Monday, October 26, 2009

SONYUM SOKOJAP - 5 ... BALAI POLIS BERGERAK ???


Bila saya baca tajuk laporan akhbar di atas "Balai polis bergerak di 50 kawasan panas" saya tertanya-tanya banyak perkara. Antaranya (sebenarnya ada banyak lagi !):

1. kenapa ia harus bergerak? adakah ia kerana sebab kawasan tu panas ?
2. macamana dia bergerak ... ada enjin ke ? ada orang tolak ke ? ada orang tarik ke ?
3. macamana orang nak buat laporan ? Susahlah ... kalau terpaksa ikut dia bergerak sama !
4. macamana dengan kabel elektrik ? balai polis tentulah ada lampu dan penyaman udara ... kalau bergerak jauh-jauh nanti putus lak !
5. macamana pula dengan paip air ? takkan paip air pun kena ikut juga ... !
6. di mana kita nak cari, kalau kita nak buat laporan ... sebab dia bergerak entah ke mana2 ?
7. dia bergerak sampai kat Seremban tak ?
8. boleh ke kita panggil balai tu datang rumah kita kalau nak buat aduan ?
9. berapakah kelajuannya dia bergerak ? harap2 janganlah laju sangat nanti kena perangkap had laju pulak !
10. jalan mana dia akan ikut, lebuhraya PLUS lalu tak ? kalau lalu, boleh ke dia lepas plaza tol?


.

30 comments:

  1. semoga kadar jenayah semakin berkurangan...jgn balai ajer bergerak tapi polisnya tak bergerak tak boleh juga

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum

    soalan2 cepu mas ni hanya orang2 tertentu je yang boleh jawab

    ReplyDelete
  3. abg rasa kat mana balai polis tu skrg??saya pernah nampak balai polis bergerak kat dalam hutan..ntah apa dia buat ntah...

    ReplyDelete
  4. aiyooo.. macam2... tapi kadar jenayah tetap tinggi.. gerak ke tak ke.. yg penting keje kena buat!!

    berkudalah..berbasikal lah.. skang bergerak pula.

    okey!

    ReplyDelete
  5. al-lavendari..

    eeeeeeeeeeeeeeeee !!! loyar bu**k
    nyer N3 nih.. hehehe..

    pastu ditambah lagi oleh si Alvin..

    hahaha..

    ReplyDelete
  6. Balai polis bergerak ni tujuannya nak kurangkan jenayah sbb orang Malaysia ni takut bila nampak balai polis. Jadi kalau nak buat jenayah tu kena pikir dua tiga kali sama ada berbaloi atau tidak. Sama macam bila ada "road block" atau ada polis trafik di jalan raya semasa naik kereta. Otomatik jadi pemandu berhemah mematuhi halaju dan memakai tali pinggang keledar....

    ReplyDelete
  7. ada tandas tak??
    ada tempat solat tak??
    boleh masak megi tak??

    :)

    ReplyDelete
  8. mamai
    setuju. polis kena selalu bergerak kerana penjenayah sentiasa bergerak. kasi itu penjenayah tidur sampai tak gerak2 !

    master teddy
    kenapa, sakit kerongkong ke?

    klcitizen
    puan adalah termasuk dalam golongan orang2 tertentu itu.

    sharamli
    x yah apa ? mandi ?

    alvin.
    betul, saya pun pernah nampak kat dalam hutan ... rupanya dia orang tu polis hutan !

    tedi
    jangan beri penjenayah itu bergerak, senanglah sikit kerja polis.

    mamamin
    sebenarnya saya ndak kita sama2 memikirkan samada istilah(term) "bergerak" itu sesuai ke tidak. dalam bahasa inggerisnya, perkataan 'mobile' rasa macam boleh di terima. tapi dalam BM agak pelik dan lucu sikit. mungkin istilah "mudah alih" lebih menggambarkan kot ! entahlah. saya serah kepada pakar2 bahasa di DBP tu.

    ReplyDelete
  9. kaishah
    penjenayah sekarang mana takut sama polis samada bergerak ke tak bergerak. itu sebab balai polis pun dia orang serang. apa-apa pun terima kasih kerana berkunjung buat kali pertama. blog puan yg mana satu yang aktif dan sedia menerima kunjungan.

    ReplyDelete
  10. kakcik
    itulah soalan no. 11, 12, dan 13 saya yang belum sempat di post kan !

