Thursday, September 19, 2013

ADA HARINYA SEMUA TAK MENJADI.

Kadang-kadang pada hari tertentu, apa yang kita buat semuanya tak menjadi. Misalnya bila kita lalu sesuatu jalan, semua lampu trafiknya sebaik kita sampai je bertukar merah. Dan ada harinya pula, bila kita sampai je hijau, sampai je hijau.

Beberapa hari lalu saya ingin memperbaharui cukai jalan kereta Makngahnya. Sebelum itu kenalah ambil insuran. Sampai kat kedai jual insuran, petugasnya tidak ada. Pergi mesyuarat kata budak yang jadi penunggu kedai.

Sebelah petangnya saya pergi semula. Barulah petugasnya ada. Kemudian selepas selesai urusan insuran,  saya pergi Pejabat Pos kat Centre Point, Seremban.  Pejabat tu terletak di tingkat 2. Cadangnya nak naik lif, tetapi lif pulak sedang dibuat penyenggaraan.

Gambar 1: Kenapalah hari ini sangat dia orang nak buat penyenggaraan. Esok tak boleh ke ?


Kemudian saya beralih untuk menaiki eskalator, menatang tu pulak tidak bergerak. Kerana tiada pilihan, terpaksalah saya menapak naik.

 
Gambar 2: Eskalator yang tidak berfungsi. Untuk makluman, budak perempuan dua orang tu bukanlah anak saya !

Sesampainya di pejabat pos, saya diberitahu tahu oleh petugas, talian JPJ 'off-line' dan dinasihatkan untuk pergi membuatnya di JPJ. Sekali lagi saya terpaksa menapak untuk  turun.

Besoknya saya pergi ke JPJ Seremban untuk menyudahkan kerja yang belum selesai. Nasib baik JPJ tidak pindah pejabat.
 
Pernah juga saya mengalami hari yang semuanya menjadi seperti terakam di entri ini. Saya percaya anda juga pernah mengalami kejadian yang serupa.  Kan ?


 

27 comments:

  1. Biasalah tu pakngah.Ada harinya, waktunya dan saatnya apa yang kita buat serba tak kena. Selalu terjadi dekat saya…

    ReplyDelete
  2. Pasal lif tu kan Pak Ngah, Pak Ngah kata "Kenapalah hari ini sangat dia orang nak buat penyenggaraan. Esok tak boleh ke?"

    Itu ayat Pak Ngah. Mana tahu esok ayat orang lain pulak. Lusa, ayat orang lain pulak. Kalau diambil kira ayat semua orang, saya rasa sampai bebila pun lif tu tak kan dibetulkan. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga cakap awak tu .. tapi manalah tahu orang lain mungkin tak cakap cenggitu.

      Delete
  3. Assalamualaikum Pak Ngah,
    Saya peminat blog ni, sentiasa tertunggu-tunggu entry terbaru dari pak Ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      saya sangat gumbira dan berbesar hati kerana rupanya saya ada peminat senyap selama ini.

      terima kasih banyak-banyak.

      Delete
  4. Hari Allah nak menguji kesabaran kita tu Pak Ngah.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Ngah..

    selalunya saya.. kalau bermasalah... dia akan datang bertimpa2 dalam satu masa... secara tiba2...

    ;) ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      macam traffic light yang kesemuanya merah bila kita lalu ..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hahahhahaha.. Sabo Pak Ngah sabo. kita semua ada hari hari yang rambut jahat.
    Contohnya macam saya... pergi sana orang belanja makan, pergi sini orang belanja minum, pergi sinun saya belanja orang minum.. haa gitu

    ReplyDelete
  8. kalau saya biasanya kalau permulaan hari tu dah macam2 hal, berlanjutan la 1 hari dgn hal2 yg memeningkan kepala. sebab tu kalau awal pagi mood dah kelaut jadi malas nak buat apa2. nanti ada je tak kena semua benda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tak dapat nak elak .. kena buat juga kalau tidak, tak boleh memandu tanpa insuran dan cukai jalan ni.

      Delete
  9. Ha ah Pak Ngah, kadang-kadang camnilah. Masa kita nak berurusan la semua benda buat hal.

    ReplyDelete
  10. Tips bang...sblm pegi semua2 tempat tu biasa sy google dulu no, call tanya. Post off kat ocean mmg salu offline tp best sbb x ramai org. Skang kedai makan pun sy amek no talipon. Katakan nak pi makan chinese food kat s2 kena call dulu tanya bukak ke x. Sbb dah salu naaaa kono buang maso buang tenago buang minyak. Nak2 lak minyak dah naik ni kan. Huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat juga awak kenen minyak dah naik .. hehe.

      memang elok kalau kita goggle atau telefon dulu .. tapi abang tidak berdisiplin macam awak.

      Delete
  11. timo kasih..baco n3 ni baru tau..kek Centre Point tu ado pejabat pos..kato Tijah tak ramai orang..sonang la nak berurusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kat situ tak ramai orang sebab letaknya tercorok .. saya memang gemar berurusan kat situ.

      Delete
  12. bukan hari untuk bayar insuran

    :)

    ReplyDelete
  13. hahaha...agak2nya apa ayat yg terkeluar atau terucap masa tu?
    redha? Alhamdulillah...heheh bukan senang nak dpt pahala redha tu tuan..

    ReplyDelete
  14. saya terpaksa baca entri ni dengan nada geram..maaf ye uncle =)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.