Friday, October 29, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - KALAULAH MATA DI TAPAK TANGAN ...



Kalaulah mata kita berada di tapak tangan, cuba bayangkan ...


* macam mana nak bawa kereta .. tangan pegang stereng ... nak tengok jalan macam mana !

* kalau kita tampar orang, mata kita pulak yang lebam !

* kalau nak bersalam tentu masalah .. kompom berlaga mata !

* dan saya tidak dapat nak bayangkan macam mana agaknya orang lawan bertinju .. dua-dua tangan dalam glove. Silap-silap  pengadil yang kena tumbuk !

* dan saya juga tak dapat nak bayangkan orang main golf .. dua-dua tangan pegang kayu golf !

Renungkanlah betapa maha bijaksananya Allah menyusunatur kedudukan setiap anggota kita. Syukurlah kerana mata kita terletak di tempatnya sekarang !

........................................................................................

Sub-entri - Makan tak henti-henti di Ganu

Syukur kerana selamat dalam perjalanan pergi balik dari Terengganu.
Kalau tak selamat, harus tak adalah entri ini.
Mari saya tunjukkan sebahagian gambar2 yang sempat di rakamkan.



26 hingga 28 Oktober.
Saya menginap di Hotel Primula. Pemandangan laut China Selatan dari bilik beradu.


26/10 jam 10.30pagi: Singgah di gerai tak bernama, makan nasi kerabu !


26/10 jam 10.45 pagi: Makan nasi kerabu di gerai ini dengan berlaukan ayam kampung panggang dan daging bakar, telor asin dan gulai ikan aya. Nasi dengan ulam tu kena gaul dengan tangan dan suap dengan tangan. Bermasalah besar kalau mata kita di tapak tangan !


26/10 jam 1.30 ptg: Makan tengah hari. Yang sangat sedap dan masih
terkenang-kenang ialah goreng ayam kampung yang masih panas.


26/10 jam 5.30 ptg: Minum petang. Laksamnya tak berapa sedap .. kuahnya cair.
Walau pun saya tak pandai masak, tapi tekak saya boleh bezakan
antara laksam yang sedap dengan yang tidak.


26/10 jama 8.30 malam: Makam malam di restoran
sebelah Hotel Felda di tepi sungai Terengganu.
Buah dokong tu beli asing. Akibat banyak makan buah dokong,
tidur saya terganggu kerana terpaksa dua tiga kali pergi ke 'sungai'.


27/10 jam 8.30 pagi: Tak sah kalau tak makan nasi dagang dengan lauk
ikan tongkol yang segar dan pejal.
Sebenarnya baru sejam tadi saya bersarapan di hotel. Makan lagi.


27/10 jam 1/30 petang: Makan tengah hari dengan lauk
kegemaran saya telur itik masak lemak cili api.


27/10 jam 8.30 malam. Makan malam di malam terakhir.
Memang lazat sekali terutamanya tomyam tulang lembu dalam bekas
di sebelah kiri yang belum dibuka.



28/10 jam 9.00 pagi. Di luar bangunan lapangan terbang Kuala Terengganu
dengan senibina Melayu tradisional Terengganu. Anggun sekali.

.
.

50 comments:

  1. Salam Kanda AL..

    dua keping gambar besar gedabak tu saja letak ye? ;-)

    Kemana-mana pun mewah dengan makanan - Alhamdulillah. Syukur juga tuan selamat pergi dan selamat kembali. :)

    ReplyDelete
  2. Salam bang.
    menarik sekali mesti banyak lagi gambar menarik yang tak sempat dimasukkan ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akhi hamzah...

    kalau ler mata di tapak tangan ,camna nk wat kalau dah sudah tunai hajat .
    Allah tu maha bijaksana...segala ciptaanNya tiada lagi pertikaian...hebatnya keagungan Allah..

    terlioqnya tengok nasi dagang , dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  4. Jika menjadi penyiasat tentu orang akan panggil mata mata tangan..

    ReplyDelete
  5. salam tua haji..pic keropok lekor pasar payang takde ke????

    ReplyDelete
  6. salam jumaat...
    syukurlah kepada cipataanNya..
    teratur dan punya fungsi yang khusus...

    syukur kepada kat sini mewah dgn makan-makan-makan-makan

    ReplyDelete
  7. aik...
    tak sempat komen ..dah hilang dah gambar yang gedabak tu...
    nasib bukan gambar yang last tu yang jadi terbesar...

