Thursday, January 28, 2010

RESPON KEPADA KOMEN2 DI ENTRI "DEDAH IDENTITI" SEBELUM INI..!

Tetuan annahlu, one zaba, frodo baggins, sahromnasrudin, mamarempit, kakcikseroja, azieazah, mamai, bluecity, sharamli, sena creek, fatrina, hajarus, endiem, tijah, aidah, sl tedi, abulev, linda, ikan emas, daun bidara, finaz, xiiinam, antique man, shaniza, maiyah, yb, relevan dan adillah.

Salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan2 dan puan2 singgah dan seterusnya memberikan komen terhadap entri saya sebelum ini seperti tersebut di atas.

Ada pun tujuan saya membuat entri 'dedah identiti' tersebut adalah untuk memberitahu nama saya yang sebenar. Itu sahaja. Ada pun akan sebab musababnya mengapa saya ingin berbuat demikian telah pun saya beritahu.

Namun saya perhatikan timbul pula isu sampingan yang hampir menjadi polemik berkenaan penggunaan nama samaran (nick name) dan isu mereka yang memilih untuk menjadi "anonymous". Oleh itu saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan dan pendirian saya tentang isu ini.

Saya menganggap blog saya ini sebagai buku catatan yang terbuka. Macam buku pelawat yang terdapat di mana-mana organisasi. Sesiapa sahaja boleh melihat, membaca dan seterusnya kalau berhajat membuat catatan. Sudah tentulah dalam membuat catatan tersebut ada adab dan tatasusilanya ... "that goes without saying" kata orang putih. Kalau saya tidak mahu orang berbuat demikian, lebih baik saya menulis diari dan kemudian menyimpannya di dalam almari atau di dalam kotak dan di letakkan di bawah katil. Itulah pendirian saya. Orang lain mungkin berlainan pendiriannya dan saya menghormati pendirian mereka.

Saya tidak ada menghadapi masalah langsung kalau orang lain ingin menggunakan apa pun nama samaran kerana masing-masing ada sebab dan alasan tersendiri. Bahkan ada dua tiga orang blogger saya jumpai hanya menggunakan tanda titik (.) sahaja sebagai pengenalan diri. (Walaupun terkial-kial saya hendak menemukan "cursor" dengan titik tu, saya tak marahhhhhh !) Mungkin kepada mereka tanda titik itu membawa makna bahawa dirinya hanyalah umpama setitik air di lautan atau sebutir pasir di Gurun Sahara.

Perawi hadis yang tersohor al-Bukhari juga misalnya menggunakan nama samaran bersempena tempat kelahirannya di Bukhara. Hinggakan ramai yang tidak tahu nama beliau yang sebenarnya. Tidak kisahlah samada nama samaran itu dia yang pilih sendiri atau diberikan oleh orang lain. Saya pun pada mulanya menggunakan nama al-lavendari konon-kononnya nak ikut macam dialah juga !.


Begitu juga saya tidak ada masalah langsung untuk menerima komen dari anonymous. Ada pun sebab musabab mereka tidak ingin menzahirkan nama sebenar mereka, hanya mereka sahaja lah yang tahu. Yang penting bagi saya komen mereka semua adalah bernas dan relevan dengan tajuk entri. Tak mahulah kalau entri saya tentang memancing tiba-tiba dia komen "semoga mendapat haji yang mabrur" (klik). Komen yang macam itu saya memang kecil hati.

Mungkin juga golongan anonymous ini belum lagi mempunyai blog sendiri tetapi ingin turut serta memberi komen. Barangkali ini adalah permulaan kepada mereka untuk buat blog sendiri nanti. Saya pun tak berani nak tanya mengapa mereka masih tak buat blog sendiri lagi. Kalau di jawabnya "aku punya fasal lah, yang engku sibuk-sibuk apa fasal ?" ... mana saya nak letak muka ?

Dan satu lagi golongan adalah pembaca yang tidak meninggalkan apa-apa komen, tetapi saya tahu mereka membacanya. Mereka memberi komen terus kepada saya secara berdepan kerana mereka sepejabat atau serumah dengan saya. Golongan ini juga saya alu-alukan, apa lagi golongan yang serumah dengan saya.

