ayat semua Bahasa Inggeris, begitu juga dengan Bahasa Melayu. Tapi saya pun kadang kala teralpa juga, ye la terlupa perkataan apa dalam BM, senang nya buat aje dalam BI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 saya terpaksa juga kerana hakikatnya ada perkataan dalam BI yang lebih sesuai dlm situasi tertentu. Misalnya perkataan 'buka atau pasang kipas' dengan 'on kan' kipas ... saya pilih guna perkataan 'on' sebab kalau guna perkataan 'buka atau pasang' kemungkinan akan dipermainkan orang.

      Delete
    2. betul, dan sangat annoying bila dipermainkan dalam hal tersebut.

      saya tak tahu kata lain untuk annoying dalam BM, dan lagi saya rasa annoying lebih sesuai digunakan dalam ayat saya.

      Delete
  11. salam pak ngah... saya di kelompok 2...

    itu hari saya ade presentation projek master ...
    dengan bahasa inggeris yang berterabur....
    pensyarah tu cakap... better you came to under grade presentation to improve your presentation .. see how they present... not like you..!!..

    saya diam... dan prefer jawab dalam bahasa malayu yang mudah saya terang kan... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      belasah je cakap dlm BM ini kalau pensyarah tu boleh faham BM !

      Delete
  12. Aina ni di kelompok ke dualah kot. Kat opis ni biasanya Aina cakap ja BM kalau dok borak2 dengan umat yg berpayung di bawah Jalur Gemilang walaupun depa tu cakap BI.

    Kadang2 Aina cakap jugak BM dengan bos Mat Saleh tapi macam biasa dia akan gelak dan kata 'Saya faham apa awak cakap'. Org kita sibuk nak cakap BI dan ada juga yg lahir dan membesar dan berkerakyatan bumi bertuah ini tak fasih BM tp rambut putih 2-3 tahun duduk sini boleh cakap BM. Ada teman sekerja datang dari India 1-2 tahun dia fasih cakap BM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya percaya BM akan terkembang ke sebahagian besar nanti .. dibawa balik oleh pekerja2 dan pelajar2 dari Nepal, Bangladesh, Pakistan, Afrika, Arab dll.

      Delete
  13. Eka pun dalam golongan nombor dua.

    EKa bukan tak boleh berbahasa inggeris, tapi kadang kurang keyakinan untuk menulis. Kot2 salah ke kan. Grammar tunggang langgang. Hehehehe

    Kadang sedih tengok orang mengutuk2 camni. Orang luar beria nak belajar bahasa kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang keyikanan itu berpunca dari orang2 yang tak beradab seperti Hussan Musa di atas.

      Delete
  14. kelompok 2..tapi macam saya sendiri, ketika bekerja saya lebih senang menggunakan bahasa inggeris apabila berkomunikasi dengan pesakit/kawan2 kerana term2 penggunaan adalah lebih mudah dan ringkas. Namun buat saya , bahasa Melayu tetap ibunda apabila keluar dari tempat kerja.

    dan memang betul pendapat encik, mereka yang memberikan komen2 negatif tu semua tak wajar..patut kita saling memberikan sokongan kepada peguam melayu tersebut, selain memartabatkan bahasa melayu kita sendiri c:

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sedar dan saya juga orang yang pragmatik .. cuma saya kesal dengan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh mereka yang kononnya terdidik dalam BI.

      Delete
  15. bagi saya sebenarnya mereka nie tak sedar diri...mereka lupa bahawa sa-nya sebelum mereka cerdik mereka juga pernah bang**g...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yang tak sedar diri ini patut disimbah dengan air penawar Ust Halim je .. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.