    ReplyDelete
  8. salam

    laksam yg sedap kuahnya pekat...

    Allah Maha Pencipta! ~

    ReplyDelete
  9. salam Tuan Haji...
    ape yang anggun dalam gambar last tu?
    org nye kah. atau airport nye kah?
    sekadar gurauan di pagi jumaat...

    ReplyDelete
  10. kat sbn ni mana nak dapat laksam sedap bang?

    ReplyDelete
  11. makan besar niiii...
    harus ada yang ambik cuti utk digest smua2 tu..

    ReplyDelete
  12. Pedih mata kalu gaul dgn tangan nasi kerabu tuh....segalanya Allah itu Maha Bijaksana.

    ReplyDelete
  13. huhuhu...

    orang malaysia kan mewah dengan makan makan..

    ReplyDelete
  14. hmm best nye makan2
    menyesal tak ikut trip ni.

    ReplyDelete
  15. Salam Pak Ngah..

    Amboi... meleleh2 air liur kami di sini.... kalau ditadah mahu sebesen gamaknya...

    ReplyDelete
  16. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    ADA KESILAPAN TEKNIK. TERIMA KASIH KERANA MENEGUR. SUDAH DI PERBAIKI. SAYA PUN TAK FAHAM, MENGAPA IA TERJADI.

    SELAMAT TETAPI AMAT MEMENATKAN. ITU NAIK KAPALTERBANG. KALAU NAIK KERETA, MUNGKIN PENGSAN KOT !

    ReplyDelete
  17. ABU MUAZ

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG ADA LAGI GAMBAR .. NANTI SAYA UPLOAD PADA ENTRI YANG SESUAI.

    GANU MEMANG DAMAI SEKALI. KEHIDUPAN TENANG TAK SERABUT MACAM KL. RASA NAK JADI ORANG GANU PULOK !

    ReplyDelete
  18. UMMI HUMAIRA

    SALAM KEMBALI.

    SAYA JUGA NAK SENTUH TENTANG URUSAN LEPAS TUNAI HAJAT TU MULANYA .. TAPI TAK SAMPAI HATI.

    NASI DAGANG MEMANG ENAK TAPI TAK BOLEHLAH MAKAN SELALU. BANYAK KOLESTORAL.

    ReplyDelete
  19. RELEVAN

    TAPI TAK BOLEHLAH NAK GATAL2 TANGAN !

    ReplyDelete
  20. ROM

    SAYA PERNAH BUAT ENTRI TENTANG KERPOK LEKOR SEDIKIT MASA DULU.
    KALI INI SAYA BELI KERPOK TU KAT GERAI NO. 88.

    ReplyDelete
  21. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG MEWAH DAN KADANG2 SAMPAI MEMBAZIR .. ITU TAK PATUT !

    ReplyDelete
  22. DRSINGA

    BILA KAKCIK KOMEN, TERUS SAYA BETULKAN.

    KENAPA PULAK KALAU GAMBAR YANG LAST TU TERBESAR ?

    ReplyDelete
  23. MANJE

    BETUL .. LAKSAM YANG SEDAP KUAHNYA PEKAT. MUNGKIN TAUKEH LAKSAM TU NAK JAGA KESIHATAN PELANGGANNYA KOT !

    ReplyDelete
  24. CNIDARIA

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA MEMUJI DAN MENGATAKAN SAYA ANGGUN. HEHE

    ReplyDelete
  25. TIJAH

    PATUTNYA SOALAN INI ABANG TANYA KAT AWAK .. !

    NANTI BALIK TANYA MAKNGAHNYA .. KOT KOT DIA TAHU.

    ReplyDelete
  26. JEJARI HALUS

    SAYA RASA AWAK TAHU SIAPA YANG TELAH TEWAS !

    ReplyDelete
  27. PAKCIKLIE

    BUKAN PEDIH LAGI .. KALAU SELALU BOLEH JADI BUTA DI BUATNYA !

    ReplyDelete
  28. AUJINZ

    MEMANG MEWAH HINGGA RAMAI YANG OBES TERMASUK PEMILIK BLOG INI. HEHE

    ReplyDelete
  29. SANI

    SAPA SURUH TAK IKUT .. LAIN KALI BOLEH PERGI LAGI DAN AWAK BOLEH IKUT.