Pendeknya saya mengalu-alukan ketiga-tiga golongan ini iaitu mereka yang menggunakan nama samaran, mereka yang memilih untuk memberi komen sebagai "anonymous" dan mereka yang selesa hanya dengan menjadi pembaca sahaja.

Dan bagi mereka yang menggunakan nama sendiri, tak ada apa-apa isu nak dikatakan kat sini.

Akhirnya sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala komen, teguran, usikan atau apa sahaja coretan yang telah diberikan.

Tanpa sokongan tuan2 dan puan2, siapalah saya ! (ayat ini macam pernah dengar jer)

p.s. Pagi ini dari rumah saya akan terus bermesyuarat di luar dan balik ke pejabat mungkin selepas makan tengahari (dengan andaian makan tengahari di sediakan). Kalau tidak ... lunch kat Azhar Maju sahajalah !

57 comments:

  1. Tengah hari pekena kat restaurant azhar maju...kena tosai,ok tu..atau
    beriani kambing pun ok juga maklum la hari khamis ni...

    terliur dengar pasal makan ni...
    makin kemaruk lepas sakit gigi sejak 2 minggu lepas..la ni pun belum cabut lagi..

    bab nama ni pun satu hal, tengok restaurant nama MAJU cukup terkenal.. ali maju..sharif maju.. dan apa-apa maju lagi jual nasi kandar sama aje...... trademark maju..ada makna kut..

    moga tuan hj hamzah al-lavendari maju..insyaallah

    p.s.. nama yang mak ayah bagi memang cantik2 tapi dalam komuniti kita tak boleh sekat nama manja atau gelaran orang suka panggil...e.g.. zakaria atau yahya.. orang gemar panggil pak ya... tak tau apa sebab..walau pun dia tu adik ke,anak menakan ke, staf pejabat ke..dah tak kisah, orang selesa panggil pak ya juga, pening-pening...oh!terkenang pondok pak ya di batu 16 kedah....dah tukar nama ke?

    ReplyDelete
  2. betul tuan. yang penting ruang maya ini menjadi tempat penghubung kasih antara kita.jangan dicemari dengan perkara yang melanggar susila hidup kita.

    ReplyDelete
  3. Salam Bang HAMZAH, awal nyer nak minta MAAF jika komen2 saya terdahulu termasuk dlm kategori yg boleh mengecilkan hati..

    Saya setuju dgn semua yg tercatat dlm entri ini, cuma saya kurang selesa orang yg menggunakan ANONYMOUS tetapi dengan SENGAJA memberi komen berupa provokasi @ tembak.. > ini saya panggil pengecut.

    selain dari itu, tiada hal sama sekali...

    ReplyDelete
  4. motif kata moga dpt hj mabrur???


    huhuhuhu ~ nama betul
    nama x berapa nak betul
    yg penting uncle al &
    blog komensen ni
    dah dekat dihati ...


    >>___<<

    ReplyDelete
  5. Salam AL,
    Satu penerangan yang cukup baik. Saya berpendapat blog saudara ini digemari bukan kerana postnya, tetapi ialah kerana keselambaan jawapan anda sebagai hos blog ini terhadap setiap komen dari pelawat. Modus operandi ini elok diteruskan. The aura of kemesraan dirasai.

    ReplyDelete
  6. oo...

    "Mungkin kepada mereka tanda titik itu membawa makna bahawa dirinya hanyalah umpama setitik air di lautan atau sebutir pasir di Gurun Sahara. "
    -wa tergelak baca yang ni. hehehe.

    ReplyDelete
  7. Salam abg.

    Hebatlah abg ni. Mcm2 golongan baca dan komen blog abg.

    Golongan yg tinggal serumah tu dah ada blog sendiri ke belum? hehehe

    oh saya tak berani nak letak tempat tinggal atau tempat lahir saya di hujung nama spt yg abg lakukan sbb janggal bunyinya

    YB Al-Keramati. 2 suku kata terakhir tu tak sedap didengar ngeh3x

    ReplyDelete
  8. tuan, kata orang rambut sama hitam hati lain2 kan..apepun, kekadang rambut berkaler dek kerana air paip karat pun ada selain rambut dah semakin susut dibuatnya..tuan, betul ke org kater klu xder rambut, tandanya byk fikir kahkahkah....

