Friday, February 5, 2010

INI LAH BAHANA MENGUMPAT AGAKNYA ?

Baru tadi saya ada pos satu entri bertajuk  "USAH NGADA-NGADA NAK BERBLOG-BLOG  BAGAI ..!" Tiba-tiba entri saya jadi gila. Dia jadi bercampur di antara bahasa Inggeris dan Melayu. Saya nak papar kat sini pun saya segan. Macam mana boleh terjadi saya pun tak tahu. Butang mana yang saya telah tertekan pun saya tak tahu. Maka saya terpaksa menarik semula entri itu. Kalau boleh diperbaiki saya akan pos semula, kalau tidak setakat ini sajalah. Bagaimanapun saya salin dan paparkan komen-komen pembaca yang sempat memberi komen dan komen balas saya. Nasib baik yang ini tak tercemar.

Post a Comment On: KomenSen "USAH NGADA-NGADA NAK BERBLOG-BLOG BAGAI ..!"


37 Comments - Show Original Post

Collapse comments azieazah said...

Bang HAMZAH... agaknyer kalu isteri dia itu, dapat peluang berblog, dia lak yang lebih nanti..

Masak pun nak snap gambor pun dalam blog..

Cucu start bertatih pun nak boh gak gambar..

Menggunakan sesuatu dengan cara yg betul, akan positif lah hasilnya...

yang tak betul? bila SALAHGUNA...



February 5, 2010 12:34 PM



Hamzah Abd Hamid said...

aziezah

t.kasih atas komen yang mendorong dan menyedapkan telinga mendengar. benar apa pun benda, kalau kita salah guna akan memudaratkan.

p.s. tahniah kerana dah dua hari berturut2 jadi juara !

February 5, 2010 12:41 PM


oranglidi said...

wah! gamba dgn tun tu!!!!!

[berblog ni satu medan untuk seseorang melontarkan idea, lepaskan tension, berkarya, kongsi maklumat, kongsi pengalaman dan banyak lagi kegunaan nya. TAK TERTAKLUK PADA UMUR LAAAAA.. kan?]

February 5, 2010 1:08 PM


Erna said...

salam..

dulu masa memula disuroh tulis blog..ini lah yang saya takuti..takut dikata..dah tua pun mengada2 nak berblog..tapi adik2 yang ada blog ni..bagi semangat..tak pe katanya..dan macam2 lagi...yang membuatkan saya berani..memulakan langkah menulis..biarpun cerita biasa2 je..nak tulih lelebih takut..maklum la kan..kita ni dah umor 5 siries..


February 5, 2010 1:19 PM

sI tEDI said...

ha ha ha.


berblog x kira umur.

jangan banyak usianya.. lagi banyak entry yg berguna dan bermanfaat!


February 5, 2010 1:20 PM


azieazah said...

Juara? hmmm... pengomen terawal ek?

ohh.. ada hadiah tak? Ahaks!

February 5, 2010 1:20 PM


shaniza said...

Salam abg Hamzah..

Tah kenapa bila saya masuk blog ni, saya akan teringat arwah abg saya yg lebih kurang umurnya dgn abg Hamzah.. pun dipanggil Pak Ngah.

Org yg tak faham apa itu blog tentu pandang negatif pd blog. Jgn kata isteri kwn abg Hamzah tu, kwn saya yg lebih muda pun beranggapan demikian. Saya bgtau dia blog utk semua peringkat umur dan byk ilmu pengetahuan boleh disalurkan dengan mudah. Hasilnya dh 3/4 org kwn sek yg saya ajarkan cara buat blog.

Teruskan berblog dan ceritakan pengalaman abg Hamzah yg byk agar jadi panduan generasi akan datang..

p/s tentu kekok nk suap makan masa makan dng PM tu kan?

February 5, 2010 1:21 PM


Finaz said...

"Isterinya memang tak takut kat dia dan sangat "control" suaminya"

fuiii..mak ai..Nih isteri yg berani ker suami yg penakut? hehe..
aisey..mbaca & ngumpat lak saya hari nih..tlg sampaikan salam maaf saya kat kwn awak & wife dia.. soweee.. (ntah apahal hari nih saya TERkepoh masalah r/tgga org lak nih isk..isk..)

February 5, 2010 1:38 PM

ummi humaira said...

salam akhi Hamzah...

kita berblog ikut suka hati kita ler , kalau buat yg baik ada faedah nya gak , jgn ler beblog yg tak senonoh ..
ummi dpt rakan2 yg baik2 melalui alam maya ni dan yg paling girang ummi ketemu 2 org sedara bila join perjumpaan PDKM aritu.
dgn berblog pun kita dpt bertazkirah juga berkongsi ilmu yg ada.juga bertukar2 pendapat ..

