Wednesday, November 4, 2009

BERITA TERKINI - 1

Putrajaya 4 November - Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya sebentar tadi telah menimbangkan cadangan dan membuat keputusan supaya semua kereta Proton Perdana yang sedang di gunakan oleh Ahli-Ahli Jemaah Menteri di gantikan dengan kereta Mercedes Benz E240 mulai 1 Januari 2010. Keputusan ini di buat memandangkan kereta Proton Perdana yang sedang di gunakan pada masa ini seringkali mengalami kerosakan dan tidak ekonomi lagi untuk terus di gunakan. Manakala kereta Mercedes Benz yang bakal di beli ini telah mendapat jaminan dari pembekalnya tidak akan mengalami sebarang kerosakan. Sekiranya ia terpaksa juga mengalami kerosakan, pembekalnya berjanji akan segera menggantikannya dengan kereta yang baru ... mengikut harga semasa.

Menurut Setiausaha Mesyuarat lagi, cuma seorang sahaja Menteri yang bersetuju dengan cadangan tersebut ... manakala Menteri-Menteri yang lainnya amat bersetuju !


p.s. anda percaya ke?

30 comments:

  1. cepatnya result mesyuarat kabinet keluar..selalu diorang stat mesyuarat je kul 9.00 abis silap aribulan smpi ptg..pas tue mesyuarat pasca kabinet lagi..huhhh..hebat la yg bersetuju tue..dia cipta suatu kelainan

    ReplyDelete
  2. erkk..

    desas desus rakyat x puas hati dengan harga kereta tempatan tu ada la boss!!

    berita sensasi ni tak dpat lagi kat email saya.. lagipun kalau betul, saya simpan komen dalam hati boleh?

    ReplyDelete
  3. bab-bab ni.. tak reti la teman nak komen!

    ReplyDelete
  4. owhh tuan...

    Saya percaya !
    memang percaya..
    dan tetap akan percaya..

    terutama perenggan ini ..

    " cuma seorang sahaja Menteri yang bersetuju dengan cadangan tersebut ... manakala Menteri-Menteri yang lainnya amat bersetuju ! "

    ReplyDelete
  5. wah..
    menang sorak..
    kg tgadai...
    hu3...

    ReplyDelete
  6. wah2 melampau yer pakai jer lah apa yg ada

    ReplyDelete
  7. Heh heh..dah kata..barangan German lagi elok dari barangan buatan Malaysia..

    ReplyDelete
  8. proton tu patutya xperlu wujud myusahkan rakyat.. nak beli keta sedap pun susah & mahal sgt! Time menteri pandai lak xnak pakai keta nasional.. aisey saya TERmarah pulak..(ni kes xdpt beli AudiQ5 lg lah ni buat saya sedih huhu)

    ReplyDelete
  9. tak kisah la depa nak pakai apa ..proton ke merz ke ,depa duk menyandar jer.

    Bangga jg tgk org kita duk hebat macam tu.

    lg satu nanti boleh beli minyak RM800 seliter

    ReplyDelete
  10. sahrom, mamamin, kakcikseroja, linda, damaiinx, sayu=pilu, relevan dan finaz.

    Saya gurau je ... mana ada keputusan macam tu. Dia orang mula mesyuarat pun biasanya pukul 9 pagi seperti kata sahrom. Saya dah post jam 8.47 pagi. Saya sengaja memilih hari ini untuk buat entri ini kerana mengambil kesempatan mesyuarat Jemaah Menteri biasanya di adakan pada hari Rabu.
    Sebenarnya saya nak kenen satu negeri di pantai timur, tapi saya terpaksa mencelah kat sini sebab macam ada orang nak percaya jer walaupun saya dah tulis kat bawah entri saya, "anda percaya ke?"

    Maaf sangat2, kalau ada orang terpercaya.

    ReplyDelete
  11. dah nak tulis dah boss!!

    x percaya.. tapi x sampai ati lak..

    kekekekekeke

    ReplyDelete
  12. mamamin
    barang yang lepas janganlah di kenang ! kekekeke

    ReplyDelete
  13. org mmg x percaya lah.. hehe lepas ni nak pinjam paper Sha nak tutup muka haha!

    ReplyDelete
  14. negeri pantai timur ada tiga je... yang mana satu tuan? Kelantan mungkin, eh tak mungkin, terengganu mungkin, mungkingggg kottt, pahang, pahanglah tuuu....

    ReplyDelete
  15. fuuhhh..
    ingatkan real tadi..
    hee..

    ReplyDelete
  16. Ehem ehem...

    Macam mempromosikan kereta fav org tu aje?

    ReplyDelete
  17. ikan emas
    komen yang panas, pedas, bernas dan cerdas.

    finaz
    hati awak memang suci bersih lagi !

    abu muaz
    bukan Pahang lah ... Sabak Bernam !

    lanabulu
    nasib baik cuma iguan saya kan!

    sl tedi
    tak lah ! baca komen saya selepas komen ikan emas

    ReplyDelete
  18. naizaf
    saya punya model sikit bawah ! esok main ping pong lagi nak ?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, teringin nok sebijik kereta hok deme pulangkan tu....

    ReplyDelete
  20. Salam AL..
    I still go for CLS 350..walaupun u nak bagi i J Lo..betul x Finaz..
    ehh..dah keluar topik nih!..he2

    ReplyDelete
  21. dulu pakai camry macam bunyi,mercedes la pulak kali ni..apa kata naik basikal solar jer..mesra rakyat sket...

    ReplyDelete
  22. owh tuan...

    'kepercayaan' terletak pada penilaian individu . Kalau tuan menulis yg betul pun tak semestinya orang percaya.

    dan...

    kalau menulis tak betul, tak semestinya orang tak percaya kann..kann..

    But.. saya percaya pada apa yang saya komenkan .

    ReplyDelete
  23. bagi ler kete kat sy nih huhuu

    kete free sapa taknak

    nak cari kete roda turbo :D

    ReplyDelete
  24. kemain deme. kite ni duk pakai beskal je.

    ReplyDelete
  25. boleh jadi kalau mereka nak buat sebab mereka punya kuasakan...tapi kalai nak jual perdana tu bagi la murah sikit boleh aku beli untuk buat race kat litar sepang

    ReplyDelete
  26. teratak murniku,
    sape yg tak teringin.

    sha,
    besar selera awak.

    alvin,
    setuju, bagi satu beskal tu.

    sharamli,
    t.kasih kerana tak jemu2 singgah.

    maiyah
    semoga impian anda tercapai

    oranglidi
    t.kasih, takkan naik beskal jer kot ?

    linda.
    memang pun komen linda tu tepat sekali.

    mamai
    saya setuju, kalau dia nak buat, apa kita boleh buat 1

    ReplyDelete
  27. sabak bernam kat mana dipantai timur ni tuan? Saya tengok dalam peta tak jumpa-jumpa sampai pagi ni.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.