Tuesday, September 10, 2013

CERITA SAYA MENERIMA MENANTU PEREMPUAN PERTAMA.

Entri kali ini saya nak cerita sikit tentang perkahwinan anak saya yang ketiga - Muhamad Norhasyraf. Akad nikah dan kenduri di sebelah perempuan dibuat pada 31 Ogos dan sebelah kami dilangsungkan pada hari Ahad, 8 September 2013. Syukur kepada Allah yang maha esa kerana atas sifat Rahman dan RahimNya majlis kami telah berjalan dengan selamatnya.


Gambar 1: Inilah gambar pengantin semasa kecil. Cepatnya masa berlalu.

............................................................................

Bahagian Pertama: Di Gopenghagen Perak - 31 Ogos 2013.


Sebelum ini saya sudah menerima dua menantu lelaki. Kali ini baru dapat menantu perempuan. Sekarang adalah orang yang nak tolong Makngahnya kat dapur.  Menantu kali ini orang Gopeng. Gambar-gambar berikut adalah dari kamera henfon saya (kecuali gambar nombor 12). Nak tunggu gambar dari jurugambar rasmi entahkan bila.



Gambar 2: Seminggu sebelumnya kami berkumpul adik beradik membincangkan persiapan kenduri dan perkara-perkara yang berkaitan dengan rombongan ke Gopeng.

 -

Gambar 3: Akad nikah diadakan di Masjid Gopeng. Punylah panjangnya khutbah nikahnya. Kalau saya yang kena, mungkin dah lari ikut pintu belakang.
.

Gambar 4: Tunjuk benda ni sebenarnya nak beritahu nama menantu. Hehe.


Gambar 5: Terlupa nak pakai songkok .. tak kisahlah kan .. bukan saya yang nak kawin. hehe.


Gambar 6: Suap orang dulu-dulu tak macam ni .. masing-masing pengapit pegang tangan pengantin yang diapit dan saling suap-menyuap dan tepis menepis. Kadang-kadang terbabas ke pipi atau ke hidung pengantin. Memang meriah dan lucu sangat.

 .......................................................................................................

 Bahagian Dua: Di Senawang, Negeri Sembilan pulok - 8 September 2013.

Kalau di Gopeng kenduri dibuat di dalam dewan,  tetapi di sebelah kami kenduri dibuat di bawah khemah atas jalan raya depan rumah. Kenapa saya suka buat kenduri bawah khemah atas jalan raya, telah saya nyatakan sebabnya di sini.


Gambar 7:  Sebelah paginya macam biasalah, grup marhaban Makngahnya ingin beraksi.



 Gambar 8: Antara tetamu awal yang hadir adalah Tan Sri Isa Samad dan isteri yang juga merupakan jiran saya. Pada masa itu makanan baru  saja terhidang dan saya belum sempat memakai kain samping.


Gambar 9: Perarakan tiba pengantin. Nasib baik hari tak hujan walaupun sekarang ini musim hujan. Syukur.


 Gambar 10:  Antara geng blogger dan fesbuk yang turut memeriahkan majlis kami. Dari kira RKA, Ibu Intan, al-lavendari, Kakcik dan Azieazah.

 

Gambar 11:  Pengapit perempuan sebelah kanan sekali adalah anak perempuan saya. Lambat lagilah rasanya nak dapat menantu lagi.
Entahkan sempat atau tidak.



Gambar 12: Berbeza sungguh dengan pelamin emak dan abahnya dulu. 



Gambar 13:  Kerja-kerja akhir membuka dan mengangkut khemah oleh katerer. Hari pun dah mula nak hujan.

 

Gambar 14: Gambar bonus. Adik ipar saya  yang keletihan sempat bermimpi di atas pelamin sebelum mimpinya dimusnahkan kerana terpaksa bangun untuk balik sambung tidur kat rumahnya - malam sebelum kenduri


Saya minta ampun dan maaf kerana tidak dapat mengundang semua follower atau pembaca blog ini.  Semasa perkahwinan  anak saya sebelum ini saya pernah buat jemputan terbuka dan sambutannya sangatlah mengecewakan saya. Jadi kali ini saya cuba menghadkan jemputan kepada rakan-rakan blogger yang saya rasa dapat hadir sahaja. Itupun ramai yang tak dapat datang atas pelbagai sebab yang saya fahami.