February 5, 2010 2:01 PM


rosnanie said...

salam pakngah

dh jadi adat manusia, belum cuba belum tahu. Dia belum tahu lagi keseronokan berblog ni. Kita berblog ni bukan buat sesuatu yang salah, dan juga bukan sehingga kita mengabaikan tanggungjawab. So pakngah, abaikan je lah kata2 tu... pada sy orang yang lagi veteran ni kalau berblog lg banyak pengalaman yang mereka boleh kongsi, maklumlah dh lama hidup kan? Betul tak pakngah? Org kata org tua ni ibarat kelapa, makin tua makin berlemak santannya... hehehe...bukan makin tua makin ada hati nak pasang dua kan pakngah kan?

February 5, 2010 2:02 PM

annie said...

Bang Hamzah, samo lah kes eh ngan saya sblum ni, blog2 pun, solat kito buek, tanggungjawab rumahtanggo tak terabai, kan. Tak semestinya yg tak do blog tu longkap sume eh bang kan... org kampung saya ckp "don't judge a book by it's cover".

February 5, 2010 2:12 PM

sahromnasrudin said...

tuan, nape tuan memisahkan tun m dan tun hasmah..cian tuan duduk tgh2...heheheh...apepun, masa tue sy baru umur setahun epal (mak sy bg mkn epal, tak bg mkn jagung)

February 5, 2010 2:58 PM

relevan said...

Huh..ni kes sampai hati ye abg Hamzah..kawan yang dah masuk 40an ni pun ada yang kata dah tua nak berblog..tapi kawan kawan kawan yang muda belia pun banyak join kawan..
Cuma akak kat rumah sahaja yang selalu kata '' Abang selalu kelihatan muda bila berblog..tapi jangan menyeleweng nanti saya kerat2 ''!..

February 5, 2010 3:01 PM

DUN Behrang 2020 said...

Setuju bila kata orang berblog masih boleh pergi masjid dan org yang tak de blog tak semestinya pergi masjid...mungkin dorang asyik ngan FB atau twitter kot...


February 5, 2010 3:03 PM

endiem said...

orang lama banyak pengalaman, jadi apa salahnya dia curahkan idea dan pengalamannya melalui blog kepada jenerasi baru , satu kesinambungan.

February 5, 2010 3:14 PM


ONE ZABA said...

awal -awal dia blok suami nya untuk berblog...

February 5, 2010 3:16 PM


maiyah said...

hehe.. angkat kaki wat dek je

February 5, 2010 3:18 PM


Hamzah Abd Hamid said...

oranglidi

pakcik suka kenyataan yang awak tulis dalam breket [ ] tu ! tapi cakap isteri kawan pakcik tu ditujukan kepada suami dia. tapi pakcik yang terasa .. seperti kata pepatah "pukul anak sindir menantu".


February 5, 2010 3:30 PM


Hamzah Abd Hamid said...

erna

setelah baca komen2 selepas komen erna, saya mendapt suntikan semangat baru untuk meneruskan berblog kerana saya ada kelapangan sikit dalam kerjaya sekarang .. ia tidak mengganggu tugas saya.


February 5, 2010 3:34 PM

Hamzah Abd Hamid said...

sl tEDI

harap2 apa yang saya tulis selama ini ada manfaatnya.


February 5, 2010 3:35 PM


Hamzah Abd Hamid said...

aziezah

kalau janji awal2 boleh di pertimbangkan !


February 5, 2010 3:36 PM


Hamzah Abd Hamid said...

shaniza

t.kasih atas dorongan. Dua kali kebetulan, nama arwah abang awak dan gelarannya sama dengan saya. berapa umur dia semasa dia meninggal ?

p.s. saya pun tak ingat apa saya makan hari tu ! yang seronoknya sebelum dia sampai ke hotel kita orang masuk bilik dia dan kita try tilam dia dulu !


February 5, 2010 3:41 PM


Hamzah Abd Hamid said...

finaz

tak ada kerja saya nak pergi nyampaikan salam maaf awak kat dia .. saya sebenarnya sikit pun tak marah kat dia, saya menyampah jer .. tu yang cepat2 saya cabut tu !

