Thursday, September 26, 2013

TAKKAN BAHASA MELAYU LENYAP DI DUNIA !


200 bahasa lenyap di India. Berita Harian 8 September 2013.


Saya sikit pun tidak khuatir akan kedudukan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu  tidak akan lenyap di Malaysia kerana keupayaan dan keghairahannya menyerap dan meMelayukan Bahasa Inggeris. 

Misalnya perkataan permaidani sudah janggal disebut dan kita lebih selesa menyebut karpet. Rumah sakit sudah jarang kedengaran digantikan dengan hospital. Perkataan bajet dah sedap diucapkan berbanding belanjawan. Perkataan perlahan pun dah tak ramai yang gunakan kerana lebih biasa dengan perkataan slow

Lama kelamaan Bahasa Melayu kita akan  bertukar menjadi Bahasa Inggeris jelmaan atau jadi-jadian.  Macam rupa orang yang sudah membuat 20-30 kali pembedahan plastik, dia masih dia tapi sudah sukar untuk dikenali. 

Cuba anda perhatikan perkataan-perkataan berikut yang telah di Melayukan. Saya kutip perkataan-perkataan tersebut dengan menyelak hanya beberapa muka,  surat khabar Berita Harian yang menyiarkan berita di atas.  Adakah kita tidak punya istilah atau ketandusan perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu untuk  menggantikan perkataan-perkataan tersebut ?

delegasi - lokasi - dedikasi - infrastruktur - polis - lokap - hospital - karpet - informasi - polisi - struktur - utiliti - projek - moderator - evolusi - fokus - objektif - subjektif - media - aspek - subsidi - agenda - fasa - potensi - identiti - suspek - sektor - strategi aset - komuniti - komersial - materialistik - logik - inovasi - komitmen - misi  - konflik - premis - implikasi - aksi - operasi - elemen - insiden - kategori - skuad - isu - deposit - glamor - karier - status - personaliti - logik - fungsi - aktif - kanser - risiko - imunisasi - individu - idola - promosi - konsep - program - episod - skop - kreatif - motif - fenomena - karakter - efektif - selebriti - aplikasi - krisis - hipokrit - fantasi - gosip - produk - spekulasi - dialog - mentaliti - promosi - solidariti - final  .....

Saya tiada masalah jika kita mahu mengambil dan meMelayukan bahasa Inggeris atau bahasa apa sahaja sekiranya perkataan itu tidak ada atau belum ada dalam Bahasa Melayu. Misalnya nama basikal yang telah sebati dengan Bahasa Melayu adalah dari perkataan Inggeris bicycle walau pun orang kampung isteri saya masih ramai yang memanggilnya gerek. 

Maka berbulu telinga saya bila tv mengumumkan akan buat siaran secara live perlawangan akhir bola sepak Piala Malaysia, sedangkan kalau buat siaran secara langsung apa salahnya?



19 comments:

  1. Kita lebih mengagumg-agungkan bahasa asing berbanding bahasa ibunda kita. Tak mustahil suatu hari nanti bahasa Melayu juga akan pupus sepertimana yang berlaku di India, bukan terhapus disebabkan tidak digunakan, tetapi terhapus dek kerana serapan bahasa asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yakin Bahasa Melayu tetap akan wujud dan tidak mati kerana keterbukaanya menerima bahasa asing.

      Delete
  2. sebab itu "matapelajaran" Bahasa Melayu di tukar namanya kepada 'SUBJEK" Bahasa Malaysia. Tapi...selagi imigran Bangladesh, Myanmar, Nepal sanggup belajar berbahasa Malaysia..bahasa Melayu tu tak akan lupus ditelan masa..walaupun masih tinggal serpihan-serpihan sahaja. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa Melayu akan sentiasa berwajah baru selaras dengan peredaran zaman ..

      Delete
  3. dulu masa sekolah cikgu selalu pesan. kalau nak mahir bahasa tu selalu la baca surat khabar melayu & tengok berita melayu. sama juga dgn bahasa inggeris buat camtu juga kalau nak mahir. tapi masalahnya memang tatabahasa & perbendaharaan kata berita tv & surat khabar sekarang tak macam dulu. memang banyak terang-terang salahnya. sepatutnya penulis & pembaca berita kena cari yg bahasa melayu dia dalam kategori cemerlang. risau juga nanti anak2 belajar dari sumber yg tak betul (padahal anak pun belum ada tapi risau la juga). komen saya ni pun bahasa melayu memang sahih tunggang-langgang juga ejaan tak betul (-.-). atau lepas ni kena komen ikut bahasa melayu sebenar termasuk tatabahasa yg betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik Huda Qamar...cuba cari perkataan asal dalam Bahasa Melayu ----> kategori dan komen :D

      Delete
    2. maaf... tak tapat tangkap maksud. dah berbelas tahun tinggal alam sekolah =(

      Delete
    3. kategori tu 'adaptasi' dr perkataan Inggeris -->category dan komen dr perkataan ---> comment. Kedua-duanya telah dimelayukan. Saya sendiri tak pasti untuk terjemahkan kedua-dua perkataan ini dalam bahasa Melayu itu sendiri. Dalam ertikata lain..suka ataupun tidak..untuk memudahkan bual bicara, kita harus juga gunakan perkataan-perkataan Inggeris yg dimelayukan.

      Delete
    4. sebenarnya ada perkataan Melayunya bagi kategori dan komen .. kalau kita baca buku "Hikayat Hang Tuah" misalnya, kita tidak berjumpa kedua-dua perkataan itu. Tapi ini tidak bererti perkataan yang bermaksud 'kategori' dan 'komen' tidak ada di dalamnya. Mungkin pengarangnya menggunakan perkataan 'kelompok atau kumpulan' bagi kategori dan 'ulasan' bagi komen. Dan kita tidak ada masalah pun memahaminya.

      Delete
  4. Istilah perkataan dan nahu bahasa yang digunakan bergantung kepada penggunaan penuturnya masa kini.
    Sebagai penulis blog, apa kata kita menulis dengan tatabahasa Bahasa Melayu yang tepat dan penggunaan perkataan yang asli sebagai salah satu sumbangan memperbetulkan kembali kecelaruan bahasa yang berlaku terutama di kalangan generasi muda ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah buat kempen supaya setiap bulan pada 15hb kita menulis di blog (dan juga di facebook) dengan betul .. tapi tak berapa mendapat sambutan. Jemput lihat entri ini ..

      http://al-lavendari.blogspot.com/2012/02/marilah-kita-berbahasa-melayu-dengan.html

      Delete
  5. bahasa kita ni dah makin kurang guna,,kalau melayu pun ckp omputih,takkan bangsa lain nak cakap guna bhs kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali .. tapi ramai juga orang bukan Melayu yang lebih suka dan fasih berbahasa Melayu ..

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.