Friday, September 13, 2013

KISAH SEDIH SEORANG PEMBUAT LABU SAYUNG.


 Contoh labu sayung hasil carian Google.


Tersebutlah kisah seorang pembuat labu sayung yang sangat gigih. Dia diperintahkan oleh Raja untuk membuat labu sayung mengikut spesikasi yang telah ditetapkan. Antaranya tidak boleh retak atau sumbing di mana-mana dan jumlahnya tidak boleh kurang dari 17 biji sehari semalam.  Sang Raja tidak pula memberitahu bilakah dia akan mengambil labu-labu sayung yang telah dibuat itu. Selepas 60 tahun barulah Sang Raja melihat dan menilai labu-labu sayung yang telah buat.

Setelah dibuat penilaian satu persatu, didapati tiada sebiji pun labu sayung yang telah dibuat dan tersimpan sejak sekian lama itu yang sempurna. Setiap biji ada sahaja cacatnya di sana sini. Akibatnya semua labu sayung tersebut ditolak oleh Sang Raja dan baginda amat murka dan enggan memberi sebarang upah kepada pembuat labu sayung tersebut.

Cubalah bayangkan keletihan dan kesukaran yang dilalui oleh pembuat labu sayung itu menyiapkan labu-labu sayung tersebut selama berpuluh-puluh tahun.  Dia juga tidak boleh marah kerana dia sendiri melihat akan labu-labu sayung hasil kerjanya yang ada retak dan sumbing di merata tempat. Alangkah hampanya. Alangkah sia-sianya kerja dia selama ini. Untuk membuatnya semula, masa sudah tidak mengizinkan.

Cuba gantikan setiap labu sayung itu dengan setiap rakaat kita sembahyang iaitu 17 rakaat sehari semalam. Apakah sembahyang yang kita lakukan setiap hari selama 60 tahun (berdasarkan umur saya) semuanya sempurna - bebas dari sebarang kecacatan. Saya sendiri harus mengakui dengan jujur bahawa seingat saya, tidak ada satu pun solat saya yang tidak ada cacat celanya terutama pada hati dan fikiran yang tidak membulat kepadaNya sepanjang mengerjakan solat. Belum pernah khusyuk 100 % dari takbir hingga salam. Ada sahaja benda yang mengacau-ganggu konsentrasi saya setiap kali menunaikan solat. 

Tiba-tiba saya merasa malu memohon untuk memasuki syurgaNya.


..................................................................................

Sub-Entry: Pelawat semalam.




Pageviews today - 1,385.

Semalam saya tidak ada membuat entri baru tetapi kunjungan ke blog saya melebihi dari hari sebelumnya. Terima kasih kepada Azieazah yang memaut entri ini dari entri dia di sini.


16 comments:

  1. Assalamualaikum Bang.

    Peringatan yg sangat berguna buat saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam pak ngah..memang terkedu..
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Ngah,

    Terima kaseh ... post yang mengingat kan saya...

    ReplyDelete
  4. YANG PENTINGNYA KITA TELAH MELAKSANAKAN KEWAJIPAN.. KITA CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK KUSYUK. YANG LAINNYA KITA BERSERAH SAJA KEPADA ALLAH SAMA ADA MENERIMA ATAU TIDAK AMALAN KITA..

    ReplyDelete
  5. subhanallah...

    cerita yang menginsafkan

    :)

    ReplyDelete
  6. sungguh mendalam maknanya :(
    sy juga malu

    ReplyDelete
  7. huhuhu.. cerita yang punye maksud yang sangat mendalam.
    Saya jugak rasa malu.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Labu sayong saya cantik tapi airnya meresap keluar....

    ReplyDelete
  9. Allah, kisah analogi yg sangat cantik... Insaf...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    terima kasih pakngah, nanti nak wat labu sayung yg cantik2

    ReplyDelete
  11. Saya tak pernah lagi miliki labu sayung...

    Allahuakbar.... terkedu untuk komen barisan text terakhir tu.

    ReplyDelete
  12. bila ternampak atau terlihat perkataan labu sayung ni, perkara pertama saya bayangkan adalah ada Mak Esah yang duduk di dalam nya. lepas tu dihanyutkan orang ke lautan. lepas tu ada orang lain yang jumpa dan lepaskan Mak Esah. kemudian Mak Esah pun dapat tuan dan tempat tinggal yang baru.

    ReplyDelete
  13. sebab itu khusyuk tidak dimasukkan sebagai RUKUN SOLAT kalau tak habislah solat kita semua batal...Maha Bijaksana ALLAH...

    ReplyDelete
  14. ok tnhj...entry tu dah siap...terimakasih banyak tnhj...hehee

    http://rkainstinct.blogspot.com/2013/09/the-traveller-lonely-bus.html

    ReplyDelete
  15. Entry yg buatkan saya rasa sungguh insaf... terima kasih pak ngah..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.