February 5, 2010 3:43 PM


anNahlu said...

ke surau atau masjid pun masih boleh berblog...

blog salah satu cara berkomunikasi,berkata-kata, berinteraksi atau berbicara masa kini..

bila berblog samalah kita berkata-kata tentu yang ada nilai atau berfaedah..

bila berblog ada nilai, berfaedah tentu ada ganjaran...oleh itu niatkan tujuan kita...keranaNya..

akhirnya berblog dapat, amalan baik dapat, ganjaran dapat...pendapatan dapat, ilmu dapat..kawan, sahabat dan... dan lagi..lagi..dapat...

Syabas tengok gambar sejarah dulu2..dalam kenangan.. bersama YAB PM masa tu..belum Tun lagi kan.

apa agaknya dibincang masa tu...bukan bab blog kut.. pasti bukan kerana..


February 5, 2010 3:43 PM


Hamzah Abd Hamid said...

ummi humaira

salam ukhti Humaira...

apa yang ummi cakap tu semua benar belaka. tetapi kekadang bila kita terlalu cemburu, kita jadi takut pada bayang2.


February 5, 2010 3:45 PM


Hamzah Abd Hamid said...

rosnanie

salam kembali. saya memang dah abaikan kata2 dia. kalau tidak, kita tidak bertemulah di sini. saya memang tak ada hati nak pasang dua, kecualilah makngah paksa.. nanti kecik pula hati dia kan ! hehe


February 5, 2010 3:48 PM


Hamzah Abd Hamid said...

annie

wah cakap orang putih pulak awak kali ni. tapi kalau nak beli durian tu, cek-cek jugalah kulitnya manalah tahu kok dah berlubang sano sini masuk dek ulek (ulat)!


February 5, 2010 3:51 PM


Hamzah Abd Hamid said...

sahromnasrudin

dia nak duduk sebelah pegawai perempuan .. dah lupa siapa dia. dalam gambar tu muka dia terlindung. setahun epal tu berapa tahun agaknya ?


February 5, 2010 3:55 PM


Hamzah Abd Hamid said...

relevan

dia nak kerat kabel internet lah tu ! tak apa, awak beli yang "wireless" punya.


February 5, 2010 3:57 PM


Hamzah Abd Hamid said...

DUN Beharang

saya seronok bila awak setuju .. satu undi lagi untuk saya.


February 5, 2010 3:58 PM


Hamzah Abd Hamid said...

endiem

betul .. satu kesinambungan yang didokumenkan. tak macam cerita penglipur lara yang disamapaikn secara lisan. harap2 blogspot tak tutup.


February 5, 2010 4:00 PM


Hamzah Abd Hamid said...

one zaba

agaknya dia berpegang pada prinsip "cegah sebelum parah"


February 5, 2010 4:01 PM


Hamzah Abd Hamid said...

maiyah

hari tu saya tak dapat angkat kaki .. sebab saya naik kereta. hehe


February 5, 2010 4:01 PM


Hamzah Abd Hamid said...

anNahlu

betul, saya tak bincang pasal blog kerana masa tu "blog" belum berkahwin lagi dengan "spot". lama kemudian barulah mereka berkahwin dan larirlah "blogspot".

berblog ni macam2 dapat, cuma saya belum dapat duit lagi. itu pun bukan tujuan saya buat masa ini. masa depan bila dah tak bekerja lagi, mungkin juga.


February 5, 2010 4:08 PM


siti murni ishak said...

berblog tak kira usia...


February 5, 2010 4:15 PM


Hamzah Abd Hamid said...

siti murni ishak

betul juga .. tapi kalau tak kira usia, macam mana kita nak tahu umur kita ?


February 5, 2010 4:18 PM


Finaz said...

ohh actually ada tau cecara nak wat ilang nyampah.. nti kalo kita TERjumpe nti sy gitau yer hehe..



February 5, 2010 4:19 PM


Ada sesiapa yang pernah mengalami kejadian seumpama ini ? Bagaimana ia boleh terjadi ? Bagaimana nak memperbaiki ? Dapat kah diperbaikki ? Dan bagaimana nak mengelakkannya dari berulang ? 

Terima kasih di atas bantuan anda semua.

