Monday, September 9, 2013
ADAKAH ANDA PANDAI BERGAYA ?
Ini adalah entri ringan di pagi Isnin. Hanya untuk suka-suka. Jangan pula ada yang meroyan membacanya.
Semalam ada kenduri di rumah saya. Seronok dapat berjumpa sanak saudara dan sahabat handai yang datang dari jauh dan dekat. Tapi macam biasa, tuan rumah tetap merasa terkilan kerana tidak mampu hendak mengundang semua dan tidak berkesempatan untuk bersembang dengan lebih lama dengan setiap tetamu.
Hari ini sambil melayan keletihan, saya melihat gambar-gambar tetamu yang datang berkunjung. Selepas melihatnya, saya menggolongkan mereka (dalam konteks bergambar) kepada 4 golongan iaitu:
Golongan 1. Ada orang tu tak berapa cantik tapi kelihatan cantik sebab pandai bergaya.
Golongan 2. Ada orang tu memang cantik dan bertambah cantik kerana pandai bergaya.
Golongan 3. Ada orang tu memang cantik tapi kelihatan tak cantik sebab tak pandai bergaya.
Golongan 4. Ada orang tu tak berapa cantik, bergaya macamana pun tetap kelihatan tidak cantik.
Sesungguhnya saya yakin dan percaya bahawasanya, saya berada dalam Golongan ke 4 itu. Hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada lak org tu cantik, gaya pun cantik, tapi bilo makan mulut copak terus tak senonoh jadi eh. Kihkih
ReplyDeletetapi saya samalam terperanjat tengok kecantikan awak .. tapi sayang masa tu tengah sibuk sangat di waktu puncak .. tak sempat nak merakamkan gambar. ish ish .. terkilan boto sey.
Deletehuhuhu.
ReplyDeletecantik budi bahasa paling utama
:)
betullah tu .. tiada siapa menafikannya.
DeleteCantik atau tidak .... sederhana itu dpt memperlihatkan kecantikan dan keikhlasan...bila ikhlas berpakaian kerana Allah SWt ... bukan utk di puji manusia .. kesucian itu lebih terserlah.......
ReplyDeletemungkin awak tak perasan tulisan saya dalam kurungan itu, yang dengan jelas menyatakan bahawa penggolongan itu dalam konteks bergambar sahaja .. saya salinkan seperti di bawah untuk perhatian khusus awak:
Delete... "Selepas melihatnya, saya menggolongkan mereka (dalam konteks bergambar) kepada 4 golongan iaitu:"
tapi tuan haji pandai bergaya dpn kamera... gambar semua cantik2 belaka...dari dulu sampai sekarang...
DeleteMERENDAH DIRI PULA PAK NGAH.. HANSOME DAN BERGAYA APE.. :)
ReplyDeletekalau dah begitu pandangan awak, saya terima je lah .. hehe.
Deleteaye golongan kelima - tak cantik dan tak pandai bergaya... boleh? :D
ReplyDeletesaya tak percaya selagi tidak ditunjukkan buktinya ..
DeleteSaya juga dalam golongan ke 4. :)
ReplyDeletesaya bangkang !
Deletemerendah diri betul ye
ReplyDeletejemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com
saya dah follow blog ni
terima kasih kerana sudi follow blog saya dan saya pun sudah berbuat demikian.
Deletepakngah tuh ensem sgt tau..
ReplyDeletetak bole puji lebey nnt makngah majok..
hihihihi
itu pun sudah banyak lebey ..hihi
DeleteSalam Bang,
ReplyDeleteAlaaa abg ni merendah diri pulak. Tengok daripada gambar di atas tu abang ni dlm golongan ke2 tu
salam kembali
Deleteabang ikut jelah kata awak ... malas nak gaduh-gaduh. hehe
Tapi mak ngah he totap dalam golongan keduo..selamo e
ReplyDeleteyo ko ... tapi takkanlah selamo e.
Deletetakdo makno ea PakNgah digolongan ke ompek doh.. somalam bawah sikit ye ensem ea dari pengantin tu
ReplyDeleteumang ai .. tapi pengantin tu anak sey tu !
Deletebidadari kiri kanan masih kategori 4 ke uncle...nasib baik saya yang no 3.hehehe...up skit dari uncle
ReplyDeletemereka tu kompom golongan ke 2.
Deletesemua nya cantik2 dan molek2 belako
ReplyDeleteterima kasih bagi pihak mereka ..
