Friday, September 20, 2013

ADUH ENGGAK SESUAI (AES)

Pada hujung tahun lepas, saya ada sentuh AES yang saya kononkan bermakna  Adakah Engkau Setuju di entri ini. Di entri tersebut saya menyatakan rasa tidak setuju dan tidak praktikalnya AES ini dan menjangka ia akan menjadi gajah putih. 

Semalam melalui laporan di dalam akhbar The Star, kita diberitahu bahawa syarikat yang bertanggungjawab memasang dan mengoperasikan sistem itu  telah diambil-alih oleh syarikat milik kerajaan - AES Solution Sdn Bhd.  Dan kerajaan terpaksa membayar sekian banyak pampasan kepada syarikat pemilik AES sebelum ini. Beruntunglah mereka !

Ini satu lagi contoh tindakan penswastaan yang setengah masak. Kita semua tahu bahawa bukan semua 'barangan' yang boleh diswastakan. Dalam perbincangan akademiknya dikatakan hanya 'private goods' sahaja yang sesuai dan boleh diswastkan. Manakala 'public goods' patut diletakan dibawah tanggung jawab pemerintah. Sebelum itu saya minta maaf sekiranya saya tersilap dalam mengulas subjek public dan private goods ini kerana ianya sudah hampir 30 tahun saya pelajari semasa membuat kursus di peringkat sarjana dulu.  Dalam hal ini saya lebih setuju mengatakan bahawa AES ini merupakan public goods kerana ia melibatkan aspek penguatkuasaan undang-undang. Contoh-contoh public goods adalah seperti hal ehwal pertahanan, keadilan, alam sekitar, penguatkuasaan undang-undang dan seumpamanya.

Di samping itu juga kita juga diberitahu bahwa saman yang dikeluarkan hanya sebanyak RM150 sahaja berbanding dengan RM300 sebelumnya. Berita ini tentulah disambut dengan gembira oleh mereka yang telah menerima saman tetapi masih belum membayarnya. Pada masa yang sama, keputusan ini akan sangat menyakitkan hati pemandu yang telah membayarnya. Seolah-olah mereka yang tidak patuh dengan undng-undang diberi diskaun 50% dan sebaliknya.


Keratan akbar The Star mengenai pengumuman kadar asas saman yang baru dan pengambil-alihan syarikat konsesi - The Star, 19 September, 2013.
 
Itu sebab kali ini akronim AES saya tukar dan kononkan bermakna Aduh Enggak Sesuai. Setuju tak ?



7 comments:

  1. boleh tukar kepada Ada Elok Simpan ? :D

    ReplyDelete
  2. Setakat ini 'Aku Enggak Susah' sebab belum pernah langgar jadlaju dan belum pernah kena saman berkenaan benda tersebut....:)

    ReplyDelete
  3. Aku Enggak Sugeh.

    dah banyak kali kena (tapi bukan AES) speed trap, RM150 each. tapi setakat ini kalau dah lepas enforcement date pun, rate masih lagi RM150, tak pernah pulak dinaikkan lagi.

    morale of the story, setiap 2minggu check saman online dan jaga speeding.

    ReplyDelete
  4. PERLU MENGAMBIL PENGAJARAN DAN IKTIBAR DARI APA YANG TELAH BERLAKU.. LAIN KALI SEBELUM BUAT APA-APA KEPUTUSAN, PERLULAH MENGKAJI SEDALAM-DALAMNYA SEBELUM DILAKSANAKAN.. APA-APAPUN, SAYA SOKONG AES DILAKSANAKAN TETAPI ISU DALAMAM YANG MEMBUATKAN IANYA TIDAK DISUKAI RAMAI..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.