    ReplyDelete
  9. pagi ni masih di rumah.. baru balik outstation semalam, so ada alasan masuk opis lambat.. lgpun boss tinggal esok jer, dia pun dah x kesah, ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  10. biar sedikit kita tulis tapi masih ada pengajarannya dan ini cara kita berkongsi

    ReplyDelete
  11. hajar tergerak hati nak komen kat bahagian p.s. tu...

    harap2 la wife en. hamzah masak yang special la untuk en.hamzah hari ni k... :)

    ReplyDelete
  12. sama sama
    en ?
    eh nak panggil apa lak ni
    ekekekek

    sama-saman en alV
    heeeeeeee

    ReplyDelete
  13. tak sempat nak tinggal komen dkt n3 dedah identiti tue...huhuhu...

    saya ni, kadang baca dulu dan singgah lagi unuk komen kemudian.....bukan apa, kadang penyakit malas nak sign in datang...

    pada pendapat saya, adalah lebih baik tak tinggalkan sebarang komen dr komen yang entah ke laut mana...

    juga elok tak kasi respon dr respon yg menyakitkan hati tuan rumah ajer...

    cuma satu yang saya ingatkan pada diri saya, kalau memang nak jadi blogger, kena berani ambik risiko...bila2 masa jer orang yg tak suka boleh kutuk kita...

    senang citer wat dunno jer ler...

    ReplyDelete
  14. Salam Sdr Hamzah
    Huraian sdr mengenai dedah identiti itu amat wajar & baik. Benarlah tu, masing2 orang ada pilihan & sebab tersendiri. Yg penting kita beradab & bertatasusila & tak salahgunakan 'rezeki' memblog ini. Kita jaga hak kita & kita hormati hak orang. Baru sempat tengok. Cantiknya rumah sdr & persekitarannya! Syukur. Kita ni kadang2 terlupa keindahan tempat kita sendiri, dek teruja kecantikan negeri orang. Ceria selalu!

    ReplyDelete
  15. Kena belanja lagi kat Azhar Maju, sebab dah beri Bahan.

    hehehehehehe

    ReplyDelete
  16. Salam Tuan Hamzah,
    Ada kesilapan menaip " Macam Bulu Pelawat" yang sepatutnya "Macam Buku Pelawat". Hehehehe

    ReplyDelete
  17. sama2.. sbbkan nk sorok identiti le tu.. tp apa nama pun x kisah ye tak

    ReplyDelete
  18. anNahlu.
    tahniah untuk dua hari berturut2 awak jadi pengomen pertama. hari ni Azhar Maju kurang satu pelanggan. Dia orang ada kasi lunch. saya tak nak lah cakap lauk apa kan .. kari kepala ikan ke, ayam kampung ke .. nanti ada orang terasa hati !

    p.s. siap dengan buah dokong dan air limau dua lapis lagi !

    ReplyDelete
  19. abu muaz
    saya suka perkataan "penghubung kasih" tu .. cuma nak tanya dalam bentuk macam mana ?

    ReplyDelete
  20. Tuan Hamzah...
    Saya guna nombor plat keretasaya...boleh kan!


    :)


    Pssst:Macam mana dengan komen "Yes Fisrt!" atau "Eh..aku first!" atau "Tahniah kepada aku kerana jadi 1st komen"......tak kira apa genre entri yang bloger tulis...? Letih kan...

    ReplyDelete
  21. YB
    1. tak pe kan awak dapat nombor 3 dan nombor 8 kali ini. awak cakap nak booking tempat jer kan .. tak sebut pun nak nombor berapa.

    2. Golongan yang tinggal serumah tu suaminya tak beri dia buat blog sendiri ..takut makan nanti kena block !

    3. fasal al-Keramati tu senang je. jarakkan jadilah "al-Kera mati "

    ReplyDelete
  22. azieazah
    salam kembali. tak ada satu pun komen yang boleh mengecilkan hati saya. jadi maaf tak perlu sebenarnya. tentang tembak-menembak ni saya pun kalau boleh nak elakkan. tetapi alhamdulillah setakat ini belum ada komen dari anonymous yang tembak tak tentu fasal lagi.

