Sunday, September 22, 2013

BILA BUAT KERJA GOTONG ROYONG.



  Gambar hiasan ihsan penulis yang ada kena mengena dengan entri ini.

Bila kita buat kerja gotong-royong seperti memotong dahan-dahan pokok yang menghalang pemandangan atau membersihkan longkang yang tersumbat di taman perumahan kita, biasanya ramai yang ingin turut serta menyumbangkan tenaga atau pun dalam bentuk lain seperti menyediakan makanan atau alat kelengkapan.

Namun begitu kerap kali juga kita berdepan dengan pelbagai reaksi yang tidak memberangsan dari penduduk melalui komen-komen mereka seperti contoh berikut.

Penduduk 1. Buat apa ramai-ramai ni ?

Penduduk 2: Mana boleh buat pembakaran terbuka  .. akai tak de ka ?

Penduduk 3: Ini usaha bodoh .. kenapa kita harus buat kerja-kerja majlis perbandaran.

Penduduk 4: Minta maaf tak dapat tolong .. hari ini saya sibuk sikitlah.

Penduduk 5: Ada sebatang pokok yang telah condong kat depan rumah saya. Boleh tak datang tolong tebang kan ? 


p/s: Lebih dari 3 tahun dulu, saya pernah buat satu entri yang seirama dengan entri ini. Saya sendiri suka membacanya. Rugi kalau anda tak membacanya.  Entrinya di sini.


15 comments:

  1. MASING-MASING PUNYA BICARA TERSENDIRI..

    ReplyDelete
  2. Dahlah tak menolong, senang-senang perlekehkan usaha orang... :(

    ReplyDelete
  3. saya suka ayat "biasanya ramai yg ingin turut serta". Maknanya segelintir yg mengeluarkan kata2 tidak memberangsangkan, tidak menjadi kudis pun utk meneruskan niat gotong royong berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah baca entri Tn Hj yg berirama dgn entri ini sbb tak mahu rugi :D Tapi sy tidak bersetuju dgn "apa kata saya" mengenai Orang Keempat, "Jangan jadi orang keempat. Langsung tak ambil peduli. Jadi jangan pedulikan dia!".

      Pd pendapat saya, kalau kita hendak menarik perhatian manusia lain ke arah yang lebih baik..kita juga kena tunjukkan sikap baik (ambil peduli) tidak kira di mana dan walaupun apa juga situasi. Memang kadang-kadang sesuatu perkara itu pahit utk ditelan..tapi selalunya pengakhirannya sgt manis.

      Delete
    2. betul lah tu .. tapi ada juga jenis manusia yang perlu dipulaukan kalau semua sikap baik kita tidak memberi kesan.

      Delete
  4. Setiap orang ada cara pemikiran sendiri bila fikiran seorang tak sama dengan 10 yang lain buat2 tak dengarjelah Pak Ngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pulak kadang2 saya pun mengelat juga bila ada gotong royong terutama bila ada hal2 yg lebih penting yg tak dapat nak dielakkan tapi kalau saya ada kat rumah taklah saya mengelat sebab nanti jiran sebelah akan berdiri depa pintu dan tanya 'hang nak turun pukoi berapa ni?' heheheeee...

      Delete
    2. saya akan cuba hadir semua xtvt gotong royong yang dianjurkan kalau saya tiada urusan lain yang lebih penting.

      Delete
  5. penduduk 3 macam hampeh. lepas ni tak payah ajak dia lagi dalam aktiviti bermasyarakat ini.

    penduduk 5, kalau pokok dah condong dan membahayakan, kalau tak cukup kaki tangan dan peralatan, seeloknya panggil bomba minta depa setelkan. mudah dan percuma lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ingat kita ni kuli dia agaknya nak tolong tebangkan pokok kat depan rumah dia ..

      Delete
  6. Saya gotong royong habiskan buah langsat yang tnhj bawak tu..kalau tak saya siapa lagi yang boleh diharap... huhuu

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. alaikumsalam. semoga tuan sehat2 sahaja hendaknya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.