DeleteSaya golongan ke4...tak cantik, tak pandai bergaya dan kalau cuba bergaya, lagi lah tak cantik!
ReplyDeleteOBJECTION !
DeleteJanganlah Pak Ngah merendah macam tu sekali..
ReplyDeleteSedih aje kalau Mak Ngah dengar sebab dah segak bukan main:)
ada orang kata, hati isteri lebih tenteram mendapat suami yang tidak berapa segak .. agaknya hati makngahnya tentu tenteram.
DeleteYang kurik itu kundi,
ReplyDeleteYang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
terima kaseh Pak Ngah jemput kami ke majlis kenduri ni...
;) ...
chop sape kata pakngah golongan ke 4... ?!.. pak ngah masih lagi golongan ke 2 tu.. ngee..
CPL, ku rasa macam kenal aje awek di sebelah kanan tu.
Deletehi pakngah, saya datang rumah ni. hehe.
terima kasih juga kerana sudi menerima jemputan ..
Deleteawak kompon nombor 2 sebab nama pena pun cikpuanlawa !
Pak Ngah jer yang fikir Pak Ngah yg nombor 4, tengok komen atas ni rata-rata tak setuju, termasuk saya :D Mujur ada kategori saya jugak, iaitu nombor 3. Hehehe
ReplyDeletesebenarnya pakngah tak pernah tengok gambar awak yang jelas lagi .. buat sementara waktu pakngah percaya awak di golongan 2.
Deletecantik ke tak cantik sy tetap terkilan sebab tk dapat bergambar mcm En Hamzah bergambar bersama2 diva2 kat atas tu hehe
ReplyDeletesaya segan juga sebenarnya .. tapi atas permintaan anak-anak, saya tak sanggup menghampakannya.
DeleteSaya tetap cantik di mata sendiri mata org lain tak tahulah pulak tapi rasanya dok tang no 4 jugak le Pak Ngah.
ReplyDeleteRugi saya kerana telah terlupa ada jemputan pada majlis tersebut. Lupa pulak nak set kat hp almaklumlah sejak uban sehelai dua dah menapak kat kepala banyak benda yg cepat lupa.
Saya? Jeles tengok gambar kat atas tu.
kalau uban baru sehelai dua pun dah lupa, bayangkanlah tahap kelupaan pakgah yang sudah penuh uban di kepala nih.
Deletebetul tu,ada org tak cantik tp pandai bergaya
ReplyDeletesbb tu cantik itu subjektif
hakikatnya memang ada orang yang fotogenik ..
Deletetak kesah la esey nie masuk golongan mano...yang sey tau masak lomak kambing semalam tu memang CHANTEEKKK...hehee
ReplyDeletemaaf tak dapat berlama-lamaan sebab ada temu-janji lain yang perlu dipenuhi...
semalam tu bukan kambing tapi lombu .. memanglah awak nak copek nampaknya sampaikan kambing dengan lembu pun dah tak perasan. hehe.
DeleteSaya pula tidak tergolong dalam mana-mana golongan sebab saya hensem, bukan cantik... Hehehe...
ReplyDeletesaya terimalah apa yang awak kata itu sebagai benar .. hehe.
DeleteHehehe...
DeleteSalam Pakngah..
ReplyDeleteUmmi dalam kategori pertengahan, cantik tidak tak cantik pun tak, tapi selalu berasa diri cantik kerana suami kata Ummi cantik....cantik itu anugerah Tuhan, tak cantik tapi cantik budiny adalah cantik di mataNYA,...Ummi ada dalam kategori salah satu, dan ianya biarlah rahsia...hehe
salam kembali.
Deletekalau orang berahsia tu maknanya dia dalam golongan 2.
Artikel yg buat semua org tersenyum
ReplyDeletealhamdulillah .. memang itu pun tujuan saya.
DeleteBeauty is in the eye of the beholder.
ReplyDeletememang itulah yang selalu diungkapkan orang ramai sejak dulu lagi ..
DeleteLaaaa Pak Ngah... ni lah orang lelaki.. bahaya... suka menghati orang....
ReplyDeletememang pakngah suka memerhatikan orang ..
DeleteYe ke x cantik? Saya nampak uncle segak bergaya
ReplyDeleteuncle malas nak gaduh-gaduh dengan awak .. apa kata awak, uncle terima je lah.
Delete