Kalau nak baca jemputan terbuka saya semasa perkahwinan anak saya yang sebelum ini, silalah klik kat http://al-lavendari.blogspot.com/2011/05/undangan-ke-majlis-perkahwinan-anak.html


56 comments:

  1. Assalamualaikum AL..
    terimakasih sebab sudi jemput sy..mujurlah sy tak malu minta tumpang Dato Abdullah..kalau tak haruslah sy tak dapat hadir seperti jemputan anak perempuan AL dulu..
    Bila jumpa rakan2 blog/fesbuk rasa mcm pertemuan blogger pulak..
    Tahniah dapat memantu perempuan..muga2 se'kepala' dengan mak mertuanya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      saya juga sedih kerana tidak berupaya nak jemput semua .. harap2 mereka yang tidak dijemput kali ini memahaminya dan tidak berkecil hati.

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih kerana sudi datang .. kenapa tak pakai riben merah hari tu ?

      Delete
  3. Terima kasih ..alhamdulillh kali kedua saya dapat makan kenduri dirumah tuan ..makanan semua sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. samo-samo .. ado duo laei anak sey yang bolum kawen ..

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Semoga pengantin bahagia dunia akhirat, mak ayah pengantin akan lebih bahagia dengan lebih ramai cucu cicit ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih kerana sudi datang .. harap makanan hari tu sesuai dengan selera awak.

      Delete
  5. Tahniah berpeluang menerima menantu lagi.

    ReplyDelete
  6. terima kasih juga PakNgah masih sudi menjemput saya walaupun kali pertama dulu saya tidak dapat menghadirkan diri

    tahniah dapat menantu yang cantik manis orangnya





    ReplyDelete
    Replies
    1. gembira dapat bertemu walaupun hanya seketika cuma.

      Delete
  7. TAHNIAH PAK.. SEMOGA PERNIKAHANNYA KEKAL HINGGA KE AKHIRNYA..

    ReplyDelete
  8. pak ngah :)

    majlis sama macam majlis saya...

    tahniah dapat menantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya apa ? tema, makanan, hari atau apa ?

      Delete
    2. hari yang sama...

      tema pun lebih kurang sama...

      makanan?? errmmm belum tentu catering yang sama...

      hehe.

      Delete
  9. Tahniah dpt menantu ya uncle.
    Maaf, saat akhir pagi Ahad tu saya perlu ke kedai isteri saya, contractor dah datang nak buat renovation kedai isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apesal lah kontraktor datang hari Ahad ni .. hehe.

      Delete
  10. Terima kasih kerana tak serik mengundang saya. Kerana tak dapat hadir pada majlis sebelum ini, suami saya berusaha untuk datang juga kali ini walaupun lututnya masih belum begitu baik. Esok suami saya akan masuk hospital semula...hehehe

    Saya suka gambar bonus itu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama .. saya juga terperanjat dengan kehadiran Kakcik .. terima kasih atas kegigihan abe menghadirkan diri walaupun dalam kesakitan.

      semoga abe akan pulih seperti sedia kala.

      Delete
  11. tahniah mendapat menantu baru.
    pengantin baru sama cantik sama lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak dan pak pengantin pun cantik dan lawa gak .. hehe.

      Delete
  12. tahniah utk pengantin
    semoga bahagia hingga hujung nyawa
    emm dah lama family kami xde kenduri kawen

    ReplyDelete
  13. Selamat pengantin baru buat anak.. hehe

    memikirkan adakah sy nnt camner la nak menyambut menantu perem.. kiki (lmbt benar lg..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga turut memikirkan dua orang anak saya yang masih bersekolah. sorang tingkatan 3 dan sorang lagi darjah 6 .. sempatkah bapa mereka melihat mereka bersanding nanti.

      Delete
  14. tahniahh pakngah dapat menantu sorang lagi...... semoga jodoh pengantin baru kekal ke akhir hayat.. :)

    ReplyDelete
  15. tahniah tuan.dapat menantu baru.perempuan lak tu..

    ReplyDelete
  16. tahniah PakNgah ..dapat menantu lagi...

    terima kaseh mengundang saya ke majlis ni....

    berbesar hati rasanya ... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah pun berbesar hati kerana awak sudi hadir walaupun tanpa GB ..

      Delete
  17. Assalamualaikum uncle. Alhamdulillah nmpk meriah majlisnya. Lawa baju pengantin :)

    Apa yg penting majlis berjalan lancar.

