Friday, September 6, 2013

SESUNGGUHNYA AL-QURAN ITU PASTI BENAR. PERHATIKAN SAHAJA AYAT 6, SURAH AN-NAHL SEBAGAI CONTOH.




سُوۡرَةُ النّحل
وَلَكُمۡ فِيهَا جَمَالٌ حِينَ تُرِيحُونَ وَحِينَ تَسۡرَحُونَ 

 Surah An-Nahl, ayat 6.

"Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berehat (pada waktu petang) dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi)"

Cuba perhatikan betul-betul ayat ini, macam terbalik ya tak ? Kenapa Allah mendahulukan menyebut keindahan binatang ternak ketika mereka balik ( ke kandang ) pada waktu petang dan kemudian barulah Dia menyebut membawanya keluar di waktu pagi. Bukankah sepatutnya keluar dahulu di waktu pagi dan balik di waktu petang.

Di sinilah terletaknya keindahan, ketelitian, kebenaran ayat-ayat al-Quran.  

Melihat binatang ternak (katalah kambing) ketika pulang ke kandang di waktu petang sudah pasti lebih menggembirakan berbanding melihatnya keluar di waktu pagi. Di waktu pagi binatang ternak itu masih kelaparan dan meluru keluar bila pintu kandang dibuka. Hati penternak juga pada masa itu mungkin akan turut terasa sedikit bimbang bila melepaskan mereka. Entahkan ada yang hilang, entahkan ada yang kemalangan, entah ada yang mati dan entah ada yang sakit nanti.

Sebaliknya alangkah indah dan menarik hati bila melihat kambing-kambing itu yang sudah kekenyangan dan berlenggang lenggok semasa kembali ke kandang di waktu petang. Hati penternak juga tentunya merasa lega bila melihat semua kambing yang dilepaskan di waktu pagi kembali ke kandang dengan selamat dan secukupnya.

Maka benarlah ayat itu (dan juga seluruh ayat-ayat yang ada di dalam al-Quran) disusun sedemikian rupa dimana adalah lebih indah dan menyenangkan melihat kambing balik di waktu petang berbanding semasa melepaskan mereka di waktu pagi. Maka usahlah ada sebarang keraguan walaupun sebesar zarah bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang benar dari dulu dan selamanya yang wajib kita yakini dan ta'ati sepenuhnya .

Subahanallah.


* ini adalah entri terjadual. 

 

5 comments:

  1. Salam bang.

    Terima kasih berkongsi tafsir. Sungguh indah maksud ayat itu.

    Mungkin boleh disamakan dgn orang yg membeli kenderaan baru yg dibawa balik pada waktu petang. Tentulah hatinya gembira bukan kepalang. Esok paginya bawa pergi kerja pula ....

    ReplyDelete
  2. subhanallah ;)
    indahnya bahasa AlQur'an
    takkan ada ayat yang boleh menandingi ayat2 di dalam Alqur'an

    ReplyDelete
  3. SAYA DAPAT MEMAHAMINYA.. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI..

    ReplyDelete
  4. Pak Ngah terima kasih atas perkongsian, kalau Pak Nganh tak tulis memang ramai yang tak akan perasan perkara2 spt ini.

    Saya juga hendak minta maaf kerana tidak menghadiri jemputan, pagi ini bila buka blog Kak Cik ada entri majlis saya terkesima. Bukan rezeki saya lagi kali ini. Entah apa yang difikirkan sehingga saya terlupa, lain kali kena boh kat reminder dalam hp (apakah ini tanda2 penuaan?).

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila sudah ditakdirkan untuk tidak dapat bersama .. akan timbullah pelbagai halangan yang tidak diduga.

      kalau tak kenduri pun dipersilakan juga berkunjung ke teratak saya ..

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.