Gambar hiasan - Haiqal pada 2 tahun lepas di atas kapal semasa menyusuri sungai Pearl di Guang Zhou, China.
Hari Jumaat minggu lepas anak bongsu saya, Haiqal (12 tahun) tak sempat makan tengah hari sebelum pergi sembahyang Jumaat kerana lewat keluar dari kelas.
Di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke masjid, saya bertanya ..
"Iqal lapar ke ?"
"Taklah sangat .. masa rehat tadi dah makan nasi lemak". Jawabnya jujur.
"Kalau macam tu, tak matilah sampai selesai sembahyang nanti". Usik saya.
"Belum tentu .. sebab orang boleh mati bila-bila masa". Jawabnya lurus.
"Ye tak ye juga ya .. pandai anak ayah".
Jujurnya saya separuh terkedu dan separuh lagi terperanjat mendengar jawapannya.
Dari perbualan ini, saya berkesimpulan bahawa ada masanya anak-anak kita walaupun mereka masih kecil, lebih betul dari kita.
Seringkali juga anak-anak 'mengejutkan kita dari mimpi'...
ReplyDeleteAnak ayah..
ReplyDeleteerrrr..sy pun terkedu dgn jawapan telus dr dia
ReplyDeletehehehehe bijak nya adik~ hehehe
ReplyDeletehuhuhu.
ReplyDeletelawak menjadi...
betul tu... jawapan yg jujur.
ReplyDeletebijaknya..alhamdulillah.
ReplyDeletejawapan yang luhur !
ReplyDeletesaya akui kebenaran itu, nyatanya pada hari ini saya banyak belajar dari anak-anak saya...
ReplyDeletedari segi dialog di atas, ada kalanya kita nak berlawak, dia pulak cakap seriyes.
ReplyDeleteJawapan mereka ikhlas dari hatilah Pak Ngah bukan di buat2.
ReplyDeleteBijak... bijak...
ReplyDeleteMay Allah bless him. Saya sendiri banyak belajar dari anak kecil saya tu Pakngah.
ReplyDeleteLike father like son...mcm biasa dengar jer.
ReplyDeleteatau pun dalam BMnya 'bapa borek anak ringan' .. hehe.
Deletesyukurlah Allah hantar pedoman melalui anak...
ReplyDeleteBapak paling takut kita cuma tersedar daripada melakukan perkara lagho selepas ditimpa musibah kerana musibah itu boleh jadi ujian, kifarah atau bala...
yang paling sedih, ada juga orang yang telah ditimpa musibah, masih tidak juga sedar.
Deletemana la anak tak hebat dah ibu-bapanya hebat-hebat...hantar pulak sekolah terhebat...
ReplyDeletesebak baca entry nie...tak rugi seduit hantar anak sekolah agama...
uish .. tinggi sangat puji-pujian tu .. gayat saya.
DeleteBagus Iqal :)
ReplyDeletePandai anak ayah. Hebat anak ibu.
ReplyDelete