    ReplyDelete
  11. sesuai betul n3 nih dgn nama KomenSen..apapun n3 ni mmg bernas dan kelakar sangat.. nak mintak kebenaran nak buat link dari blog saya utk dikongsi sama dengan pembaca blog saya boleh?/..

    ReplyDelete
  12. kelakar betul entri ni..
    buat saya ketawa sorang2 membacanya.

    ReplyDelete
  13. hahahhahah
    dulu saya juga ingat dia macam perpustakaan bergerak, ada tayar, ekekkek...

    tapi,
    ada 2 polis duduk kat bawah kemah tunggu saper2 nak wat laporan kot, ekekekek

    ReplyDelete
  14. finaz

    t.kasih atas penghargaan itu dan juga pernghormatan untuk buat link. silakan. FOC.

    p.s. nak promosi sikit. saya juga ada satu blog lagi iaitu puecorgxret.blogspot.com. kalau sudi, silah lawat.

    ReplyDelete
  15. fadzilah
    jangan selalu ketawa sorang2. ajaklah orang lain ketawa sama.

    ReplyDelete
  16. bluecity
    balai polis bergerak tu, bukan ke macam perpustakaan bergerak atau klinik bergerak ... dia pergi dari satu tempat ke satu tempat.

    ReplyDelete
  17. Masalah yg teman nampak ; kita buat dulu kemudian baru disusuli dgn kajian
    Bila nak bubar sesuatu baru nak dikaji dgn detail.
    Rasanya kita tak perlu kpd balai bergerak ni tapi ditambahkan je polis peronda tu..sekurang2nya menambahkan peluang pekerjaan kpd yg berkelayakan dan lebih mudah bergerak pun.

    ReplyDelete
  18. mslh utama jenayah semakin berleluasa adalah org yg buat jenayah cam ragut tue TAKDE KJE..cuba, dibagi kjer insyaAllah diorang takkan ragut..cam mat rempit plak kiter tak bagi dia berlumba, cuba kita bagi dia berlumba kat litar..at least klu mati pun, dia kiter anggap sbg wira kan..situasi ini sama mcm org kampong belajar kat u tp kjer takde kat kampong, terpaksa berhijrah ke lembah klang utk cari pekerjaan..cume byk pekerjaan kat kampong dia, msti dia tak kua berhijrah kan..

    ReplyDelete
  19. jenuh la refiar air con sebab kawasan panas...ahaaks

    ReplyDelete
  20. al-lavendari,
    tu kan komen aje. tak semestinya betul. Tapi kalau masalah jenayah tidak diberi perhatian dan diambil tindakan membenteras, penjenayah tu ingat kawasan yang panas tu kawasan mereka. mereka boleh buat suka ati depa aje. Fikir2kan lah bersama memberi idea bagaimana nak membenteras bukan meng'kondem' apa tindakan yang dibuat.Laman saya yang utama yang kale oren tu le...

    ReplyDelete
  21. lanabulu
    polis peronda memang pun sentiasa di tambah dari masa ke semasa.

    sahrom
    sekarang ini banyak penjenayah import. ada yang professional dan ramai juga yang semipro.

    beruwang
    tak apa ... boleh pinjam beruwang

    kaisha
    saya pada mulanya hanya ndak mengusik penggunaan istilah 'bergerak' tu je seperti yang saya katakan dalam komen saya kepada mamamin. tapi ter "carried away' dengan komen2 dari pembaca.

    ReplyDelete
  22. nice entri..penuh maksud dan kelakar..huhuuhu

    ReplyDelete
  23. tak boleh nak komen apa, sbb hanya mereka yg tahu org yg tertentu aje boleh jawab dgn tepat..

    ReplyDelete
  24. jenuh la nak follow kalau balai polis ni tak reti nak stop....

    camne nak buat report kalau gini?

    huhuhu....

    ReplyDelete
  25. Ain.

    Tu la pasal !

    Terima kasih kerana sudi menyelongkar entri lama uncle.

    ReplyDelete
  26. hhihi..boleh je yang pasti dia bergerak guna tayar ;)
    YB duduk area seremban ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya .. rumah saya di Lavender Heights, Senawang.

      Delete
  27. macam tak sedap pula nak panggil YB.. saya tgkk yg lain panggil pak ngah..boleh saya panggil pak ngah juga... ;)

    mmm.. tak tahu area mana :)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.