    ReplyDelete
  30. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    MAKANAN TU BOLEH JUGA DI BUAT DI SANA KAN ? TENTU BANYAK KEDAI ASIA YANG MENJUAL BAHANNYA.

    KALAU TAK ADA .. AWAK ENJOYLAH MAKANAN SANA DULU. NANTI BALIK MESIA MENYESAL PULAK.

    ReplyDelete
  31. Kalau diberi peluang memilih mata tambahan...saya mahu letak di hujung jari manis...

    ReplyDelete
  32. CKLAH

    KENAPA CIKGU ? SENANG NAK KOREK HIDUNG KE ? HEHE

    ReplyDelete
  33. Salam AL
    ciptaan Allah itu sdah cukup sempurna untuk kita,kan
    saya memang tak dpt bayangkan kalau mata kita di tapak tangan.

    ReplyDelete
  34. uncle, tgk nasi kerabu tu, sampai tak nampak nasi, nampak ayam penuh sepinggan, selera kemain uncle yea...sunuk jalan, ape ole2 utk saya? ohohohoh...

    ReplyDelete
  35. Salam Jumaat Bang HAMZAH,
    nak tergelak pun ada bila Abang sebut gara-gara Buah Dukong, kena ke sungai 2,3 kali.. hehehe

    kalu mata kat tangan? hahahahaha

    ReplyDelete
  36. Salam THJ

    Moga tuan haji sihat hendaknya..

    Alhamdulillah abg haji dah selamat kembali bercerita dengan kami..

    ReplyDelete
  37. salam tuan aji,
    ke 'sungai' tu bukan sebab dokong, tapi dah lima kali makan, tangki dah padat...

    ReplyDelete
  38. nasi kerabu
    daging bakar
    ayam kampung

    = MAVELES!!!

    aaaaaaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  39. kalau mata kat tangan bawa kereta dengan dahi le..hik..hik..

    ReplyDelete
  40. UMMU

    TENGOK TU .. NAK BAYANGKAN PUN DAH TAK BOLEH. KALAU BETUL2, LAGILAH SUSAH KAN !

    ReplyDelete
  41. EMME

    MASA MAKAN TU, TAMBAH LAGI DUA KETUL AYAM. PERUT TENGAH LAPAR !

    UNCLE BELI KOPOK LEKOR .. KALAU NAK RASA, DATANGLAH RUMAH.

    ReplyDelete
  42. AZIEAZAH

    MEMANG BUAH DOKONG TU MENGANDUNGI AIR YANG BANYAK .. NASIB BAIK DUA TIGA KALI JER KE SUNGAI KECIL !

    ReplyDelete
  43. ABG RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA USTAZ TIDAK JEMU2 MENDENGAR CERITA SAYA.

    ReplyDelete
  44. IBUINTAN

    SALAM KEMBALI.

    YANG SAYA MAKSUDKAN TU, KE SUNGAI KECIL. TAK SYAK LAGI ITU ANGKARA DOKONG.

    ReplyDelete
  45. BONEKADALAMCERMIN

    MAKAN PULAK MASA DAGING DAN AYAM ITU MASIH LAGI BERASAP ..MEMANG MENYAMANKAN !

    ReplyDelete
  46. INSAN MARHAEN

    KALAU BAWA KERETA DENGAN DAHI .. AGAKNYA NAK KELUAR PAGAR RUMAH PUN BELUM TENTU LEPAS !

    ReplyDelete
  47. amboi sedap2nya makanan tu! imaginatif sungguh bab tangan di mata tu, kihkihkih

    ReplyDelete
  48. hebatnya makan!!

    kalaulah mata di tapak tangan,

    .
    .

    .
    .
    .
    .

    mungkin awak makan tak se'hebat' itu...
    .
    .

    atau mungkin juga, awak makan lebih 'hebat' dr itu..

    :P

    ReplyDelete
  49. DINAS ALDI

    MEMANG SEDAP SUNGGUH .. PAGI TADI SAYA BELI NASI KERABU KAT KEDAI DI SENAWANG INI. RASANYA 50% PUN TAK MENCAPAI TAHAP KESEDAPAN NASI KERABU DI GANU.

    ReplyDelete
  50. KTS

    SAYA MAKAN TAK PERNAH BANYAK. BILA KENYANG JER, SAYA BERHENTILAH !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.