    ReplyDelete
  23. Frodo Baggins
    Pakcik terharu bila awak kata dah dekat dihati walaupun kita jauh di mata .. bilakah kita agaknya dapat berdekatan mata ?

    tentang haji mabrur tu, motifnya cuba awak klik kat entri yang pakcik link kan itu, di situ awak akan menemui jawapannya. nak cerita kan sini pun panjang.

    ReplyDelete
  24. abulev
    nanti saya buat pos yang boleh di gemari dan seterusnya mengekalkan modus operandi saya memberi komen.

    psst.. modus operandi tu apa ya?

    ReplyDelete
  25. oranglidi
    awak ni pelik lah.. ayat itu yang di tergelakkannya. apa yang menenggelakkan awak sebenarnya ?

    ReplyDelete
  26. sahromnasrudin
    betul .. orang xder rambut banyak berfikir kenapa rambut dia xder ..!

    ReplyDelete
  27. che'pit
    saya nak balas komen awak dalam entri yang lalu .. saya suka semangat gigih awak tu, tak pernah putus asa. orang kata di mana ada kemahuan, disitu ada jalan dan di mana ada jalan di situ ada tol !

    ReplyDelete
  28. mamai
    tapi makanan kalau sedikit, susah nak kongsi..itulah bezanya dengan tulisan kan !

    ReplyDelete
  29. hajarus
    sebenarnya apa sahaja yang isteri saya masak semuanya sepesel dan semuanya sedap .. hatta telor goreng masak kicap. sungguh!

    yang tak sedapnya, bila dia tak masak (seperti yang pernah saya cakap kat awak dulu)

    ReplyDelete
  30. Salam..
    Kalau komen jauh dari tajuk yg kita tulis, sah2 org tu tak baca. Cuma nk letak link dia dlm blog kita.
    Saya geram dengan org yg tak bertanggungjawab yg letak nama dan iklan prono dlm blog saya terutama ruang cbox..sakit hati betul.

    ReplyDelete
  31. blueCITY
    panggilan alv tu dah tamat tempoh sahlaku permitnya .. dan saya tak bercadang untuk memperbaharuinya

    ReplyDelete
  32. Ain
    apa yang awak cakap tu sebenarnya itulah yang saya nak cakapkan .. agaknya kita lahir hari yang sama kot.
    pasal tertinggal nak komen tu, tak apa .. biasalah. saya pun banyak kali gitu. bila patah balik nak komen dan keluar entri baru.

    ReplyDelete
  33. Abang Temuk
    Saya gembira kerana orang yang lebih tua dari saya membenarkan apa yang saya tulis dalam entri ini..
    dan memang begitulah resam manusia seperti kata orang putih tu "the grass is always greener on the other side". dia orang pun begitu juga bila tengok tempat kita macam di syurga katanya.

    ReplyDelete
  34. aidah
    terima kasih atas teguran awak tu. minta2 biarlah awak seorang je yang perasan. lain kali tolong2lah tegurkan ya. entri ini saya tulis selepas subuh, bulu mata pun masih lekat lagi.. tu yang tersasul kepada bulu pelawat tu. hehe

    dan saya telah pun membetulkannya.

    ReplyDelete
  35. maiyah
    mawar atau ros baunya tetap sama !

    ReplyDelete
  36. Dear Azieazah, Going anonymous allows people to interact on the internet which we never experience before.To me, it is a great thing so long we don't break any law.Everyone is anonymous including your goodself. I am yet to see your details on KomenSen.

    Antique Man

    ReplyDelete
  37. ooo tu kata org lama..
    kata2 org skrg, di mana ada kemahuan, di situ ada highway.. (memetik kata2 hero filem Adnan Sempit) ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  38. >>___<<


    cikgu xiinam dah menyentap sanubari wa. agagaggagaga ~ hahahhha LIDI slu wat camtu, x gitu lidi. keh3x. ((Wa pown sama ... huhuhuhu))

    Rasanya maksud Lidi yg tergelak tu, sbb perumpamaan pakcik sbnarnya, wa pown rasa COOOL gilerr pakcik buat andaain org tu guna TITIK tklambangkan sbtr pasir kat gurun. agagaggagaga ...


