Pada saat usia menjelang 60 tahun ini, saya berhasrat untu mengurangkan aktiviti berblog kerana ia sangat memakan masa dan memenatkan. Akan tetapi sebagai orang tua, rata-rata mereka memang suka bercerita. Kadang-kadang dia tak kisah pun ada orang dengar atau pun tidak. Jadi saya akan teruskan membuat entri bila ada benda yang ingin saya ceritakan.
Namun begitu saya merasa sedih dan terkilan kerana tidak punya banyak masa untuk ziarah blog anda semua dan kadang-kadang komen anda pun, lambat atau langsung tak sempat nak balas. Kalau nak marah atau berkecil hati dengan saya, marahlah. Memang patut pun.
Sekali sekala terdapat suntikan semangat untuk terus berblog bila mendapat tahu ada orang yang meminati entri-entri kita, seperti komen di bawah.
.
Bagi menjawab solan Saiful itu (kerana dia tak ada blog dan fesbuk untuk saya menjawabnya secara terus dengan dia), saya ada 5 orang anak. Yang sulung dan kedua adalah perempuan. Ketiga - lelaki. Keempat - perempuan dan yang ke - 5 atau yang bongsu adalah lelaki. Tiga anak yang pertama sudah bekerja dan berumah tangga dan tinggal berasingan, manakala yang ke 4 dan ke 5 masih lagi bersekolah dan tinggal bersama saya.
Terima kasih Saiful (saya harap dia baca entri ini) kerana bertanya dan sudi membaca entri-entri lama Pakngah. Teruskan. Kalau elok jadikan tauladan dan kalau tak elok, usah pedulikan. Hahaha.
Assalamualaikum bang.
ReplyDeleteRamai yg terpaut membaca blog abg ni kerana banyak unsur nasihat, jenaka dan adakalanya sindiran. Otai macam abg ni memang banyak pengalaman. Tambahan pula abg dah berkelana hampir ke serata dunia.
Saya harap abg dapat teruskan berblog
insya-Allah .. terima kasih atas kata-kata semangat itu .. jika awak ada entri tertentu yang nak minta abang komen, silalah tarik perhatian abang melalui pelbagai saluran media yang ada.
DeleteSaya pun terpaut kat blog Pak Ngah sejak lama dulu seperti kata YB 'org lama yang banyak pengalaman' jadi banyak jugaklah org separuh muda macam saya nak kutip jadikan pedoman.
ReplyDeletenasib baik hanya terpaut kat blog sahaja .. hehe.
Deletenak tanya .. kalau separuh muda, separuh lagi tu apa ?
saya suka gaya penulisan pakngah dan suka tgok foto2 yg di muatkan. suka tgok manisnya makngah jugak.
ReplyDeleteterima kasih cikgu .. saya juga suka tengok foto2 (lama) makngahnya .. hehe.
Deleteterima kasih pakngah!
ReplyDeleteyg paling menarik perhatian saya ialah kesederhanaan dalam pakngah merencana setiap entri seiring dengan tema blog ini iaitu 'komensen'. topik yg dicoretkan adalah pelbagai, termasuk politik dan agama - tetapi ia mudah dicerna oleh pembaca baru seperti saya kerana tulisan tidak menjurus kepada sikap fanatik tak tentu hala. eh...rasa macam ambil teks dari ucapan hari merdeka pulak.
bila saya baca balik persoalan dalam komen yg pakngah paparkan tu, dah memang tak de common sense - ada ke pulak panggil dua orang anak sendiri guna nama sama! hehehee....tak lawak...tak lawak...selepas membaca beberapa entri pakngah seterusnya, saya turut menemui jawapan. jadi kalau mengikut turutannya selepas kakak sulung(p) ialah kakngah(p), as(l), ifa(p) dan iqal(l). entri pakngah hari ini mengesahkan jawapan tersebut. apa pun terima kasih sekali lagi kerana memberi respon dalam post khas sebegini.
saiful
sama-sama.
Deletewah .. nampaknya awak dah hafal nama-nama anak pakngah .. mengagumkan .. cuma yang sulung tu kita panggil 'Ayong' sebab dalam keluarga kami dah ada panggilan Kak Long dan Kak Embong.
wewit...
ReplyDeletepakngah ada secret admire...
haha.
memang buat sementara waktu ini pakngah tak kenal lagi identitinya ..
Deletefrankly speaking, your entries always inspire me...
Deletesaya orang muda baru belajar, sile beri tunjuk ajar
:)
wah.. ada peminat tuh.. besh apa entry pakngah.. sy suka baca.. so teruskan menulis pakngah..:)
ReplyDeleteinsyaallah saya akan teruskan selagi mampu dan ada masa .. terima kasih atas sokongan yana.
Deletekalau rasa tak byk idea..Tn Hj boleh kurangkan blogging tapi kalau rasa idea datang mencurah-curah...Tn Hj lebihkan lah blogging tu. Yang pasti Tn Hj punya gaya penulisan (tulis?) tersendiri..dan ada peminat-peminat tersendiri.
ReplyDeletealhamdulillah kerana masih ada orang yang sudi membaca tulisan (taipan ?) saya .. idea tu sentiasa ada tapi masa untuk menulis yang kurang.
DeleteTakper Pakngah... saya tak berkecil hati pun asalkan Pakngah terus menulis kat sini. Ada jugak sumber hiburan bermanfaat kepada kami semua, lagi pun... adat la kan kami yang muda melawat yang lebih tua :D
ReplyDeleteseronok dengar kata2 orang jauh yang masih tebal dengan adat budaya ..
DeleteADA YANG MENGAMBIL BERAT.. :)
ReplyDeleteFairus juga begitu ,, sentiasa singgah dan memberikan komen. Terima kasih.
DeleteBetul ke semenjak dua menjak ni saja suka bercerita dan banyak idea. Biasanya orang yg suka bercerita ni mmg dah sikap semulajadinya suka membuat orang lain terhibur dengan celotehnya. Dan saya percaya keistemewaan tu tak akan pudar sampi bila-bila.
ReplyDeleteterima kasih atas kepercayaan awak itu .. nampaknya saya akan terus menulis (meleter) selagi terdaya.
Deleteterima kasih atas kata-kata motovasi yang memberangsankan itu .. terusakan mengomen .. hehe.
sy suka bila org2 lama bercerita....
ReplyDeletepengalaman pakNah dah byk dlm hidup ni.... kami y x brp lama ni kena la amik tau. kadang tu x dpt kat lain ilmu hidup y mcm tu... melalui penceritaan org lama je la...
igt lagi arwah pak ngah sy bercerita kisah buat jalan keretapi maut n sengat ikan keli zaman jepun dulu.... ternganga2 mndengar... hehe
kalau begitu .. insya-Allah saya akan terus bercerita .. terima kasih.
Delete"Kalau tak elok, usah pedulikan." Saya suka ayat ni berbanding "Yang buruk dijadikan sempadan."
ReplyDeleteSaya berbeza pula, lebih suka baca blog orang lain berbanding kemaskini blog sendiri.
klau tulisan itu boleh membawa kebaikan..teruskan menulis,...bukankah mata pena itu lebih berbisa dan berkesan dari mata pedang
ReplyDelete