24 comments:

  1. aik,

    kenapa saya tak sempat baca dan komen lak ni
    heran heran

    tapi saya rasa saya pernah alami lah
    bukan virus valentine tu, hehhehe
    tapi saya rasa itu colume edit html bukan compose.

    saya juga pernah terjadi
    ya tak?
    heeeeeeee
    cuba chek semula

    ReplyDelete
  2. >>___<<

    hallamakkk,terlepas lah ...
    apa yg berlaku?? huhuhuhu
    dapat tgkap point jer dr komen2

    1) blog utk plbagai usia?
    2) bgambar dgn ayahanda tun?
    3) ada yg buruk sangka?


    setuju dengan lidi!! ekekeke

    ReplyDelete
  3. Bang HAMZAH, pengalaman saya berblog sejak 2007, belum pernah ler sekali pun terjadi sebegitu...

    Kesian juga... Mungkinkah virus?

    saya sendiri tidak faham..

    mengumpat? uishhh.. blog yang kutuk lagi dahsyat kenapa tak kena pun? :D
    sabar Bang HAMZAH...

    ReplyDelete
  4. ontah..tak dapek den nak nolong.. sowee awak. Saya tak pernah kena cenggitu lg. Tp kalo saya tahu sebab dan cara atasinya saya bgtau yer.
    p/s: hehe..terer tak saya speaking negeri

    ReplyDelete
  5. x pernah pula mengalaminya..

    kena hack ke rasa2nya.. ada org lain ceroboh sbb perkataan ada campur2 ek?

    kalau segan nak paparkan sini mesti bahasa dia kurang sopan..

    ReplyDelete
  6. La baru nak baca dah tarik balik pulak. Tapi kejadian-kejadian pelik ni belum lagi saya jumpa tuan. Tak dapek nak nolong eh doh

    ReplyDelete
  7. uik.. bukan ngumpat la tu. kongsi. hehe.

    hehe, ya, kalau wa pun, wa terasa bila ada orang cakap mcmtu. hihi.

    'hanya bloger faham perasaan bloger (walaupun kadang-kadang tak berapa faham)'

    *pasal cara nak ubah tu wa xde idea plak.. x penah kena.

    ReplyDelete
  8. hehe.. biasa le tu.. mmg kekadang tgn gatal lak dok tekan ini n itu pe lagik mcm2 ada kuar

    ReplyDelete
  9. Kekalkan identiti sendiri..jangan guna petua..''gunakan pemuda''agar kita sentiasa berblog dalam keadaan muda..Lantak orang nak kata apa..selagi nuffnang akan taja badget mengetea..

    Kawan akan berblog sehingga ketitisan entri yang terakhir..

    ReplyDelete
  10. rugilah saya tak sempat baca huhuhu.

    Tapi dah ada bayang2 emak Adam tak mahu saya terus berblog. Mungkin saya akan mengundur diri tak lama lagi.

    Nice knowing you Bang.

    ReplyDelete
  11. hu3..0rang xpenah lgik jadik camtu pakcik....

    nasib baik k0men ad kan...

    ReplyDelete
  12. Aaaaiyok !

    but..

    saya suka tajuk n3 tuan,

    " INILAH BAHANA MENGUMPAT AGAKNYA ?"

    ermmm.... (sambil megurut dahi...)

    ReplyDelete
  13. bluecity
    xpe .. saya kan pos semula selepas di repair. saya dah chek .. nanti saya jawab dlm entri yang di pos semula itu.

    ReplyDelete
  14. frodo
    x pe pakcik pos semula ! tungguuuuu ..

    ReplyDelete
  15. azieazah
    dugaan, pengajaran dan pengalaman ..
    orang baru memang selalu kena buli !

    ReplyDelete
  16. finaz
    terer awak punya speaking negeri .. bunyi orang Kodah !

    ReplyDelete
  17. sl tEDI
    bukan kena hack .. nanti saya jawab dlm re entry ! bahasa dia bukan tak sopan tapi melucukan.

    ReplyDelete
  18. pok li
    x pe saya akan pos semula .. sila datang lagi !

    ReplyDelete
  19. oranglidi
    t.kasih atas sokongan moral .. awak ni boleh tahan kelakar nya !

    ReplyDelete
  20. maiyah
    lain kali saya akan lebih hati2 dan buat backup !

    ReplyDelete
  21. relevan
    kawan kagum dengan semangat kental awak .. semangat Tok Bahaman ! titisan entri terakhir .. ekekeke

    ReplyDelete
  22. YB
    saya akan pos semula. satu hari nanti kita semua akan berundur atau di undurkan !

    ReplyDelete
  23. sharamli
    pakcik dah repair entri tu dan akan pos semula.. pakcik tau awak mesti datang lagi kan !

    ReplyDelete
  24. liNda
    ini sudah bagus .. tajuk pun dah suka. kalau macam itu lain kali saya pos tajuk saja lah ! hehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.