    >>___<<

    ReplyDelete
  39. Sdr Antique Man..

    saya lebih bermaksud orang menggunakan nick Anonymous dengan bertujuan menyembunyikan nama (nick) dan memberikan “komen yg tidak sepatutnya...”

    dan dalam masa yg sama dia ada nick tersendiri yang digunakan pada komen-komen yang “baik”

    can I sebut istilah “menyamar?”

    Harap Sdr tidak salah faham maksud saya..

    ReplyDelete
  40. Salam TUAN Rumah,

    Sebelum nak bagi komen entri ni sy terlebih dahulu membuka semula entri 'dedah identiti' dengan harapan kot-kot ada komen balas dari KOMENSEN.Rupa-rupanya TUAN rumah tengah dok sedap pekena gulai mamak..

    ....Ikan Emas DAH LAMA TAU NAMA TUAN tanah kedaung ni..orang yang sentiasa punya SENSE untuk mengKOMEN.Klu yang didedahkan melalui tiap entri yang dicatat.. mendedahkan siapa TUAN punya diri.

    Semoga blog ini sentiasa MERIAH dengan entri-entri dan komen-komen dari peminat-peminat Abang AL-Lavendari.So TUAN kena belanja kami.

    p/s: walau siapapun saya,yang penting sy JUJUR!

    ReplyDelete
  41. Ms azieazah.
    alright..

    Antique Man

    ReplyDelete
  42. Antique Man dan Azieazah.

    Sudah sudah lah tu .. !

    ReplyDelete
  43. xiiinam
    manusia ni mendapat kepuasan dengan pelbagai cara. kalau saya memancing. ada orang tu daki gunung, shopping, golf, bungee jumping dsb. kalau dia orang tu rasa puas, seronok atau bahagia dpt menjadi orang pertama komen satu2 entri yang dia minati .. biarlah, asalkan dia tak menyusahkan orang dan tak merosakkan alam sekitar.

    ReplyDelete
  44. shaniza
    rasanya kalau awak baca entri saya di bawah ini, akan menemukan pandangan saya, bacalah dan berikan komen balas:

    http://al-lavendari.blogspot.com/2009/12/baca-ke-tak-baca-ni.html

    kalau ada orang nak iklan prono dalam blog awak, biarlah ..! hehe

    ReplyDelete
  45. che'pit
    pakcik dah segan nak gi tengok wayang. nantilah dia main kat tv tahun depan. kalau awak ada vcdnya, bolehlah hulur2 satu kat pakcik !

    ReplyDelete
  46. frodo baggins
    pakcik nak tanya awak dengan lidi pulak .. apa tafsiran awak berdua tentang titik tu ?

    ReplyDelete
  47. ikan emas
    saya tak jadi pekena gulai mamak. gulai2 kat tempat saya mesyuarat lagi kaw. kesian mamak tu, kehulu ke hilir dia mencari saya tadi..!

    ReplyDelete
  48. abang marah ker ni??apa kata abang guna nama osman jailani...

    ReplyDelete
  49. alvin
    nama osman jailani tak hot, pakcik nak guna nama "Tiger Wood" ... amacam ?

    ReplyDelete
  50. lama tak datang, bermacam hal pula ya kat sini..gugugugk =p

    ReplyDelete
  51. yeah jadi pengomen ke 55. Abg tak marahkan sbb ini boleh membuat saya seronok.

    Kalau ada tuan atau puan blog yg tak suka saya buat mcm ni kat blog mereka, saya datang sini nak book tempat atau nyatakan tempat keberapa komen saya, bolehkan bang?

    ReplyDelete
  52. yunus badawi
    ingatkan dah habis dah ! ada lagi rupanya.. apa-apa pun t.kasih kerana membaca komen orang dan komen balas saya kepada orang yang beri komen. bukan semua orang berminat buat gitu. saya rasa seronok. titik peluh saya membuat komen rupanya ada orang yang menghargainya.

    mungkin elok di atur satu majlis makan berdamai selepas ini!

    ReplyDelete
  53. akuduniaku
    ingat juga awak kat tempat ni ye ! t.kasih atas ingatan tu.

    ReplyDelete
  54. pkcik jgn tukar nama
    saya suke nama lavender tuh


    nama anonymous pon saya suka
    ekekekkekkeke

    hidup pcik lavender
    chaiyok2x~

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.