    ReplyDelete
  18. Tahniah Pakngah dapat menantu perempuan yang sangat lawa, memang sepadan sangat ngan anak teruna pakngah yang hensem. Meriah majlisnya, Allhamdulillah kan semua dah selesai. Insya Allah saya rasa Pak Ngah banyak masa dan peluang untuk majlis seterusnya, maybe majlis Iris pun Pak Ngah yang uruskan. Amin ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. siapa tahu kuasa Allah .. mungkin juga pakngah sempat melihat Iris bersanding nanti. tetiba rasa hiba.

      Delete
  19. athirah ni ada kakak nama atiqah ke pak ngah? nama ayah tu dah sama johari. takut salah org je. tapi kalau betul mmg padan le cantik athirah ni. dulu sekolah pun comel sgt. pandai lak tu. kalau betul la athirah & atiqah johari yg saya kenal. kalau salah mintak maaf la ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. athirah ini adalah anak perempuan tunggal pak johari .. jadi sahih salah orang.

      terima kasih kerana sudi singgah dan bertanya dan langsung tidak perlu minta maaf.

      Delete
  20. tahniah Pak Ngah. Menerima menantu perempuan. Hensem dan cantik.

    Kahwin eka nanti. eka jemput Pak Ngah. Jomput datang yo. Hehehehe

    ReplyDelete
  21. Assalam Pak Ngah... tahniah dpt menantu baru...moga2 akan di meriahi dgn cucu2 yang comei2...Alhamdulillah tak hujan..saya di Sikamat masa tu hujan lebat sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      memang sekarang ni musim hujan .. tempat saya hujan kira-kira jam 3.30 petang. alhamdulillah.

      Delete
  22. Terimakasih kerana mengundang kami. TEringat ingat akan Nasi Minyak yang lembut enak wangi dan lazat. Serta cendol yang pekat melekat. Sori, saya minum 2 mangkuk. Malu nak tambah yang ke-3! hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama .. nanti kita pergi makan sepuasnya di kedai pembekal cendol tu.

      Delete
  23. AsSalam , Pak Ngah .. dayah first time singgah sini..
    link atas link.. (lupa link saper)

    pak ngah dato` ek..?
    wahhh.. macam tak percaya sungguh ada Dato` yang ada blog.. heehee..

    tahniah pak ngah.. dah dapat menantu baru.. bertambah ahli keluarga..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini.

      saya tidak ada gelaran Dato' walaupun ramai yang menyangka demikian.

      sebenarnya ramai blogger yang bergelar Dato' , cuma mereka tidak meletakkan gelaran Dato' itu pada namanya. ada diantaranya adalah kawan-kawan baik saya.

      Delete
  24. Pak Ngah, sekali baca nama pasangan pengantin tu macam dua-dua nya perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ahlah .. sebab dia tak tulis nama penuh - Muhamad Norhasyraf .. tu fasal timbul kekeliruan kan !

      Delete
    2. it's okay, alhamdulillah majlis dah lepas pun.

      Delete
  25. tahniah pak ngah ... menantu perempuan pertama yer ...

    ReplyDelete
  26. tahniah pak ngah ... menantu perempuan pertama yer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. saya cuma ada dua anak lelaki sahaja .. yang bongsunya di darjah 6 sekarang.

      Delete
  27. Pak Ngah.. walau tak dijemput, saya ucapkan tahniah dapat menantu perempuan, saya esok entah sempat tidak terima menantu.. umur dah tinggi, umur anak masih rendah.. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah .. ajal maut ditangan Tuhan. Ramai juga yang muda tak sempat terima menantu.

      Delete
  28. Assalamualaikum,

    Wahhhh...selamat menerima menantu yee Pak Ngah.dan Mak Ngah
    sekarang ni Mak Ngah dah ada pembantu, relexlah sikit yee..
    Tahniah...Tahniah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      pembantu pun bila dia orang balik Seremban je .. hari-hari yang lain kenalah buat sendiri.

      Delete
  29. Tahniah pak ngah dan mak ngah kerana dapat menantu baru...

    Dari gambar je saya dapat rasakan betapa meriahnya majlis... :)

    Gambar si bongsu tak nampak pun.. jadi flower boy kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. yang bongsu ada dalam gambar 9 membawa bunga manggar.

      Delete
  30. Yang tak datang tu termasuklah Aina...sedih...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.